Descargar la aplicación
49.41% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 42: You Deserves Someone Better

Capítulo 42: You Deserves Someone Better

ASHLEY duduk di atas katilnya sambil mengelap rambutnya yang basah dengan sehelai tuala berwarna hijau lembut.

Ashley segera mengambil sebuah kotak yang ada di atas katil itu. Ashley terus mengeluarkan semua isi kotak itu. Di dalam kotak itu ialah semua gambar Kenzie yang Ashley ambil semasa latihan mereka di luar kawasan sekolah.

Ashley meminta kedai tempat dia minta cuci gambar itu dulu untuk menghantar semua gambar yang dia minta ke rumah Ashley.

Nasib baik kedai itu memberi permintaan seperti itu.

Ashley tersenyum gembira bila dia melihat semua gambar itu. Bertambahlah koleksi gambar dia selepas ini.

Ashley terus mengambil sekeping gambar dan memerhati gambar Kenzie. Senyuman manis yang lain terukir lagi di mulutnya yang merah lembut.

Jika pasal Kenzie, semua dia boleh tersenyum. Kalau pasal Kenzie, semua dia boleh suka. Hanya Kenzie yang mampu buat Ashley merasa melayang seperti itu.

Baru gambar Ashley sudah merasa banyak rama-rama di perutnya. Apalagi kalau melihat secara berhadapan. Lagilah Ashley rasa sangat gembira.

Semua gambar ini akan Ashley letakkan di dalam diari dia nanti.

Terdengar suara pintu diketuk dari luar. Ashley terus mengangkat wajahnya menatap ke pintu.

"Elley??"

Mendengar suara Mr. Adham di luar, Ashley terus mengemas semua gambar dan memasukkan semula gambar itu ke dalam kotak itu. Ashley memasukkan semula kotak itu di bawah katil Ashley.

Pada masa yang sama, Mr. Adham membuka pintu dan dia masuk ke dalam bilik Ashley. Ashley pula terus bertingkah tiada apa-apa dan hanya tersenyum memandang bapanya.

"Ya, bapa? Kenapa?" tanya Ashley lembut.

Mr. Adham hanya tersenyum sambil dia mendekati Ashley. "Tak ada apa.. Bapa saja nak tanya macam mana keadaan Elley. Memandangkan bapa sentiasa sibuk, bapa jarang temankan Elley, jarang nak luangkan masa dengan Elley. Bapa minta maaf..."

Ashley terus memegang bahu Mr. Adham. "Bapa, jangan cakap macam tu, pa... Elley tak kisah kalau bapa sibuk sebab kerja. Sebab Elley tau bapa sedang cari rezeki untuk saya... dan juga untuk kakak..."

Mr. Adham hanya tersenyum. "Tapi sebab inilah kenapa kakak kamu tinggalkan kita dan pergi jauh. Bapa kurang bagi perhatian pada korang berdua sampai Lisa pun menjauhkan diri."

Ashley duduk di sebelah bapanya pula dan memeluk lengan bapanya. "Bapa jangan lah risau... Elley akan baik-baik saja. Elley faham keadaan bapa. Jangan lah bapa bersedih. Elley tidak akan tinggalkan bapa...."

Ashley teringat akan kakak sulung dia, Arillisa. Arillisa sekarang berada di luar negara untuk meneruskan pelajaran. Arillisa mempunyai umur yang sama dengan Kenzie. Alasan kenapa Arillisa pergi ke luar negara adalah kerana dia tidak tahan keadaan rumah.

Mr. Adham sentiasa sibuk sehinggakan tiada masa untuk kedua orang anak perempuannya. Mr. Adham hanya mempunyai dua orang anak perempuan.

Isterinya sudah meninggal dunia sejak Ashley kecil lagi.

Kerana Mr. Adham jarang ada di rumah, Arillisa pun jarang ada di rumah. Bapa mereka itu juga jarang bertanya dengan keadaan Arillisa dan Ashley di rumah sehingga menyebabkan Arillisa menjadi seorang budak nakal.

Arillisa tidak pernah mendengar nasihat Mamy dan Arillisa juga mengugut Mamy untuk tidak memberitahu Mr. Adham.

Arillisa juga berani memukul adiknya kalau Ashley juga memberitahu bapanya tentang kegiatan Arillisa.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Rahsia Arillisa terbongkar bila satu hari, Mr. Adham sedang mengikuti majlis makan malam bersama rakan-rakan bisnesnya di luar.

Di sana, Mr. Adham melihat Arillisa sedang berkumpul dengan budak-budak samseng yang lain.

Kerana itu, Mr. Adham menjadi marah dan menyekat semua perbelanjaan Arillisa. Arillisa juga terus dikurung di rumah selepas saja habis sekolah.

Arillisa yang tidak suka dengan layanan ini bertindak melarikan diri dari rumah. Sampai hari ini, Arillisa masih belum lagi pulang ke rumah.

Arillisa ada di luar negara dan dia berkata sedang meneruskan pelajaran di sana.

Ashley bingung dari mana Arillisa mendapat duit untuk belajar di sana. Ashley tahu kos hidup di luar negara sangat tinggi jika Arillisa tidak mempunyai duit.

Sekarang mereka sudah tahu di mana Arillisa dan berusaha untuk memujuk dia pulang, namun Arillisa sangat degil dan tidak mau pulang.

"Bapa harap, Elley tidak jadi macam kakak kamu itu. Bukan apa, bapa pun tidak mahu kehilangan kamu juga. Cukuplah bapa sudah kehilangan mama kamu... Dan sekarang kakak kamu juga sudah pergi jauh..." Suara Mr. Adham itu mengejutkan Ashley dari lamunannya.

Ashley terus memandang ke wajah bapanya dan menggeleng kecil. "Jangan cakap begitu bapa. Elley tidak akan pernah tinggalkan bapa. Elley sayang bapa."

Mr. Adham tersenyum kecil mendengar kata-kata Ashley. Sejujurnya, dia rasa sangat menyesal kerana terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan masa untuk anak-anaknya.

Kalaulah masa boleh diundurkan, Mr. Adham pasti tidak akan membiarkan anak sulungnya menjadi begini.

Terdengar bunyi pintu diketuk, mengejutkan dua anak beranak itu dari melayan perasaan mereka sendiri.

Mamy membuka pintu dari luar dan memandang mereka. "Oh, di sini pula Tuan Adham... Marilah kita turun makan. Makanan sudah sedia tu."

"Jom kita pergi makan, bapa." Ashley terus memegang tangan bapanya dan sambil tersengih macam budak kecil.

Mr. Adham tertawa kecil dengan gelagat Ashley yang kelihatan kebudak-budakan itu. "Okey, jom."

Ketika dua orang anak beranak itu berjalan di sepanjang koridor tingkat dua menuju ke tingkat bawah, Mamy hanya memandang mereka dari belakang.

Jelas terlihat ada kesedihan di wajahnya. Sebenarnya, sepanjang masa Mr. Adham dan Ashley bercakap di bilik tadi, Mamy dengar semuanya.

Dia turut bersedih kerana anak sulung perempuan Mr. Adham tiada di sana. Jika hanya Mamy dapat menjaga Arillisa dengan lebih baik masa itu...

============================

DI tepi sebuah tasik, seorang lelaki sedang duduk di atas rumput, di tepi tasik itu.

Kenzie merenung tasik yang tenang di depan matanya itu. Cahaya bulan yang terang malam ini menyinari kawasan itu, memberikan sebuah pemandangan yang indah.

Wajah Kenzie yang kacak dan tenang saja itu terlihat lembut saja. Berbanding dengan wajah dinginnya selama ini, kali ini wajah Kenzie berbeza.

Steven datang dari arah belakang dengan dua botol minuman di tangannya. Botol itu ialah minuman berperisa teh hijau.

Steven duduk di sebelah Kenzie dan menyerahkan Kenzie botol yang satu.

Kenzie mengambilnya dan tidak lupa juga untuk mengatakan terima kasih.

Mereka mendiamkan diri dan menikmati pemandangan malam di depan mereka.

Steven menoleh ke wajah kawan baiknya itu. Kenzie yang sedar Steven memandangnya terus menoleh ke arah Steven.

"Apa?" Kenzie berkata dengan wajah selamba.

Steven ketawa sekejap. "Kalaulah, dia masih ada di sini."

Berkerut kening Kenzie mendengar kata-kata Steven. "Apa benda kau cakap ni?"

Steven kembali memandang ke tasik dan meminum minumannya.

"I mean, your ex-girlfriend. Saya tahu kau masih lagi rindu dia. Ya tak?" Steven tersengih dengan tekaannya itu.

Kenzie terus melontarkan pandangan kurang senang kepada Steven. Ish, dia ni... Nak rosakkan mood orang betul lah!

"Kau masih bawa gambar dia ke mana-mana?"

Kenzie hanya mendiamkan diri. Dia tidak melayan Steven malah dia memandang pula ke arah tasik.

"Come on, buddy. Saya tahu kau memang bawa gambar dia selalu. I know you, okay? Macamlah saya baru berkawan dengan kau seminggu yang lalu. I already become your best buddy since we were kid. Semua secret kau, saya tau... Tapi jangan risau, semuanya aman di tangan saya." Steven masih berusaha memujuk kawannya itu agar membuka mulutnya.

Kenzie merenung Steven. Tersenyum juga dia akhirnya kerana kata-kata Steven. Betullah apa yang Steven cakap. Mereka berkawan bukannya baru seminggu yang lalu tapi sejak dari kecil lagi. Jadi, semua rahsia Kenzie, Steven sudah tahu.

"Okey lah... Kau ni tidak habis-habis nak korek rahsia saya." Kenzie membetulkan kedudukan dia duduk di atas rumput. Kenzie mengeluarkan sekeping gambar dari dalam poket jaketnya.

Gambar itu tidak besar sangat, hanya sebesar tapak tangan Kenzie.

Steven ikut memandang gambar itu. Betullah apa yang dia teka tadi, gambar itu ialah gambar 'bekas teman wanita' Kenzie.

Steven kenal dengan Kenzie, Kenzie seorang yang setia dengan semua orang yang dia percaya. Sayangnya, Kenzie salah untuk mempercayai bekas teman wanitanya. Sekarang, dia sendiri pula yang merana.

"Bukan apa, Kenzie... But it was better for you to forget about her. Saya tak nak tengoklah bestfriend saya ni, bersedih sebab perempuan saja. Kalau kau bersedih pasal basketball tu, tak apalah," Steven sempat lagi membuat lawak dengan Kenzie.

Kenzie tertawa kecil, namun tidak lama. Matanya kembali memandang ke arah gambar itu. "Saya... saya cuma tidak boleh lupakan dia. Dia perempuan yang paling baik saya pernah jumpa."

Steven mengeluh kecil. "Baik apa bendanya kalau dia buat kau macam ni? Kalau lupa malam tu apa dia buat?"

"Jangan cakap pasal malam tu, Steven. Saya tak mahu bercakap pasal tu."

Steven terdiam. Namun, dia masih belum mengalah. Dia sudah nampak Kenzie bersedih hanya kerana seorang perempuan. Steven tidak akan membiarkan kerana hal itu, Kenzie akan terus melayan rasa sedih dia.

"Dah hampir setahun kau asyik bersedih pasal dia, Kenzie. Takkan kau nak sambung sampai dua tahun lagi baru kau berhenti nak lupakan dia?" kata Steven.

Kenzie mengeluh. Dia memandang ke arah tasik lagi. Kelihatannya dia sedang berfikir tentang sesuatu.

"Dengar, Kenzie. Saya tahu kau sangat sayangkan dia. Tapi dia kan sudah tiada di sini... Dia sudah pergi jauh. Jelas dia sudah tinggalkan kau. Ada baiknya kau lupakan dia dan move on, teruskan hidup kau. You deserves someone better."

"I can't move on, Steven. Saya tahu saya kena move on... Tapi susah untuk saya..."

Belum sempat Kenzie habis bercakap, Steven sudah memotong lebih dulu. "Macam mana kau nak move on kalau gambar dia, kau masih nak simpan?"

Genggaman jari Kenzie di gambar itu semakin erat, sehingga jari-jemarinya bertukar warna menjadi pucat. Nyata dia terasa dengan kata-kata Steven.

"Saya tahu kau tidak sanggup nak buang gambar dia, kan? Sebab itu kau masih tersangkut dengan memori lama kau. Kau tak nak hapuskan semua benda yang berkaitan dengan perempuan itu." Steven terus memegang bahu kanan Kenzie. Dia mahu memberi semangat kepada Kenzie.

Kenzie memandang ke arah Steven. Steven hanya tersenyum ke arah Kenzie untuk memberitahu dia semuanya akan baik-baik saja.

Akhirnya, Kenzie mengalah dan tidak berkata apa-apa lagi. Dia memandang ke tengah tasik dan terus tenggelam dalam lamunannya sendiri.

Steven membiarkan Kenzie begitu. Namun, dia masih yakin kalau Kenzie masih tidak dapat melupakan perempuan itu.

Steven mencuri pandang ke gambar di tangan Kenzie. Dia mengeluh dalam keadaan senyap saja sebelum Steven juga memandang ke tengah tasik. Walau apapun yang terjadi nanti, Steven akan selalu ada di sisi Kenzie untuk menyokong kawan baiknya itu.


REFLEXIONES DE LOS CREADORES
bbeatyybrr bbeatyybrr

You deserves someone better..

Never be the same. Be better.

Sesiapa yang di sana yang sedang dalam heartbroken, move on sebab you deserve someone better... And dia doesn't deserve you at all...

Ya tak?

Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C42
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión