Descargar la aplicación
96.47% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 82: Tolong Ted dan Raquel

Capítulo 82: Tolong Ted dan Raquel

Selepas makanan dibayar, mereka pun keluar dari restoran itu.

"Guys, macam mana kalau kita pergi ke K-Box lepas ni?" kata Laura pula. Dia memandang semua orang dengan wajah teruja.

"Sorry, saya tak dapat join. It's time for me to go back home. Kalau bapa saya tahu saya belum pulang lagi, nanti dia akan marah. Raquel pun akan pulang ikut saya," ujar Ashley.

"Alah, Ashley ni... Strict betullah bapa kau tu. Tak boleh kah kalau kau cakap pada bapa kau yang kau masih nak enjoy dengan kami? Tak bestlah kalau kau dan Raquel tiada dengan kami," kata Connie pula.

"Yalah, Ash... Marilah pergi!" pujuk Steven juga.

Ashley tersengih mendengar kata-kata kawan-kawannya. Memang dia juga teringin mahu mengikuti mereka ke destinasi seterusnya tapi Ashley tahu bapa dia tidak akan setuju kalau Ashley mengikuti mereka.

"Tak apalah. Kamu masih boleh enjoy kalau saya dan Raquel tiada," balas Ashley pula.

"Kita pergi sama-sama nanti, okey? Lagipun saya tahu Ashley masih penat ni... Nanti-nanti sajalah," kata Raquel pula.

Ashley mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Raquel.

"Saya juga nak pulang awal ni. Masih ada perkara yang saya perlu urus," kata Kenzie.

"Eh, Kenzie... Kau pun nak pulang awal?" tanya Steven, memandang Kenzie dengan wajah hampa. Kenzie hanya mengangguk menjawab kata-kata Steven.

"Erm, kalau macam tu, kita pergi lain kali sajalah. Malam ni, sampai di sini saja kita untuk malam ni. Mari kita pulang untuk pergi berehat," kata Laura pula.

"Alah, saya baru nak rancang pergi dengan kamu semua," Connie terus mengeluarkan muncung kerana hampa kalau rancangan mereka gagal dilaksanakan pada malam ini.

Anjel tersenyum lalu dia mengusap lengan Connie, seolah-olah mahu memujuk kawannya itu. "Janganlah merajuk, Connie. Kita boleh pergi lain kali. Bagilah peluang untuk mereka rehat dulu malam ini. Kau pun ada game hari ini, kan? Takkan kau tak rasa penat?"

Connie tidak menjawab kata-kata Anjel dan malah sebaliknya semakin menundukkan kepalanya.

"Baiklah, kalau macam tu, kami pergi dulu, ya? Selamat malam, semua. Jumpa di sekolah nanti," Ashley tersenyum lebar sambil melambaikan tangannya ke arah kawan-kawannya.

Dia dan Raquel pun berjalan meninggalkan mereka dan menuju ke kenderaan mereka.

Sebelum masuk, sempat lagi Raquel memandang ke belakang. Ashley yang sudah ada di dalam kereta mengeluh dengan gelagat Raquel.

"Kau nak pergi jumpa dia atau kau nak pulang sekarang?" tanya Ashley.

Serentak dengan itu, Raquel memandang Ashley dengan wajah terkejut. "Apa yang kau merepek ni? Jumpa siapa pula? Ishh, marilah kita pulang..."

Raquel segera masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin. Ashley hanya ketawa mendengar alasan dari Raquel.

***

***

Hari-hari seterusnya pun berjalan seperti biasa.

Walaupun begitu, hubungan diantara Ted dan Raquel masih belum baik lagi.

Raquel sering mengelak daripada berjumpa dengan Ted dan Ted juga seolah-olah tidak mahu menurunkan egonya, dia masih tidak mahu bercakap dengan Raquel.

Ashley pula yang makin risau dengan hubungan mereka berdua kerana mereka tidak lagi seperti yang sebelum ini. Ashley merasa keadaan ini sudah teruk dan Ashley tidak boleh hanya diam sambil memerhati saja.

Ashley harus memikirkan sebuah cara untuk menolong Ted dan Raquel. Namun, dia takut jika rancangan ini akan gagal dan malah nanti akan menjadi lebih teruk dari yang sekarang.

Pada waktu rehat itu, Ashley berjalan menuju ke kafe universiti untuk mengisi perut. Ashley akan pergi makan bersama dengan Raquel tapi malangnya Raquel pula mengatakan yang dia sibuk menolong seorang profesor untuk mengemas fail di pejabat guru.

Terpaksalah Ashley pergi makan seorang diri. Ketika Ashley berjalan di koridor di tepi kafe, Ashley berjumpa dengan Kenzie.

Ketika itu, Kenzie sedang berdiri sambil memegang telefonnya, memeriksa sesuatu di gajet itu.

Langkah Ashley terhenti. Dia merenung dengan mulut ternganga sedikit. 'Kenzie... Dia ada di sini. Apa yang patut saya buat? Erm, kebiasaannya saya hanya akan menyapa dia saja... Baik, saya hanya perlu melintasi dia saja dan sapa dia, kan?'

Ashley sudah membuat keputusan jadi dia pun meneruskan langkahnya.

Ketika menyedari kalau ada orang berjalan ke arahnya, Kenzie mengalihkan kepalanya ke arah orang itu.

Kenzie melihat Ashley dan dia memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar dengan gaya selamba.

"Hai, Ken—"

"Kau nak pergi makan, kan? Baguslah, marilah kita pergi sama-sama," Kenzie terus memotong Ashley bercakap sebelum sempat wanita itu menghabiskan ayatnya.

"Ah?" Ashley terus membuat mimik muka kebingungan. Dia bingung kerana Kenzie tiba-tiba bercakap seperti itu.

'Ada apa dengan dia hari ini? Kenapa dia tiba-tiba nak ajak saya makan sama-sama?'

"Jom lah pergi. Nanti kalau meja full, terpaksa kita tunggu lagi," kata Kenzie lagi. Dia terus berpusing dan berjalan di hadapan Ashley.

Ashley yang masih macam orang kebingungan itu, kelam-kabut mengejar Kenzie dari belakang.

Sesampainya mereka di kaunter, Kenzie membiarkan Ashley untuk beratur dulu sebelum Kenzie yang berdiri di belakang Ashley.

Menyedari tindakan Kenzie ini membuatkan Ashley tidak berhenti daripada tersenyum. Dia mencuri-curi pandang ke arah Kenzie yang ada di belakangnya.

Nasib baik Kenzie tidak sedar kalau Ashley sedang curi-curi pandang pada Kenzie sebab lelaki itu sibuk menaip sesuatu di skrin telefonnya.

Sesudah mengambil makanan, mereka pun mencari meja yang kosong. Mereka duduk secara bersebelahan saja.

Kenzie berdiri lagi walaupun baru sesaat dia duduk. Ashley yang bingung kerana Kenzie tidak mengatakan untuk apa dia berdiri lagi, hanya memandang lelaki itu berjalan meninggalkan meja itu.

Tidak lama kemudian, Kenzie datang lagi dan meletakkan dua botol minuman perisa anggur. Satu botol ditolak ke depan Ashley dan Kenzie pun duduk kembali di tempat duduknya.

Ashley terkesima melihat botol minuman itu. Dia tidak menyangka kalau tujuan Kenzie beredar tadi adalah untuk pergi membeli minuman.

'Anggur... Hari ini ialah Khamis. Jadi, minuman yang biasa dia minum ialah anggur...'

"Terima kasih," ucap Ashley sambil menoleh ke arah Kenzie.

Kenzie hanya mengangguk sambil mencapai sudunya.

Ashley juga tidak bercakap lagi dan mula menjamu selera.

Ashley melihat dari luar kafe, Ted sedang berjalan bersama-sama dengan Anjel. Dua orang itu sedang berbual dan ketawa bersama.

Lama Ashley memandang mereka. Dalam fikirannya, dia memikirkan perasaan Raquel jika dia melihat Ted berjalan bersama dengan Anjel.

Kenzie tentu saja menyedari pergerakan Ashley yang tiba-tiba berhenti itu. Dia menoleh ke arah Ashley dan melihat wanita itu sedang memandang ke suatu tempat.

Kenzie menoleh ke arah yang dipandang oleh Ashley dan melihat Ted bersama dengan Anjel.

Kenzie memandang ke arah Ashley lagi. "Kau risau pasal Ted dengan Raquel kah?"

Ashley tersedar dari alam fikirannya dan menoleh ke arah Kenzie.

"Ya, saya risau... Sudah berhari-hari Raquel dan Ted tidak bercakap lagi. Kalau perkara ini diteruskan, saya risau kalau salah seorang dari mereka akan menyesal nanti. Lagipun, saya tidak mahu tengok salah seorang dari mereka menangis nanti."

Kenzie tersenyum kecil mendengar kata keluhan dari Ashley. "Kau yakin kau dapat membantu mereka walaupun kau nak tolong mereka juga?"

Ashley terus menoleh ke arah Kenzie dengan pandangan tajam. Geram dia bila mendengar Kenzie seolah-olah memandang rendah terhadapnya. "Jangan nak pandang rendah pada saya. Walaupun saya tidak arif pasal bab ni, at least saya boleh tolong mereka jadi macam yang dulu lagi."

Kenzie memandang ke arah makanannya lagi. "Mereka hanya perlukan masa untuk fikirkan perasaan masing-masing. Kau tak perlu risau banyak."

"Tak boleh, saya tidak boleh biarkan mereka jadi begini. Saya mahu tolong mereka supaya tidak lagi melayan sesama sendiri macam ini. Ted, Raquel dan saya sudah lama berkawan, jadi nampak mereka berdua dalam keadaan macam ni buat saya rasa sedih," balas Ashley sambil menggenggam erat sudu di tangan kanan.

"Kerana sudah lama berkawanlah, mereka akan merasa seperti ini. Mereka sudah menganggap antara sesama mereka sebagai kawan baik. Mereka tidak menyangka jika salah seorang dari mereka akan jatuh cinta jadi proses untuk menerima kenyataan ini akan sangat lambat. We just have to give them some time," Kenzie hanya tenang saja bercakap dengan Ashley.

Ashley diam pula sambil memproses apa yang dikatakan oleh Kenzie. Selepas itu dia mengangguk lagi. "Ya, ada betulnya juga tapi saya masih nak tolong mereka. Setidaknya, saya hanya mahu buat mereka sedar perasaan masing-masing dengan lebih cepat."

Kenzie menoleh ke arah Ashley. "Kau nak sangat tolong mereka?"

Ashley terus mengangguk dengan wajah yakin.

"Baiklah... Saya akan bagi tahu kau macam mana nak tolong mereka nanti tapi buat masa sekarang, kau makan dulu makanan kau."

Melihat Kenzie berjanji untuk menolong dia, Ashley tersenyum puas hati lalu dia mengangguk dan menyambung kembali menjamu selera.

Kenzie hanya mengerling ke arah Ashley sebelum dia juga turut makan lagi.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C82
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión