Descargar la aplicación
17.64% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 15: Cemburu

Capítulo 15: Cemburu

Mereka pun tiba di perkarangan sekolah. Terus saja mereka meletakkan basikal mereka di tempat yang sepatutnya.

Ashley dan Mellisa meletakkan basikal mereka di tempat yang selalu mereka letak, yang jauh dari tujuh orang lelaki itu.

Tiba-tiba, Bryend memanggil Ashley dan Mellisa. Dua orang gadis itu menoleh ke arah Bryend.

"Ashley, Mellisa... Letaklah basikalnya korang di sini!!" kata Bryend sambil menunjuk ke arah kawasan basikal yang kosong di tepi Bryend.

Ashley dan Mellisa terkejut. Mereka terus memandang antara satu sama lain. Mata Ashley bersinar gembira lalu dia terus mengikuti kata-kata Bryend. Dia tidak menyangka yang akhirnya dia boleh meletakkan basikalnya berhampiran dengan Kenzie. Meskipun belum bersebelahan tapi akhirnya jarak mereka semakin dekat.

Mellisa masih berdiam diri di sana dan memerhati Ashley meletakkan basikalnya. What... Apa yang baru saja saya dengar?? Dorang bawa Ashley letak basikal di sana??? Selama ni tidak pun pernah dorang ajak dia... Kenapa sekarang.... Ermm, adakah memang Ashley sekadar assistant dorang... Atau dia ada buat apa-apa dengan dorang sampai semua lelaki ni tumpukan perhatian kepada Ashley...

"Mellisa... Apa lagi yang kau tunggu... Marilah sini... Kalau kau lambat saya tinggalkan kau di sini!" kata Ashley pula.

Mellisa pula lambat-lambat mendekati Ashley kerana dia tidak percaya dengan apa yang berlaku pagi ini. Banyak yang berlaku yang mengejutkan otaknya dan Mellisa belum habis menjana semuanya.

"Jangan lupa, Ash.. Petang ni pun masih ada latihan lagi!" kata Herry pula.

Ashley tersenyum lalu dia mengangguk.

"Kenzie!!!" teriak seseorang dari jauh. Suaranya terdengar seperti perempuan dan sangat nyaring, macam suara puntianak pun ada..

Semua orang menoleh ke arah suara itu dan melihat Raquel sedang mendekati Kenzie dengan wajah yang masam.

"Uh-oh, here's the trouble!" kata Jeremy perlahan. Jared dan Charles ketawa mendengarnya.

Kenzie mengeluh melihat Raquel.

Apa lagi lah perempuan ni nak dengan saya!

Raquel berhenti di depan Kenzie lalu dia memandang ke arah Ashley dan Mellisa dengan tajam. Raquel tunjuk ke arah Ashley dan Mellisa dengan kukunya yang tajam, macam puntianak itu.

"Siapa mereka!??!" tanya Raquel.

Kenzie mengeluh lagi. Dia memasukkan satu tangannya ke dalam poket seluar manakala satu tangannya memegang beg sekolahnya di atas belakangnya.

Ashley menahan rasa terujanya. Wah, Senior nampak hensemlah kalau begitu.. Hensem betul dari belakang, apa lagi kalau dari depan!!!

Raquel ternampak cara Ashley melihat Kenzie. Dia terus mendekati Ashley. "Kenapa kau tengok Kenzie macam itu!! Kau suka dia kan?? Buat apa kau di sini dengan dorang?"

Raquel mau menarik kolar baju Ashley namun Bryend terus melangkah ke depan Ashley untuk menghalang Raquel.

"Kau mau buat apa dengan dia?" tanya Bryend dengan wajah serius.

"Bryend... Ke tepi, saya cuma mau bercakap dengan dia!" kata Raquel pula.

"Kami tau macam mana cara kau nak bercakap dengan orang, Raquel... Kau selalu kasar dengan orang. Jangan kacau dia... Ashley tiada kena-mengena dengan kau!" balas Jeremy pula.

"Oh, Ashley? Jadi nama dia Ashley?" tanya Raquel sambil memandang Ashley dengan senyuman sinis tapi matanya tajam merenung Ashley.

Kenzie mula rasa tidak senang. Entah kenapa tapi bila dia melihat cara Raquel memandang Ashley begitu, dia tau Raquel akan berbuat sesuatu kepada Ashley nanti.

"Raquel, kau nak berjumpa dengan saya atau kau nak bercakap dengan assistant kami? Kalau kau nak bercakap dengan dia, saya akan pergi.. Buang masa saya tunggu di sini kalau kau nak bercakap dengan dia," kata Kenzie pula.

Kenzie tidak menunggu jawapan Raquel malah dia terus berjalan meninggalkan tempat itu.

"Assistant??" kata Raquel. Namun dia belum mendapat jawapannya kerana Raquel terus mengejar Kenzie. Memang dia datang ke sini untuk bercakap dengan Kenzie namun bila melihat Bryend dan yang lain melayan Ashley dan Mellisa lain dari yang lain, dia mula rasa tidak tenang.

Selama ini kawan-kawan Kenzie tidak pernah melayan Raquel dengan baik. Mereka selalu memandangnya dengan pandangan acuh tidak acuh saja. Tapi bila melihat Kawan-kawan Kenzie melayan Ashley dan Mellisa dengan baik, dia merasa tidak puas hati.

Raquel lebih cantik dari Ashley ataupun Mellisa tapi kenapa mereka lebih memberi perhatian mereka kepada dua orang perempuan hodoh ni?

Raquel terkenal dengan kecantikannya di sekolah itu namun ternyata kecantikan itu masih belum dapat melembutkan hati Kenzie. Kenzie masih belum dapat menerimanya.

"Apa masalah dengan perempuan tu?? Tiba-tiba nak cari gaduh dengan kami!" kata Mellisa pula. Dia mendengus geram kerana sikap Raquel yang kurang ajar itu.

Ashley pula hanya diam saja sambil memandang Raquel yang mengikuti Kenzie pergi dari sana.

"Jangan pedulikan dia.... Perempuan tu memang selalu cari pasal dengan perempuan yang ada dekat kami. Jealous melebih!" kutuk Eden.

Terkejut Ashley dan Mellisa mendengar kutukan dari Eden. Selama ini dia hanya diam saja dan mereka ingat lelaki ni pendiam dan naif, rupanya tau kutuk orang juga.

"Korang pun pergilah masuk ke dalam kelas... Kejap lagi loceng sekolah akan berbunyi. Jangan sampai guru disiplin tangkap korang ada di luar kelas," kata Steven pula.

Mendengar itu, Mellisa terus menarik tangan Ashley pergi dari sana.

"Bye, Ash! Jumpa petang ni!" teriak Bryend sambil melambai ke arah Ashley.

Ashley membalas lambaian itu sambil tersenyum. Dia memandang ke arah Mellisa pula. Ashley tahu lepas ini bukan beribu saja soalan yang dia akan tanya, tapi berjuta.

Seperti yang disangkakan, sebaik saja mereka duduk, Mellisa terus memegang tangan Ashley, menatap mata Ashley dengan serius dan bertanya, "Apa hubungan kau dengan dorang? Kenapa tiba-tiba dorang layan kau baik saja?? Apa yang kau buat?? Kenapa saya tidak tau apa-apa ni??? Macam mana kau boleh jadi assistant kelab dorang?"

Sesak nafas Ashley mendengar semua pertanyaan Mellisa. Kalau satu-satu kena soal tu tak apalah, ini berapa soalan dia mau jawab.

"Kejap, kejap ye Mel.... Tenang dulu.. Biar saya jawab satu-satu..."

Ashley pun menarik nafas dalam-dalam dan mula menceritakan dari A sampai Z macam mana dia boleh jadi assistant dalam kelab bola jaring itu.

Mellisa yang hanya mendengar itu terus saja melopong. Apa tidak, selama ni Ashley hanya jadi stalker kepada Kenzie dan kehadiran dia tidak pernah disedari oleh Kenzie. Alih-alih sekarang Kenzie dan kawan-kawan dia tu nampak rapat betul dengan Mellisa.

Walaupun Mellisa terkejut, jauh di sudut hatinya, dia merasa iri hati. Apa tidak, Ashley dapat bergaul dengan kumpulan lelaki popular di sekolah mereka sedangkan selama ini Ashley tiada apa-apanya di sekolah itu.

Di sekolah, Ashley hanya pelajar biasa saja. Dia memang pandai tapi ranking dia dalam kedudukan peperiksaan tidak cukup untuk membuatkan dia terkenal.

Malah Ashley juga tidak terkenal dalam aktiviti kelab. Ashley tidak masuk dalam mana-mana kelab pun namun tidak pernah sekali pun Mellisa mendengar ada orang bercakap tentang Ashley. Jadi, Mellisa taulah yang Ashley ni tidak popular di sekolahnya.

Berlainan pula dengan Mellisa, Mellisa pandai dan dia terkenal dengan akademiknya yang baik kerana dia ada di kedudukan tertinggi dalam peperiksaan. Mellisa juga adalah seorang pemain bola jaring yang terkenal dan semua pelajar mengenali dia. Di mana-mana Mellisa pergi di sekolah itu, semua orang akan menyapa dia dan bercakap mengenai dia. Siapa tidak bangga bila menjadi bualan pelajar di sekolah.

Tapi Mellisa merasa tidak puas hati bila melihat Ashley mendapat layanan baik dari kumpulan popular itu sedangkan status dia di dalam sekolah itu biasa-biasa saja. Apa yang istimewa dalam Ashley sampai semua kawan-kawan Kenzie melayan dia dengan baik.

Saya yang popular juga ni tidak pernah pun dorang tegur selama ni, walau pun kami sering bertembung?

Kenapa.. Apa kekurangan saya?

Maka bermulalah perasaan iri hati Mellisa kepada Ashley dan dia juga mau dilayan seperti Ashley. Mellisa sudah popular tapi dia mahu lebih dari itu. Kalau Mellisa berkawan dengan Kenzie dan kawan-kawannya, maka dia juga akan menjadi semakin popular di sekolah itu.

Ashley yang tidak tahu dan tidak sedar dengan apa yang dimahukan oleh sahabat baiknya itu asyik bercerita tentang kejadian kemarin semasa mereka berada di kedai runcit itu.

Mellisa yang hanya mendengar itu semakin rasa cemburu. Ashley ada status biasa di sekolah itu tapi dia dikelilingi dengan lelaki yang hensem dan popular tapi Mellisa yang cantik dan popular itu belum pernah di dekati oleh mana-mana lelaki sebelum ini. Yang ada pun, mereka cuma mau menyapa Mellisa.

Ermm, Ashley jadi assistant saja kan.. Bukan jadi girlfriend Kenzie... Apa saya nak risau. Sama juga dia tiada skill dalam mana-mana sukan. Yang saya tau ni, dia adalah kaki bangku...


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C15
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión