Descargar la aplicación
78.82% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 67: Arillisa akan pulang?

Capítulo 67: Arillisa akan pulang?

KEESOKAN harinya, Mr. Adham sendiri yang datang menjemput Ashley dari tapak perkhemahan itu.

Kawan-kawan mereka yang lain sempat memberikan salam 'selamat tinggal' kepada Ashley dan Raquel sebelum dua orang gadis itu naik ke kereta mereka.

Raquel sudah masuk ke dalam kereta kecuali Ashley. Ashley sudah membuka pintu kereta dan bersedia untuk masuk ke dalam.

Namun pergerakannya terhenti.

Seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan Ashley untuk berhenti, maka dia berhenti.

Ashley menoleh ke belakang dan anak matanya meliar untuk memandang ke sekeliling. Matanya berhenti di sebuah pokok kayu yang besar.

Jantungnya berdegup lebih kuat untuk sesaat. Ashley merasa ada sesuatu di sebalik pokok itu tapi dia tidak tahu apa.

"Elley, apa yang kamu tengok di sana? Ada yang kamu tertinggal?" tanya Mr. Adham.

Pertanyaan itu membuatkan Ashley tersedar dari dunianya sendiri. Ashley segera mengalihkan pandangannya kepada bapanya dan segari senyuman ditunjukkan di bibirnya.

"Tak ada apa-apa, bapa."

Ashley pun masuk ke dalam perut kereta. Dia tidak lagi memikirkan apa-apa tentang yang dia rasakan sebentar tadi.

Mungkin cuma perasaan saya saja...

Sebaik saja pintu kereta ditutup oleh Ashley, Mr. Adham pun memandu kereta itu pergi dari sana.

Setelah kereta itu sudah jauh, dari sebalik pokok yang direnung oleh Ashley tadi, keluar seorang lelaki tampan yang berwajah dingin.

Wajah dingin itu hanya memandang bayang kereta hitam yang membawa Ashley pulang itu, menghilang kerana semakin jauh.

Kenzie diam saja sambil menyeluk saku poket seluarnya. Lama dia berdiri di sana, walaupun kereta hitam itu sudah lama hitam.

Setelah beberapa minit lagi, dia pun turut berlalu. Membiarkan saja fikirannya dipenuhi dengan pelbagai jenis perasaan yang dirasakannya.

...

KERANA merasa sedikit penat, Ashley tertidur dalam kereta. Raquel hanya membangunkan Ashley bila mereka tiba di rumah.

Sesudah mereka naik ke bilik dan meletakkan barang-barang mereka, Momy memanggil mereka untuk turun bersarapan.

Sarapan pada kali ini ditemani oleh Mr. Adham. Meja itu menjadi riuh dengan suara Raquel yang seronok bercerita tentang aktiviti mereka sepanjang perkhemahan.

Macam Raquel pula anak kandung dalam rumah ini sebab dia yang lagi banyak bercakap berbanding dengan Ashley.

Namun begitu, Mr. Adham dan Momy tidak menyuruh Raquel untuk berhenti bercakap. Sebaliknya, mereka terhibur dengan gelagat dia. Suasana ruang makan pada pagi itu sangat harmoni.

"Oh, ya... Bapa hampir lupa mahu beritahu. Bapa dapat laporan dari orang suruhan bapa untuk cari kakak kamu... Yang kakak kamu sudah dijumpai dan tidak lama lagi dia akan pulang ke sini," Mr. Adham mengumumkan berita mengenai puteri sulungnya yang sudah lama tidak pulang ke rumah.

Kepala Ashley dan Raquel segera berpusing, menatap ke wajah awet muda Mr. Adham. Wajah mereka jelas menunjukkan yang mereka terkejut tapi Raquel lebih kepada tertanya-tanya.

"Kakak Ashley? Yang Uncle selalu mention tu... Yang nama dia... Ummmm.." Raquel memegang dagunya dan mimik muka Raquel menunjukkan seperti dia sedang berfikir.

"Arillisa." Ashley menyampuk untuk menjawab kata-kata Raquel yang tidak habis itu. Dia mengangkat gelas berisi susu dan meminumnya.

"Ah, ya... Arillisa..." Raquel segera memandang ke arah Mr. Adham dengan wajah teruja. "Dia nak pulang? Wah, tak sabar saya nak jumpa dengan kakak Ashley... Dia pun mesti macam Ashley kan?? Cantik macam dia?"

Bibir Ashley berubah bentuk menjadi segaris senyuman. Namun senyuman itu tidak sama dengan sinaran di balik mata Ashley. Sama?

Mr. Adham hanya tersenyum lembut. Dia sudah menganggap Raquel ini sebagai anak kandungnya sendiri sebab itu kenapa dia melayan Raquel sama seperti bagaimana dia melayan Ashley.

"Kamu akan tahu nanti bila kamu sudah berjumpa dengan dia sendiri."

Raquel mengangguk kerana teruja. Dia segera memandang ke arah Ashley. Melihat Ashley hanya tenang saja memakan sarapan dia, Raquel menjadi sedikit geram. Raquel bertindak memukul lengan Ashley.

"Ow! Raquel, apahal kau pukul saya ni?"

"Kenapa kau tidak nampak gembira bila dengar kakak kau nak balik? Atau kau tidak mahu dia pulang pun...." Raquel mengecilkan matanya memandang Ashley, seolah-olah meragukan sesuatu di dalam diri Ashley.

Ashley mengusap lengannya yang dipukul tadi. Gila Raquel ni... Seseorang perlu beritahu dia yang pukulan dia sangat menyakitkan... Inilah yang selalu Ted rasa setiap kali Raquel pukul dia? Sakitnya!

"Bukan saya tidak gembira. Saya gembira, Raquel... Malah lebih gembira dari kau. Lagipun kakak saya sudah lama tidak pulang ke rumah..."

Raquel ada dengar dari cerita Momy kalau Arillisa lari dari rumah kerana tidak tahan dengan Mr. Adham yang terlalu tegas dan selalu memarahi anak-anak perempuan dia jika ada kesalahan yang dilakukan.

Raquel dapat memahami perasaan Arillisa kerana selama dia tinggal bersama dengan keluarga Ashley, dia juga pernah dimarahi oleh Mr. Adham kerana pernah bergaduh dengan budak-budak nakal. Sejak dari hari itu, Raquel tidak pernah buat kesalahan itu lagi.

Raquel juga hairan macam mana Ashley boleh tahan dengan bebelan Mr. Adham setiap kali bapa dia itu memarahi mereka. Sedangkan Raquel, dia harus mencari seribu satu alasan hanya untuk melarikan diri daripada dibebel oleh 'ayah angkatnya' itu.

Semua bayangan ini hilang dari fikiran Raquel bila dia mendengar Ashley muka bercakap lagi.

"Bapa, kali ini kakak akan tinggal selamanya dengan kita atau dia akan kembali ke luar negara lagi?" tanya Ashley.

Mr. Adham mengeluh, berat sekali. Matanya tidak dialihkan dari pinggan dan hanya menatap sarapannya dengan bibirnya mula bergerak lagi. "Bapa berharap yang kakak kamu itu boleh tinggal di sini bersama dengan kita selamanya... Tapi kamu tahulah sikap kakak kamu itu bagaimana. Kalau boleh, setiap masa dia mahu melawan bapa... Jika ada peluang saja, dia mesti akan melawan bapa..."

Sudu Ashley yang sedang dikuis di nasi goreng berhenti begitu saja.

"Tapi sekarang kamu sudah besar dan lebih faham dengan perangai kakak kamu itu. Bapa harap agar Elley boleh menolong bapa untuk pujuk kakak kamu itu supaya tinggal di sini bersama kita. Lagipun, kita ini adalah ahli keluarga dia. Dia tidak mempunyai sesiapa di luar negara sana..."

Walaupun kakak sudah bertahun-tahun tinggalkan kami, bapa masih ambil tahu dengan keadaan kakak. Tiada yang sedar wajah Ashley berubah menjadi sedikit mendung kerana perkataan bapanya itu.

Sejak kakaknya meninggalkan rumah itu, Ashley sentiasa menunggu kepulangan dia. Di dalam keluarga itu, hanya Arillisa dan Ashley saja yang tinggal, jadi Ashley sentiasa menunggu hari di mana dia dan kakaknya boleh bermain bersama-sama lagi.

Sayangnya, harapan itu hilang begitu saja. Ashley mengaku yang dia cemburu melihat adik-beradik yang lain saling menjaga dan menolong antara satu sama lain sedangkan dia tidak begitu.

Namun, bila memikirkan Arillisa itu ialah kakak kandungnya, Ashley tidak sanggup untuk membenci wanita itu. Namun jauh di sudut hati Ashley, dia tahu yang dia sangat marah dengan perbuatan Arillisa yang meninggalkan dia sendirian.

"Oh, oh, oh..." Raquel terus melonjak kecil di atas bangku dengan wajah teruja. "Saya pun nak tolong... Saya boleh tolong Ashley pujuk kakak dia untuk tinggal di sini."

Mr. Adham tersenyum dengan kata-kata Raquel. Dia terus mengangguk dengan laju. "Tentu, sudah tentu... Kamu juga boleh tolong Elley..."

Momy yang juga duduk bersarapan dengan mereka itu hanya diam saja. Namun begitu, masih boleh dilihat di wajahnya ada segari senyuman lembut yang menghiasi wajah wanita berumur itu.

***

***

CUTI sekolah berakhir dengan begitu cepat. Kini, Ashley dan Raquel sudah kembali ke kolej lagi untuk melanjutkan pengajian mereka.

Pada hari pertama itu, keadaan menjadi sedikit kecoh dengan suara lantang Raquel memarahi Ted.

Nasib baik pelajar yang lalu-lalang tidak banyak. Kalau tidak, buat malu saja kalau semua orang nak tengok Raquel dan Ted bergaduh.

Ashley menepuk dahinya sambil mengeluh. Dia tidak tahu kenapa Raquel tiba-tiba melenting bila mereka bertembung dengan Ted yang berjalan dengan Anjel.

Raquel menuduh Ted sengaja menggunakan Ashley untuk mendekati Anjel. Ted yang tidak bersalah itu mencuba untuk menidakkan kata-kata Raquel. Kerana itu, pergaduhan diantara mereka bermula.

Nama Ashley disebut berulang kali diantara Raquel dan Ted, menjadikan Ashley serba-salah mahu menyebelahi siapa. Ashley mahu menghentikan mereka berdua namun dia pula yang ditolak ke tepi oleh Raquel dan Ted.

Ashley sudah tidak tahu topik apa yang dibicarakan oleh dua orang kawannya itu kerana saat itu Ashley mengalami sakit kepala yang kuat hanya kerana berfikir bagaimana mahu menghentikan dua orang itu.

Jika Raquel dan Ted tidak berhenti bergaduh, mereka akan menarik perhatian pada pensyarah dan tentunya mereka akan dikenakan hukuman kerana sudah membuat kekecohan di kawasan kolej.

Anjel yang berada di belakang Ted hanya mampu memandang Raquel dan Ted bergaduh. Dia juga sudah berusaha untuk menghentikan mereka namun apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Pergaduhan diantara Raquel dan Ted menjadi semakin tegang bila dua-dua tidak mahu mengalah.

Ashley terus berdiri di tengah-tengah mereka. Dia harus berusaha menghentikan dua orang kawannya itu dengan cara apa sekalipun.

Sayangnya, perbuatan Ashley untuk berdiri di tengah-tengah mereka salah kerana dengan mudahnya, Raquel dan Ted menolak dia ke tepi semula, tanpa memandang Ashley sedikit pun.

Hah, dorang tolak saya ke tepi begitu saja?

Tidak tengok saya pun...

Tak guna betul dua orang kawan saya ni...

Ashley cuba untuk berdiri di tengah-tengah mereka lagi. "Okey, cukup... Jangan bergaduh—Aduh!"

Tanpa sedar Raquel menolak Ashley dengan kuat kali ini. Ashley terus terdorong ke belakang dengan keadaan yang tidak stabil.

Jadinya, badan Ashley terjatuh ke belalang.

Anjel yang melihat Ashley terjatuh itu tidak sempat untuk menyambut Ashley tepat pada masanya.

Ashley menutup matanya, bersedia untuk menunggu rasa sakit datang ke tubuhnya.

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

Ashley membuka matanya bila dia tidak merasa apa-apa yang sakit. Sebaik saja matanya terbuka luas, Ashley terus terlopong dengan apa yang dia lihat di depannya.

Apa yang menyapa mata Ashley terlebih dulu ialah wajah Kenzie yang dingin. Mata Kenzie hanya menatap Ashley dengan dalam, sehingga mampu menusuk jauh ke ruang hati Ashley. Tangan kiri Kenzie yang panjang itu masih melingkar di sekeliling pinggang Ashley untuk menahan Ashley daripada terjatuh.

Pada masa yang sama, bau minyak wangi perisa oren menerjah ke ruang pernafasan Ashley, menjadikan jantung Ashley muka bertindak balas dan berdegup dengan kencang.

"Kalau kau tidak mampu nak hentikan dorang... Jangan buat benda bodoh dengan berdiri di tengah-tengah. Usaha kau itu sia-sia saja," Suara dingin dan garau keluar dari mulut Kenzie, menyedarkan Ashley dari lamunan sendiri.

Ashley segera membetulkan posisi berdiri dengan betul dan menunjukkan sengihannya. "Thanks!"

Kenzie memandang ke arah Ted dan Raquel yang masih bergaduh macam tidak ingat dunia. "Kenapa dorang bergaduh?"

Ashley menggeleng kecil. "Saya pun tidak tahu... Tiba-tiba saja sudah bergaduh."

"Kau tahu macam mana nak hentikan dorang bergaduh?" tanya Anjel.

Kenzie hanya melirik ke arah Anjel. Seolah-olah dia ingin berkata 'Kau siapa?'

Anjel tersentak dengan lirikan dingin itu. Dia yang tidak biasa menerima pandangan seperti itu terus berundur ke belakang dan menunduk. Tidak sanggup mahu menatap ke arah Kenzie lagi. Terbang sekejap roh dari badan....

"Mana dapat hentikan dorang lagi. Dorang ni, kalau sekali bergaduh... Tidak akan pernah berhenti... Saya pun bingung kadang-kadang macam mana mahu hentikan dorang berdua ni."

Suara Ashley itu membuatkan Kenzie mengalihkan perhatian dia kepada Ashley sekali lagi. Barulah Anjel merasa dirinya hidup lagi. Renungan dingin Kenzie tadi sama seperti pisau yang mampu membunuh orang.

Nasib baik renungan tidak mampu membunuh. Kalau tidak, saya yang mati lebih dulu...

Kenzie memandang ke arah Raquel dan Ted. "Biar saya cuba."

Ashley membuka mulut, mahu memberitahu yang niatnya akan sia-sia saja tapi sayangnya, Kenzie lebih cepat bercakap.

"Korang berdua ni nak break atau apa? Kenapa korang bergaduh macam salah seorang dari korang curang?"

Ashley merasa kata-kata Kenzie itu sangat tidak munasabah kerana Ted dan Raquel bukanlah pasangan kekasih. Jadi buat apa nak break up?

Namun kejadian seterusnya yang membuatkan Ashley terlopong, besar mulutnya terbuka sampai sebiji bola tenis pun boleh muat. Anjel juga tidak kalah dari Ashley.

Mendengar kata-kata Kenzie, Raquel dan Ted terus berhenti bercakap dan memandang Kenzie dengan wajah terkejut.

Beberapa saat kemudian, wajah mereka menjadi merah dan kali ini Kenzie yang menjadi sasaran.

"SIAPA YANG KAU MAKSUDKAN BREAK?" Raquel dan Ted menyebut ayat yang sama dengan serentak, membuatkan mereka saling berpandangan.

Kenzie menaikkan kening kirinya dengan wajah selamba. Namun wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang menikmati drama yang dia sedang nampak di depan matanya.

"DIAMLAH!" Lagi...

"JANGAN IKUT CAKAP SAYA!!" Dan lagi...

Raquel dan Ted saling berpandangan dengan wajah yang menyimpan seribu satu perasaan. Mereka sudah menyebutkan tiga ayat yang sama dalam masa yang sama.

Apa ni? Apa yang jadi ni?!!!

"Tidak mahu mengaku lagi?" tanya Kenzie lagi, sengaja mengusik mereka.

Semakin merah wajah Raquel mendengarnya. Dia menjeling Kenzie. "Diamlah, Kenzie. Sejak bila kau campur hal urusan kami ni? Pergilah kau jauh-jauh!" Habis saja bercakap, Raquel terus berlalu.

Ted juga tidak tinggal di sana dan terus berlalu. Kata-kata Kenzie dan perbuatan Raquel masih berlegar-legar di mindanya.

Ashley dan Anjel memandang dua orang kawan mereka itu tadi bergaduh macam nak mulakan perang dunia ketiga. Bila melihat mereka berhenti bergaduh, Ashley dan Anjel merasa tidak percaya.

"Hanya begitu saja cukup?" tanya Ashley, bingung dan terkejut.


REFLEXIONES DE LOS CREADORES
bbeatyybrr bbeatyybrr

So, apa yang pendapat kamu tentang Ted dan Raquel?

Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C67
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión