Descargar la aplicación
45.88% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 39: Menjadi Satu Tabiat

Capítulo 39: Menjadi Satu Tabiat

SETELAH kejadian itu, seluruh warga di bandar itu terus gempar dengan berita penangkapan perogol bersiri itu. Semua orang menjadi lega bila penjenayah yang dicari selama ini sudah dijumpai.

Perlahan tapi pasti, semua orang di sekolah mereka tau kalau Kenzie dan kawan-kawannya yang menangkap penjenayah itu tapi mereka tidak tau kalau Ashley dan Raquel terlibat sama.

Ini sebab Ashley tidak mau namanya terlibat bersama. Setelah Steven dan Bryend menghantar dia pulang ke rumah hari itu, Ashley merayu pada mereka untuk merahsiakan perkara ini dari pengetahuan semua orang termasuk bapa dan Momy dia.

Ashley tidak mau bapa dia tua kalau Ashley nyaris ditangkap dengan perogol bersiri itu.

Memandangkan Ashley bersungguh-sungguh tidak mau namanya turut dilibatkan, Steven dan Bryend setuju untuk merahsiakan perkara ini.

Sejak dari hari itu juga, Raquel tidak lagi pernah ke sekolah atau menganggu Ashley. Beberapa minggu kemudian, Ashley mendapat berita kalau Raquel sudah pun berpindah seolah.

Ashley merasa lega kerana setidaknya, Raquel tidak akan pernah menganggu kehidupan dia di sekolah lagi.

Kenzie dan kawan-kawannya selain popular di sekolah kerana kejayaan mereka menangkap perogol itu. Ashley tidak memberi reaksi banyak terhadap gosip yang menyebar luas di sekolahnya.

Pertandingan Festival Sukan semakin dekat. Semua peserta dari berbagai jenis kelab yang mengikuti acara di dalam Festival ini semakin sibuk dan fokus terhadap latihan mereka.

Kenzie dan kawan-kawannya juga tidak terkecuali. Semakin hari semakin berat latihan yang Coach Dhin berikan kepada semua pemain bola keranjang.

Ashley pula tidak henti-henti memberikan mereka kata-kata semangat setiap kali mereka merasa penat dan putus asa. Walaupun dia sendiri sibuk dengan tugasan yang diberikan oleh Coach Dhin kepada dia, Ashley tidak lupa untuk pergi ke dewan latihan dan memberi semua pemain semangat yang mereka perlukan.

Suatu hari, ketika waktu rehat, Ashley tidak terus ke kafeteria sekolah untuk membeli makanan. Ashley terus ke perpustakaan.

Mellisa tiada bersama dia kerana Mellisa pergi ke perjumpaan kelab.

Ashley mengambil buku untuk dia baca dan mencari tempat duduk yang agak jauh dari kerumunan orang. Setelah beberapa minit membaca, tiba-tiba Ashley merasa mengantuk. Sebab itu dia memilih untuk melelapkan matanya sekejap dan melentokkan kepalanya ke atas meja.

Sedang dia tertidur, Ashley tidak sedar ada seorang pelajar lelaki berjalan mendekati meja tempat dia tidur itu. Memandangkan meja itu terletak jauh dari pandangan pelajar lain, tiada yang perasan dengan kehadiran pelajar lelaki itu di sana.

Pelajar lelaki itu mengambil tempat duduk di sebelah Ashley dan hanya memerhati saja Ashley yang masih terlelap itu. Tiba-tiba senyuman kecil muncul di sebalik bibirnya.

Pelajar ini ialah Kenzie.

Kenzie memerhati saja Ashley yang sedang tidur itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kenzie tau kenapa Ashley boleh tertidur begitu sedangkan sebelum ini pun Kenzie ada nampak Ashley sering tertidur di mana saja dia duduk.

Di bilik kelab... di dewan latihan... di kelas... di tempat-tempat tertentu di mana saja Ashley duduk untuk berehat.

Kenzie tau Ashley sudah berusaha banyak untuk pertandingan mereka nanti. Banyak kerja yang Coach Dhin berikan kepada Ashley dan Ashley sedikit pun tidak merungut kalau Coach Dhin memberikan dia tugasan itu. Malah dia membuat kerja itu dengan cepat dan cekap.

Kenzie kagum dengan kecekapan Ashley membuat kerja sebab semua kerja yang dia buat, Coach Dhin tidak pernah marah atau menyuruh Ashley membuat kerja itu dua kali.

Kalau pembantu sebelum ini, mereka seeing dimarahi Coach garang itu sebab tugasan mereka yang tidak betul dan kurang memuaskan. Malah mereka terpaksa membuat semua kerja itu lebih dari empat kali.

Kenzie tersenyum lagi bila memikirkan hal itu. Sejak bila Kenzie mula memerhati setiap apa yang Ashley lakukan, dia tidak tau. Setiap kali Ashley ada di depan dia atau di mana-mana yang dia boleh nampak, Kenzie tidak akan pernah berhenti tapi mencuri pandang ke arah Ashley.

Tanpa Kenzie sedari, memerhati Ashley menjadi satu tabiat kepada dia. Walaupun dia berusaha untuk tidak memandang ke arah gadis itu, Kenzie masih juga mengalihkan kepala dia ke arah gadis itu berdiri. Seolah-olah aura gadis itu sangat kuat seperti magnet yang membuatkan Kenzie akan sentiasa menoleh setiap kali gadis itu muncul.

Kenzie merasa pelik juga sebab dia tidak pernah merasa begini pada perempuan lain. Kalau orang lain, Kenzie tidak akan pernah peduli dan dia tidak akan menoleh. Tapi bagi Ashley pula, cepat saja dia akan menoleh ke arah gadis itu.

Kenzie mengeluh kecil. Dia terus memandangkan wajah tenang Ashley yang sedang tidur itu. Comel...

Kenzie terkaku sendirian di sana. Dia tidak pernah pertama kali setelah sekian lama, Kenzie akan menyebut perkataan itu.

Terus saja fikiran Kenzie teringat akan perempuan yang kini menjadi masa lalu dia. Kenzie mengeluh lagi. Macam mana saya boleh biarkan diri saya terleka macam ni?? Saya sepatutnya tidak pernah lagi membiarkan mana-mana perempuan masuk dalam hidup saya... Tapi kenapa saya biarkan perempuan ni menguasai minda saya?

Kenzie memandang ke arah Ashley pula. Matanya yang menggambarkan satu perasaan hangat tadi kini bertukar menjadi pandangan dingin lagi. Nampaknya pengaruh perempuan yang menjadi masa lalu Kenzie itu kuat sampaikan Kenzie sekali lagi menjadi seorang lelaki yang membenci perempuan.

Tanpa berlengah lagi, Kenzie terus berdiri dan meninggalkan tempat itu tanpa menoleh lagi ke belakang.

Ashley yang ditinggalkan di sana itu masih lagi tidur tanpa sedar kalau ada orang datang tadi. Kalau dia tau yang Kenzie datang dan duduk di sebelah dia tadi, mesti Ashley akan sangat gembira. Yalah, sudah Crush dia datang dan duduk di sebelah dia...

Siapa yang tidak gembira...

Dari kejauhan, seorang pelajar perempuan dengan rambut selaras dada dan rambut depan paras kening itu, hanya mendiamkan diri sambil memerhati keadaan Ashley dan Kenzie tadi.

Bila dia melihat yang Kenzie datang mendekati Ashley tadi, dia menaikkan keningnya dan tersenyum sumbing.

"Oh, nampaknya.. Kenzie tak dapat lupakan kau lah, Lisa... Kenzie sudah berani mendekati perempuan itu sedangkan selama ini dia buat tidak tau saja dengan perempuan lain.... atau jangan-jangan Kenzie memang sudah sayang dengan perempuan ni dan Kenzie sudah mula lupakan kau.. Salah kau lah, Lisa sebab tinggalkan Kenzie sebab lelaki lain..."

Sebaik saja dia berkata begitu, pelajar perempuan itu terus berjalan meninggalkan tempat itu.

Loceng berbunyi setelah beberapa waktu namun Ashley masih tidak terbangun. Seorang petugas perpustakaan datang dan barulah dia mengejutkan Ashley supaya Ashley boleh kembali ke kelas dia dengan segera memandangkan waktu rehat sudah habis.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C39
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión