Descargar la aplicación
74.11% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 63: Musim Cuti(5)

Capítulo 63: Musim Cuti(5)

SETELAH selesai menjelajah selama setengah hari, Ashley kembali ke tapak perkhemahan seorang diri. Hairan pula dia sepanjang masa dia berjalan, tidak pula dia berjumpa dengan kawan-kawannya. Ashley pun tidak tahu di mana pula mereka pergi.

Sesampainya dia di kawasan perkhemahan, Ashley mengembalikan kamera dia ke dalam khemah dan segera mengambil botol air yang disimpan.

Sedang Ashley minum air, Steven datang menghampiri dia. Tersengih Steven melihat Ashley di sana.

"Ash, you want to join us for lunch?" tanya Steven.

Ashley menyimpan botol minumannya dan dia memandang ke arah Steven. "Lunch??"

Steven mengangguk lalu dia terus menarik tangan Ashley tanpa menunggu gadis itu berkata apa-apa. Ashley pula terpaksa mengikuti saja langkah Steven sebab dia sudah ditarik oleh lelaki itu menuju ke satu kawasan lapang yang hanya dipenuhi dengan meja dan bangku. Tempat itu lebih kurang sama dengan meja piknik yang selalu disediakan.

Satu meja hanya memuatkan lapan orang bersama-sama dan berbentuk segi empat. Semasa Ashley tiba di sana, makanan sudah pun tersedia. Ashley melihat ada Raquel duduk di meja itu, sedang makan buah pisang.

Ashley segera mendekati Raquel. Dia menepuk bahu kawannya itu dan dengan suara yang geram, dia berkata; "Sini rupanya kau. Kenapa kau tinggalkan saya tadi??"

Raquel segera menoleh ke arah Ashley. Nasib baik dia tidak tersedak dengan sergahan Ashley tadi. Mendengar soalan Ashley, Raquel membuat muncung itik. "Saya cuma nak cari di mana Ted pergi. Saya tidak sangka pula yang saya juga tersesat dan tidak tahu kau sudah ada di mana."

Berkerut kening Ashley mendengarnya. "Kenapa kau nak cari Ted juga?? Dia kan pergi dengan Anjel."

Raquel terus berdiri sambil menepuk meja dengan tangannya. "Apa!?" tanya Raquel dengan pipinya yang kembung kerana memakan pisang.

Ashley menjauh dari Raquel kerana suara kuat Raquel membuatkan telinga Ashley menjadi sakit. Dia kemudian menggosok telinganya sendiri. "Oww, kalau iya pun... Janganlah teriak. Sakit telinga saya kau teriak ni."

Raquel tidak mendengar malah dia duduk kembali ke kerusi dengan wajah geram.

Ashley pun duduk semula di bangku. "Yang kau marah sangat pasal Ted jalan dengan Anjel kenapa? Bukannya Ted nak culik Anjel atau apa-apa..."

Raquel menjeling Ashley. Dia menjadi semakin geram kerana Ashley tidak faham apa yang sedang dia fikirkan. Namun Raquel juga tidak mahu memberitahu Ashley apa yang sedang dia fikirkan sebab dia tidak mahu Ashley berfikir macam-macam.

Pada masa itu, seorang perempuan muncul di dekat mereka. Dia duduk di bangku yang berhadapan dengan Ashley dan dengan senyuman manis, dia berkata, "Hai, korang mesti kawan yang Steven mention kan?"

Ashley dan Raquel segera memandang ke arah perempuan itu. "Ya, kami memang kawan Steven."

Lika terus tersenyum lebar. "Oh, baguslah. Setidaknya bukan saya saja perempuan yang duduk di sini. Nama saya Lina David. Saya satu umur dengan Steven."

"Saya Ashley."

"Saya Raquel."

Steven tiba di sebelah Ashley dan meletakkan dua tin minuman. Minuman itu dia ambil untuk Ashley dan Raquel. Melihat ada orang lain di depan Ashley, Steven mengalihkan pandangan dia ke arah orang itu.

"Lina??" Panggil Steven dengan wajah terkejut. "Apa yang kau buat di sini?"

"Dia kan join korang untuk lunch ni. Kenapa kau tanya begitu?" tanya Raquel pula. Dia mengambil satu tin yang dibawa oleh Steven tadi.

"Saya--"

Belum sempat Steven menghabiskan ayatnya, Lina lebih cepat memotong. "Kenzie bawa saya lunch dengan korang. Of course saya akan ikut. Mana Kenzie?" Lina hanya tersenyum manis sambil memandang Steven.

Steven hanya memandang Lina tanpa berkata apa-apa. Hanya anak matanya saja memandang Lina dengan perasaan kurang senang.

Mendengar nama Kenzie disebut, wajah Ashley berubah sedikit. "Ken... Kenzie??"

Lina menoleh ke arah Ashley lagi. "Ya, Kenzie... Saya rasa kau mesti kenal dia sebab kau berkawan dengan Steven. Oh, untuk pengetahuan kau, saya teman wanita dia," kata Lina dengan suara yang bangga.

Untuk beberapa saat, suasana sepi memenuhi ruangan diantara Ashley dan Raquel.

"Teman wanita???" tanya Raquel dengan suara yang paling kuat. Meskipun begitu, Ashley yang duduk di sebelah Raquel hanya diam membatu saja.

"Jangan cakap yang bukan-bukan, Lina... Kau dan Kenzie tu mana ada apa-apa---"

"Oh, itu dia!!! Kenzie!!!!"

Sekali lagi, percakapan Steven dipotong oleh Lina. Wajah Steven berubah menjadi dingin kerana Lina langsung tidak mendengar kata-katanya.

Lina tidak melihat perubahan wajah Steven kerana pada masa itu, dia sudah pun berdiri dan berlari ke arah Kenzie yang berjalan ke meja itu. Di belakang Kenzie ialah beberapa orang lelaki lagi yang Ashley tidak kenal.

Semua mata mengarah ke arah Kenzie. Lina segera memeluk tangan kanan Kenzie. "Kau di sini rupanya. Kau tahu tak, saya sudah beberapa hari cari kau di rumah tapi parents kau cakap kau tiada di rumah. So, saya tanya Jack di mana kau. Bila dia cakap kau di sini, saya pun datanglah."

Kenzie terus menoleh ke arah lelaki yang berdiri di sebelah kanannya. Lelaki yang dipanggil Jack itu terus mengangkat tangannya tanda mengaku kalah. "Saya tidak beritahu apa-apa. Dia yang cari sendiri."

Kenzie terus memandang Lina lagi dan dia melepaskan tangannya dari pelukan Lina dengan pergerakan yang lembut. Walau apa-apa pun, Lina itu masih seorang wanita. "Kau tidak patut ada di sini. Kenapa kau boleh ada di sini?" Suara dingin diberikan kepada Lina.

Lina mengeluarkan muncung itiknya. "Saya cuma nak ikut ke mana kau pergi. Lagipun, musim cuti ini tiada kawan saya nak pergi jalan-jalan. Kalau kau tidak mahu ikut saya pergi mana-mana, saya yang akan ikut kau. Sounds better, right?"

Kenzie tidak berkata apa-apa. Dia hanya mengeluh perlahan dan bergerak ke meja. Melihat ada Ashley di sana, Kenzie terdiam dan tidak bergerak untuk beberapa saat. Hanya beberapa saat saja, Kenzie terus duduk di bahagian bangku yang berhadapan dengan Ashley. Dia hanya melirik ke arah Ashley.

Lina merasa terkilan dengan gaya Kenzie yang masih mengabaikan dia. Tapi tidak bermakna dia akan mengalah. Walaupun dia tahu Kenzie tidak mempunyai perasaan untuk dia, Lina tetap berusaha sehingga lelaki itu akan jatuh cinta pada dia.

Lina terus mendekati Kenzie. Dia menolak Steven yang baru saja mahu duduk di sebelah Kenzie. Steven menjeling Lina apabila dia ditolak ke tepi. Kawan-kawan dia yang lain sudah pun mentertawakan Steven.

"Steven, di sini!" kata Ashley. Dia menepuk tempat duduk di sebelahnya tanda menyuruh Steven untuk duduk di sana. Akhirnya, Steven terpaksa duduk di sana kerana hanya tempat duduk itu saja yang kosong.

Kenzie menjeling Steven apabila melihat sahabatnya itu duduk di sebelah Ashley. Jelingan itu tidak lama kerana perhatian dia diganggu oleh Lina yang sudah pun kembali memeluk tangannya.

"Kau tidak bawa pun saya datang ke sini. Kalau kau bawa saya, kita boleh dating setiap masa," kata Lina dengan suara yang manja.

Hampir muntah Raquel mendengarnya. Bukan dia saja tapi juga semua orang yang ada di meja itu. Ashley hanya memandang saja gelagat Lina dengan Kenzie.

Sebenarnya, dia masih tidak percaya kata-kata Lina kalau dia ialah teman wanita kepada Kenzie. Kalau memang Lina itu ialah teman wanita Kenzie, semua orang pasti sudah bercakap tentang hal itu.

Raquel tersenyum sinis melihat gelagat Lina terhadap Kenzie. "Saya tak tahu pula, kau ada test begini, Kenzie. Setahu saya... Kau tidak suka pun kena sentuh dengan perempuan. Tapi... Oleh sebab dia 'girlfriend' kau, boleh mungkin dia sentuh kau, kan?"

"Apa maksud kau girlfriend??" tanya Kenzie. Ketika itu, dia sedang berusaha melepaskan tangan Lina yang melekat macam lintah dari memeluk lengannya.

"Lina cakap pada dorang yang dia tu girlfriend kau," jawab Steven pula.

Saat itu, wajah Kenzie berubah. Dia segera memandang Lina yang duduk di sebelahnya. "Kenapa kau cakap dorang begitu? Kita mana ada apa-apa. Kau selalu cakap benda merepek."

Wajah Lina berubah menjadi asam. "Apa!? Salahkah? Lagipun, papa saya dan papa kau setuju untuk kahwinkan kita..."

"Itu keputusan papa kau... Bukan papa saya. Papa kau dan papa saya adalah rakan bisnes. Jangan samakan dengan hal perkahwinan pula," balas Kenzie pula.

Lina terus mengeluarkan muncung dia lagi.

Raquel terus ketawa terbahak-bahak. "Oh, jadi rupanya dia pun suka kau, Kenzie?"

Lina terus memandang ke arah Raquel. Dia tidak suka bila ada orang mentertawakan dia seperti itu.

Raquel terus memandang ke arah Lina pula. "Buat pengetahuan kau, bukan kau saja yang suka dia tapi saya juga. Kau mahu berlawan siapa yang dapat dia?" kata Raquel.

Wajah Lina berubah lagi. Mendengar Raquel juga menyukai Kenzie, membuatkan perasaan dia berubah menjadi marah. Dia tidak suka jika ada perempuan lain suka pada Kenzie juga.

"Raquel, apa kau cakap ni?? Jangan buat hal lah!!" kata Ashley. Ashley bukan marah sebab Raquel berkata begitu kerana Ashley tahu, Raquel sedang mengusik Lina sampai perempuan itu marah.

"Wow, cerita tiga segilah ni?" kata salah seorang dari kawan-kawan lelaki yang duduk di meja yang sama. Sedari tadi, mereka hanya diam saja sambil memandang 'drama' di depan mereka.

"Saya tidak tahu pula kalau Kenzie ada peminat lain... Saya Lester. Siapa korang berdua ni? Tidak pernah nampak pun selama ni?" kata lelaki yang bersuara tadi.

Steven pun memperkenalkan Ashley dan Raquel kepada kawan-kawannya yang lain. Mendengar nama Ashley, semua lelaki itu terkejut kerana tidak menyangka yang mereka akan berjumpa dengan salah satu pelajar kolej mereka yang terkenal.

"Oh, tak sangka bertuah saya boleh jumpa dengan pelajar terkenal tahun pertama di kolej kita. Wei, Steven, kenapa kau kenalkan dia pada kami sekarang? Kenapa bukan dari dulu?"

"Kau berkawan dengan budak hotstuff ni, Steven? Kau tidak bagi tahu pun!"

"Weh, memang betullah dia cantik, tapi lagi cantik nampak depan-depan."

"Wow, dia memang cantiklah... Macam semua orang cakap!"

Ashley hanya tersenyum kecil saja mendengar semua komen kawan-kawan Steven.

Lina menjadi semakin marah bila melihat semua perhatian berpindah kepada Ashley. Dia tidak menyangka yang 'kawan' yang Steven bawa itu ialah salah seorang pelajar terkenal di kolej mereka. Lina memandang Kenzie dengan perasaan yang cemas. Dia takut kalau Kenzie akan jatuh hati pula dengan Ashley.

Walaupun Lina tidak terkenal seperti Ashley, dia juga tidak mahu kalau orang yang dia suka jatuh cinta pada orang lain. Melihat wajah Kenzie yang selamba itu membuatkan Lina merasa lega. Dia menjadi yakin kalau Kenzie tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada Ashley.

Lina menjeling Ashley dalam diam. Baguslah kalau Kenzie tidak suka budak popular ni... Setidaknya, dia tidak merebut orang yang saya suka.

Raquel melihat cara pandangan Lina pada Ashley. Dia merasa ingin ketawa dengan gelagat Lina itu dan pada masa yang sama, dia merasa macam nak tumbuk saja perempuan itu. Perangai Lina mengingatkan Raquel kepada Mellisa. Tidak terlalu sama tapi boleh dikaitkan...

Raquel tersenyum sinis. Dia juga pernah menyukai Kenzie. Itu tidak boleh dinafikan tapi Raquel tahu perangai Lina seperti ini tidak akan disukai oleh Kenzie.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C63
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión