Descargar la aplicación
34.11% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 29: Dia Tersenyum?

Capítulo 29: Dia Tersenyum?

"Ashley, sini. Hari ni biar saya yang bawa kau. Kemarin Bryend sudah hantar kau, hari ni biar saya," kata Herry pula.

Ashley tersenyum tapi dalam masa yang sama, dia malu. Ashley rasa dia sudah banyak susahkan mereka.

"Biarlah, Herry. Saya mau pulang ikut bas hari ni. Kaki saya dah tak sakit sangat ni. Saya boleh naik bas saja," kata Ashley pula.

"Tak apalah, Ashley. Kita kan pulang sama-sama juga. Naik sajalah," kata Herry lagi.

"Yalah, Ashley... Takkan kau tidak mau pulang dengan kami lagi? Kami kan budak hot," kata Jeremy pula sambil dia menaikkan kening dia beberapa kali.

Ashley mencebik pula. "Lagilah saya tak nak ikut kalau kau cakap macam tu."

"Oh, kenapa pula?" tanya Steven.

"Kalau korang semua budak hot, tiba-tiba saya ikut korang, tidak nampak pelik kah? I'm just a normal girl, not a hot one... Takut pula semua peminat korang tak puas hati," balas Ashley lagi.

Semua lelaki itu saling berpandangan bila mereka mendengar kata-kata Ashley.

"Saya boleh naik bas balik hari ni... Korang balik sajalah dulu... Nanti parents korang marah pula," balas Ashley.

"Kalau kau memang tak nak kami hantar kau macam kemarin, marilah kami temankan kau di bas stop. Tak boleh biarkan kau seorang diri tunggu di sana juga," kata Eden.

Semua kawan dia yang lain mengangguk mendengarnya.

"Tapi saya tak boleh temankan kau lah, Ashley... Mama saya suruh pulang awal hari ni. Ada hal dengan keluarga," kata Jared pula.

"Saya pun," kata Charles lagi.

"Korang balik lah, kami yang akan temankan dia sampai bas datang jemput dia," kata Bryend pula.

Kenzie hanya menjadi pemerhati saja. Memang dia sudah menjadi pemerhati setiap kali mereka bercakap tentang Ashley.

"Tak apa, Jared, Charles... Kalau korang ada hal, baliklah dulu... Saya bukannya nak sangat korang temankan saya.. Cukup satu orang temankan saya pun kira okey lah.. Jangan lah terlalu risau dengan keadaan saya," kata Ashley lagi.

"Baiklah," kata Jared pula.

"Jumpa esok, guys. Ashley, pastikan kau sampai rumah ya!?" kata Charles pula.

Ashley hanya mengangguk menjawab kata-kata Charles.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, dua orang lelaki itu pun mengayuh basikal mereka pergi dari sana.

"Jom lah kita ke bas stop. Ashley, naiklah ke basikal saya dulu," kata Herry. Ashley mengangguk lalu dia bergerak mendekati Herry.

Jeremy mengambil fail yang dipegang oleh Ashley. Dia yang akan menjaga fail itu sementara Ashley naik ke basikal Herry.

Setelah mereka siap, mereka terus bergerak ke bas stop.

Steven dan Eden berlalu sekejap untuk pergi membeli minuman.

Ashley duduk di bangku perhentian bas sambil menghayunkan kaki dia perlahan.

Jeremy duduk tidak jauh dari Ashley. Kenzie pula hanya berdiri sambil bersandar pada dinding pondok perhentian bas itu. Matanya dipejam erat seolah-olah dia sedang tidur saja. Bryend dan Herry juga duduk di sebelah Ashley sambil mereka bermain sesama sendiri.

Mereka seolah-olah pengawal peribadi Ashley pula. Menunggu dan menjaga Ashley di perhentian bas itu...

Bukan mereka saja yang ada di sana, ada beberapa orang lain lagi di sana.

"Kau tidak suka dengan kami, Ashley?" tanya Jeremy secara tiba-tiba.

Ashley menoleh ke arah Jeremy. Berkerut dahi dia cuba untuk memahami perkataan Jeremy itu. "Apa maksud kau?" tanya Ashley.

"Maksud saya... Kau tidak suka dengan kami atau macam mana... Kau sanggup lagi naik bas daripada mau kami hantar kau," kata Jeremy.

Ashley berfikir sejenak. Saya tidak suka dorang? Mana adalah... Saya suka berkawan dengan dorang... Lebih-lebih lagi ada Senior di sini...

"Mana ada tak suka. Apalah yang kau pikir ni, Jeremy? Pasal apa pula saya tidak suka korang?? Saya mau naik bas sebab saya tidak mau susahkan korang hantar saya sampai rumah saya. I can go home by myself," kata Ashley dengan yakin.

"And you not afraid something bad happen to you?" tanya Jeremy lagi.

"How bad is it? Tiada benda buruk akan menimpa saya, Jeremy. Jangan risau," kata Ashley lagi.

Jeremy terdiam. Pertama kali dia mendengar seorang perempuan menjawab soalan dia begitu.

Bagi Jeremy dan kawan-kawannya yang lain, soalan itu adalah perangkap bagi setiap perempuan yang ingin mendekati mereka. Hanya bertanya soalan itu saja dan mereka tau macam nak menilai perempuan itu...

Tapi jawapan Ashley adalah berbeza dan tidak pernah dikatakan oleh mana-mana perempuan sebelum ini.

Perempuan lain terhegeh-hegeh mau meminta Jeremy atau salah satu dari kawan-kawan dia untuk menghantar mereka pulang tapi Ashley boleh pula dengan selamba menolak tawaran mereka.

Adakah dia memang tidak mau...??

Atau dia sengaja mengatakan begitu untuk menarik perhatian mereka...??

"Lagi pula, kenapa kau nak risau sangat? You are not the type to care about a woman like this, Jeremy," kata Ashley.

"Wah, you can tell that already even kau baru kenal kami minggu lalu?" tanya Bryend. Perhatian dia dialihkan ke arah Ashley dan Jeremy.

Ashley mengangguk. "Selalunya perempuan yang care dengan dia, bukan dia yang care dengan perempuan," kata Ashley sambil menunjuk ke arah Jeremy.

Kata-kata itu membuatkan Kenzie tertawa kecil. Dia merasa lucu dengan jawapan Ashley. Walaupun betul, tapi entah kenapa dia masih rasa lucu. Mungkin sebab perangai Ashley yang terus berterus-terang itu tadi.

"Tak sangka pula kau tau pasal tu," kata Jeremy. Dia memang mengakui yang dia tidak pernah peduli dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Hanya perempuan yang sibuk ingin tau keadaan dia macam mana.

Bagi Ashley, Jeremy ada perangai yang sama dengan Kenzie, iaitu mempunyai sikap dingin dengan perempuan. Bezanya, Kenzie tidak pernah terbuka dan rapat dengan mana-mana perempuan, Jeremy membiarkan perempuan rapat dengan dia tapi tidak pernah peduli dengan mereka. Jeremy boleh saja melayan perangai semua perempuan di sekeliling dia tapi Jeremy tidak pernah membiarkan mereka mengusik hati dia.

A playboy with no sense of humour!

Jeremy juga ikut berfikir, kenapa dia tiba-tiba nak peduli dengan Ashley sedangkan dia selama ini hanya layan Ashley sama seperti perempuan lain. Alasan dia hanya satu, sebab dia masih hormat perempuan. Tapi kenapa sekarang, lain pula?

"Jangan risau lah, guys.. Lepas saya sembuh ni, saya akan naik basikal lagi. Tak perlu lah korang hantar saya pulang lagi," kata Ashley pula.

"Boleh lah kita singgah ke kedai Sunflower Supermarket hari-hari," kata Bryend dengan gembira.

"Oh, panjang umur. Steven dan Eden datang sudah!" kata Herry pula.

Steven dan Eden sampai dengan dua plastik hitam di tangan mereka. Kenzie juga sudah membuka matanya bila mendengar nama Steven dan Eden.

Steven dan Eden tidak menunggu lama, mereka terus mengagihkan minuman kepada semua orang.

Hari ini hari Selasa jadi, minuman mereka pada hari itu adalah minuman kotak perisa oren.

Sedang mereka minum, bas awam pun datang. Ashley terus meminta diri dengan pada para lelaki itu dan dia naik ke dalam bas.

"Terima kasih sebab temankan saya. Saya pergi dulu!"

"Terus balik ke rumah, okey Ash? Jangan lagi menyimpang!" kata Bryend.

"Hati-hati balik rumah!" kata Herry pula.

"We see each other at school tomorrow!" Steven juga tidak lupa bercakap dengan Ashley.

Ashley hanya mengangguk. "Okey!"

Enam orang lelak itu hanya memerhati Ashley masuk ke dalam bas. Ashley mengambil tempat duduk di tepi tingkap di mana dia boleh melihat enam orang lelaki itu.

Ashley melambai ke arah mereka sambil tersenyum senang. Enam orang lelaki itu juga melambai ke arah dia.

Sempat Ashley melirik ke arah Kenzie untuk kali terakhir. Dia melihat Kenzie sedang melambai ke arah dia dan... Dia tersenyum??

Ashley terpana. Dia tidak tau apa yang dia nampak itu betul atau tidak tapi yang pastinya Ashley tau Kenzie sedang tersenyum pada dia..

Astaga, tidak mungkin... Tidak mungkin Senior mau senyum pada saya.. Dia kan tidak pernah senyum dengan mana-mana perempuan...

Hanya setelah bas yang dinaiki oleh Ashley hilang dari pandangan, barulah enam orang lelaki itu beredar dari sana.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C29
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión