Descargar la aplicación
50.58% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 43: Jaket Kelab

Capítulo 43: Jaket Kelab

ASHLEY berjalan di sepanjang koridor sekolah menuju ke stor sukan. Oleh kerana Coach Dhin menyuruh dia untuk mengambil jaket kelab di stor sukan kelmarin, Ashley pun terus melaksanakan tugasan itu.

Di pintu stor, Ashley terlanggar dengan seorang pelajar lelaki yang bertubuh besar. Ashley yang hanya berbadan kecil itu hampir terjatuh ke belakang kalau dia tidak dipegang oleh pelajar lelaki itu.

Ashley cepat-cepat berdiri dengan tegak lagi dan memandang pelajar lelaki berbadan besar. Boleh nampak badan lelaki itu yang berotot.

Di tangan lelaki itu ada satu kotak berisi jaket untuk kelab mereka. Melihat badan mereka yang besar dan berotot itu, mereka mesti dari kelab ragbi.

Ashley terus melangkah ke tepi untuk memberi ruang kepada pelajar lelaki itu keluar. Selain dia, ada dua orang pelajar lelaki lain lagi yang juga membawa kotak bersama mereka.

"Maaf, saya tak sengaja." Pelajar lelaki yang terlanggar dengan Ashley tadi hanya menunduk sedikit pada Ashley.

Ashley sekadar tersenyum dan mengangguk.

Dua orang kawan lelaki itu pula memandang Ashley. Terus saja wajah mereka menjadi teruja melihat Ashley.

"Oh, a beauty. Kenapa saya tidak pernah nampak dia?!"

"Wah, dia ke sini mesti nak ambil jaket kelab. Kau dari kelab mana?"

Ashley terpinga-pinga kerana dia tidak menyangka yang dua orang pelajar lelaki itu akan bercakap dengan dia.

"Saya assistant kelab bola keranjang," jawab Ashley dengan wajah pasti dan tidak pasti.

"Oh, kau kah yang semua orang asyik cakap tu? Tak sangka boleh jumpa kau akhirnya. Kau nampak cantik pula depan-depan. By the way, nama saya Jack. Ini, Wesley.... Yang ini, Frederick. Nice to meet you, kami dari kelab ragbi." Pelajar yang ada di tengah itu memperkenalkan dirinya sebagai Jack.

Pelajar lelaki yang ada di kanan Jack ialah Wesley dan lelaki yang di sebelah pula ialah Frederick - lelaki yang terlanggar dengan Ashley tadi. Seperti tekaan Ashley, mereka dari kelab ragbi.

Ashley tersenyum dengan keramahan yang ditunjukkan oleh Jack. Tidak pernah pula dia tahu kalau ahli kelab ragbi begini ramah.

"Nice to meet you too!"

"Hei, apa halang orang ni! Tepi lah!" teriak satu pelajar perempuan dari arah pintu. Dia ingin keluar dari stor tapi ada pula tiga orang pelajar lelaki yang bertubuh besar ini menghalang pintu.

Pelajar perempuan itu terus menolak Wesley dan Jack ke tepi. Dia sedar dengan kehadiran Ashley dan dia memandang ke arah Ashley.

Pelajar perempuan itu kelihatan tinggi dari Ashley. Kalau Ashley tengok, dia pelajar yang berada di tahun akhir, seorang senior.

Di tangan dia juga ada sebuah kotak.

Melihat pelajar perempuan itu, Ashley terus memberikan senyuman ramah pada dia. Walau apapun, pelajar ini seorang senior, bak kata lain, mestilah kena hormat yang lebih tua.

"Oh, siapa pelajar cantik ni? Tak pernah nampak pun... Patutlah korang diam saja kat pintu ni, tak bergerak macam tunggul kayu. Nampak perempuan cantik pula," kata pelajar perempuan itu.

Dia memandang ke arah tiga orang pelajar lelaki tadi sambil menunjukkan senyuman mengejek.

"Apa?? Kami pun baru jumpa dia lah. Kau tahu tak, dialah assistant basketball yang semua orang sedang cakap tu," kata Jack pula.

Pelajar perempuan itu terus memandang Ashley dengan wajah terkejut. "Oh, kau Ashley, kan? You are really a pretty one. Saya Amilia, dari kelab bola tampar. Akhirnya, saya jumpa juga hotstuff ni."

Amilia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Ashley. Dengan perasaan teruja dan malu, Ashley terus menyambut tangan Amilia dan mereka terus bersalaman.

Ashley bingung sekejap sebab Amilia mengatakan dirinya sebagai 'hotstuff'. Dari mana dan macam mana pula dia jadi 'hotstuff' ini. Selama ini, Ashley bukan seperti itu...

Amilia terus menjeling Jack dan kawan-kawannya. "Korang ni kenapa masih di sini? Baliklah sana... Ni mesti nak mahu mengorat dia, kan?"

Jack hanya tersengih. "Kau ni, janganlah buat kami kantoi."

"Sudahlah, Jack... Jangan main-main lagi. Marilah kita ke bilik kelab untuk hantar jaket ni," Frederick akhirnya bersuara dan memegang bahu Jack untuk memberi isyarat pada Jack supaya mereka segera berlalu.

"Yalah, yalah... Ishh, nak bercakap dengan hotstuff ni pun dah tidak boleh." Jack memandang Ashley. "Bye, hotstuff. Nanti jumpa lagi!"

"Eih, marilah!" Wesley pula terus menarik Jack dengan melingkarkan tangannya di sekeliling leher Jack.

"Saya harap kau jangan layan sangat perangai dorang tu. Dorang memang macam tu. Pantang nampak pelajar cantik. Take care of yourself, alright?" Amilia berkata sambil memberikan senyuman lembut pada Ashley.

Nasihat dan kata-katanya persis seperti seorang kakak yang menasihati adiknya supaya berhati-hati.

Ashley tersenyum mendengarnya. Tersentuh hatinya kerana Amilia mengambil berat pada dirinya.

"Baiklah. Terima kasih untuk nasihatnya," Ashley menjawab.

Amilia tersenyum. Dia menoleh ke belakang bila mendengar ada kawannya menyebut namanya. Amilia memandang ke arah Ashley lagi. "Masuklah ke dalam. Ada guru bertugas juga sedang pantau di dalam. Harap kita boleh jumpa lagi."

Setelah itu, Amilia pun berlalu bersama kawan-kawannya. Ashley hanya memandang mereka dengan wajah kagum. Amilia seorang pemain bola tampar dan aura dia sebagai seorang pemain handal terpancar kuat dari tubuh badannya. Rasanya, Amilia ini bukan sekadar pemain biasa.

Ketika Ashley sedang tenggelam dalam fikirannya sendiri, dia tidak sedar yang tiga orang pelajar lelaki sedang berjalan mendekati dia.

"Ashley, kenapa kau di luar?" tanya Bryend sambil menepuk bahu kanan Ashley.

Ashley tersentak sehingga bahunya terenjut. Dia pantas menoleh ke arah Bryend. Bersama Bryend ialah Eden dan Marcus.

"Kenapa kau berdiri di luar saja? Marilah masuk ke dalam," kata Marcus, memandang Ashley dengan wajah bingung. Hairan dia melihat Ashley sedang berdiri di luar stor sukan.

"Kapten suruh kami tolong kau angkat kotak-kotak tu ke kelab," Eden pula berkata.

"Oh." Hanya itu saja yang mampu Ashley katakan. Dia tidak tahu apa yang perlu dia cakap lagi.

"Marilah masuk." Bryend terus menarik tangan Ashley, memimpin Ashley untuk masuk ke dalam.

Eden hanya melirik ke arah mereka sebelum masuk ke dalam stor sukan.

Ashley memandang sekeliling kawasan stor sukan itu dan tidak menyangka kalau stor itu lebih besar dari yang dia sangka. Di ruangan itu, ada banyak peralatan sukan yang lain. Ada meja disediakan di sana dengan seorang guru lelaki sedang duduk di bahagian sebelah, sedang mengurus sesuatu.

Di sisi lain meja ialah kotak-kotak yang berisi jaket kelab. Memandangkan hampir semua kelab sudah mengambil kotak berisi jaket mereka, kotak-kotak di stor sukan itu sudah sedikit.

"Cikgu, kami datang nak ambil jaket kelab kami," kata Marcus tanpa memberi salam pada guru itu.

"Kelab apa ni?"

"Basketball," jawab Bryend.

"Oh, cari kotak yang ada nombor 6..."

Tiga orang pelajar lekaki itu terus mencari kotak bernombor 6 diantara semua kotak itu.

"Siapa yang nak tandatangan di sini, bukti pengambilan jaket kelab?" tanya guru bertugas itu.

Eden terus menoleh ke arah Ashley. "Ashley, kau yang tandatangan. Biar kami yang handle kotak ni."

Ashley hanya mengangguk dan dia segera menandatangani buku yang ditunjukkan oleh guru itu. Setelah mereka selesai, mereka pun keluar dari bilik stor sukan dan berjalan ke bilik kelab mereka.

Ashley membuka pintu kelab memandangkan yang lain sedang memegang kotak di tangan mereka.

Pertama sekali yang dia nampak ialah, seorang lelaki dengan wajah dingin namun memikat terserlah di ruang pandangan Ashley.

Terus saja jantung Ashley berdetak dengan kencang. Terkaku dia di muka pintu itu. Kalau bukan kerana suara Steven yang menyedarkan dia dari dunia dia sendiri, Ashley mungkin masih berdiri di depan pintu.

"Dah dapat? Baguslah!"

Ashley terus masuk ke dalam dan membiarkan Bryend dan yang lain masuk ke dalam. Dalam diam, Ashley memerhati Kenzie yang sedang duduk di atas meja dengan gaya selamba. Senyuman kecil mula terbentuk di bibirnya.

Steven menyuruh kawan-kawannya untuk meletakkan semua kotak itu di atas meja di bahagian sebelah. "Kita akan bawa kotak ni ke dewan latihan nanti. Lepas tu bolehlah kita agihkan nanti."

"Tak sabarnya nak pakai jaket ni!" kata Marcus dengan wajah gembira pula.

Setelah berbincang sedikit tentang hal kelab bola keranjang, mereka pun beredar dari kelab itu dan kembali ke kelas masing-masing.

Ketika Ashley berjalan, tanpa disangka-sangka, seorang pelajar perempuan yang dilewati Ashley, sengaja melagakan bahunya di bahu Ashley dengan kasar.

Ashley terus memegang bahunya yang sakit dan memandang ke arah pelajar perempuan itu.

Rupanya pelajar perempuan itu ialah Mia dan kawan-kawannya. Mia yang sengaja melanggar bahu Ashley tadi dengan bahunya tadi.

"Issh, apalah perempuan hodoh ni! Kacau jalan orang saja!" kata Mia dengan kasar.

"Entah, tak ada kata kah apa? Isssh, suka hati langgar orang!" Kristy pula berkata.

Tania pula hanya memandang Ashley dengan wajah mengejek.

Tiga orang pelajar itu pun terus beredar dari sana. Tinggallah Ashley di sana dengan gelengan kepala yang lembut. Ashley hendak marah tapi buat apa, tiada gunanya...

Jadi lebih baik kalau dia hanya mendiamkan diri saja...


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C43
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión