Descargar la aplicación
2.35% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 2: Stalker

Capítulo 2: Stalker

Pada waktu rehat itu, sebaik sahaja loceng berbunyi, Mellisa terus menarik Ashley keluar dari kelas dan menuju ke kantin sekolah mereka.

Sesampainya mereka di kafe sekolah, ia sudah dibanjiri dengan pelajar sekolah.

"Alaaa, kita lambat datang. Sekarang sudah banyak orang beratur," kata Mellisa. Dia kecewa melihat panjangnya barisan yang ada di kafe sekolah itu.

Mellisa sudah pun merasa lapar dan dia mahu cepat-cepat membeli dan mencari tempat duduk.

"Sabarlah dulu, kita baris saja.. Jom!" pujuk Ashley lalu dia menarik tangan Mellisa untuk berbaris di barisan kedua di mana barisan itu lebih pendek dari yang tadi.

Mellisa merungut namun dia tetap juga mengikuti Ashley.

Mereka pun berbaris dan menunggu giliran.

"Agak-agaknya Senior Kenzie sudah membeli di sini atau belum? Saya berharap saya boleh terserempak dengan dia," kata Ashley pula. Dia melilau ke sekeliling untuk mencari adakah Kenzie di dalam kafe itu atau tiada.

"Eleh, asyik dia saja yang kau cari. Bagus kalau dia tengok kau!" perli Mellisa.

Ashley sudah terbiasa jika Mellisa memerli dia. Jadi dia hanya tersengih sambil memeluk tangan Mellisa. "Kalau kau datang lambat ke kafe ni pun saya tetap cari kau juga!"

"Ceh!" Itu saja yang mampu Mellisa katakan.

"Tapi saya tertanya-tanya lah.. Raquel tu siapa ya?" kata Ashley pula.

"Kalau kau nak tau sangat pergilah cari dia di kelas... Kau tanya saya, saya pun tidak tau!"

"Eh, tidak maulah... Nanti ketara betul saya cari dia... Tidak maulah, nanti saya jumpa juga dia tu," kata Ashley lagi.

Belum sempat Mellisa membalas kata-kata Ashley, pelajar perempuan yang ada di kafe itu terus berteriak, mengalihkan perhatian semua orang ke arah suara itu.

Di pintu masuk kafe, sekumpulan lelaki yang kacak dan menawan masuk ke dalam kafe. Mereka kelihatan seperti bersinar-sinar ketika masuk ke dalam dan masa di sekeliling mereka bergerak lambat seolah-olah kumpulan lelaki ini bergerak dalam mood slow motion.

Pelajar-pelajar perempuan yang ada di sana terus berteriak teruja dan berkumpul ke tempat mereka.

Manakala pelajar lelaki pula hanya memandang dari jauh, ada yang merasa iri hati, ada yang merasa kagum dan ada juga yang tidak kisah.

Diantara kumpulan lelaki yang baru masuk tadi ialah Kenzie.

Dan sebaik saja Ashley melihat Kenzie, dia terus ternganga teruja. Dia melompat-lompat kecil sambil dia menampar lengan Mellisa.

"Ash, sakitlah, kau ni!!" marah Mellisa lalu cuba menjauhi Ashley.

"Waa, senior masih terlihat hensem. I wish I have my camera!"

"Ashley, stop looking at him. Tengok jalanlah.. Kalau kau jatuh, saya tidak mau tolong nanti.."

"Tak perlu tolong saya, saya memang sudah jatuh... Jatuh cinta!"

Uwekk! Mellisa rasa ingin mau muntah mendengar kata-kata Ashley. Jiwang karat betullah kawan saya ni..

Betullah cakap orang, IQ seseorang itu akan menjadi rendah kalau mereka jatuh cinta.

Mellisa tidak melayan Ashley malah dia hanya fokus kepada barisannya.

Tidak lama kemudian, Kenzie dan kawan-kawannya pun berbaris.

Ashley masih memerhatikan Kenzie senyap-senyap, takut nanti kalau Kenzie sedar.

Kenzie mengambil barisan di sebelah Ashley.

Ashley tersenyum lebar bila dia dapat melihat Kenzie dari dekat.

Barisan mula bergerak dan Ashley semakin ke depan namun Kenzie masih jauh di belakang. Ashley tidak mau dia yang siap mengambil makanan dulu, jadi dia mengecilkan langkah kakinya supaya dia dapat mengejar Kenzie yang masih ada di belakang.

Jarak Ashley dan Kenzie tidaklah jauh, cuma beza jarak mereka dalam barisan adalah 5 orang.

Ashley menarik Mellisa supaya dia juga mengecilkan langkahnya. Walaupun Mellisa mengeluh kerana dia tidak suka, Mellisa tetap ikut sebab Ashley sahabatnya.

Setelah lama dia berbuat begitu, akhirnya Kenzie pun berada di garis yang sama. Ketika Ashley tiba di kaunter makanan, Kenzie juga tiba di kaunter makanan.

Nampaknya, rancangan Ashley tadi berhasil dan kini mereka hanya berdiri bersebelahan saja.

Ashley cuba untuk menyembunyikan rasa gugupnya dan cuba berlagak normal. Dia mengukir senyuman biasa untuk menutup rasa gugupnya.

Ashley mengambil tray makanan lalu mereka memandang ke arah pekerja yang bertugas mengagihkan makanan kepada pelajar.

"MINTA INI!" kata mereka serentak.

Ashley dan Kenzie saling berpandangan apabila mereka bercakap pada masa yang sama.

Pekerja itu memandang mereka. "Maaf, dik... Yang ini cukup untuk seorang saja lagi.."

"Bagi dia sajalah.. Saya akan ambil yang lain!" kata Ashley cepat. Aduy, malunya... Kenapa saya dan dia boleh tercakap dalam masa yang sama? Tapi saya juga rasa excited.

"Tak apa.. Saya yang akan ambil makanan lain. Yang ini bagi dia!" kata Kenzie pula.

"Tapi--"

Ashley mau membantah namun Kenzie lebih cepat meminta pekerja itu makanan lain. Setelah dia mendapat makanannya, Kenzie terus berlalu.

Ashley hanya memandang Kenzie berlalu.

"Adik, adik mau yang ni?" tanya pekerja itu pada Ashley.

Ashley tersedar lalu dia memandang ke arah pekerja itu. "Huh, okey.."

Pekerja itu memberi Ashley makanan yang dia mahu dan setelah itu, Ashley beredar dari sana dan dia mendekati Mellisa yang sedang menunggunya di sebuah meja yang kosong.

Melihat wajah Mellisa yang murung itu, Ashley merasa bersalah pula. Yalah, kawan dia ni sudah lapar tapi dia pula lambat-lambat mahu ambil makanan.

"Sorry lambat." Ashley meletakkan tray itu ke atas meja dan dia pun duduk berhadapan dengan Mellisa.

"Tak apa, saya tau kau sedang enjoying your moment dengan dia tadi. So, it's okay," balas Mellisa lembut walaupun Ashley tau yang Mellisa sebenarnya memerli dia.

Mellisa yang menunggu Ashley dari tadi sudah nampak apa yang terjadi diantara mereka di kaunter tadi.

Ashley tidak peduli dengan Mellisa lalu dia pun menjamu selera. Begitu juga dengan Mellisa.

"Petang ni saya ada latihan bola jaring. So saya tak dapat temankan kau pulang," kata Mellisa.

"Okey... Saya sudah biasa balik seorang diri," kata Ashley pula.

Matanya melilau sekeliling mencari di mana Kenzie duduk. Apabila dia terpandang wajah Kenzie, dia teringat akan kejadian di depan kaunter tadi.

Tiba-tiba, wajahnya bertukar menjadi kemerahan kerana malu.

Mellisa memerhati Ashley yang tiba-tiba blushing itu. "Eee, kau mesti sedang berfikir pasal Kenzie, kan? Sebab tu kau blushing?"

Ashley terus memegang pipinya lalu dia tersengih. "Saya blushing ke?"

Mellisa menggeleng-geleng dengan sikap Ashley.

Setelah mereka siap makan, mereka meletakkan tray itu ke tempat yang disediakan. Mereka kemudian berjalan kembali ke kelas.

Sebenarnya, Mellisa tidak pun terburu-buru mau makan, tapi Ashley yang menyuruhnya untuk cepat makan kerana Ashley mau mengejar Kenzie.

Bila mereka siap makan, Kenzie dan kumpulannya juga siap makan.

Ashley cuba mengejar Kenzie yang sudah keluar dari kafe namun Mellisa menariknya tangan Ashley.

"Ashley, berhenti kejar dia. For God sake, Ashley.. Ini sekolah, babe, okey... Jangan kejar-kejar dia macam stalker... Kalau dia perasan macam mana?" kata Mellisa. Jelas ada rasa geram terselit di setiap perkataannya.

Ashley tersengih. Hampir dia terlupa yang dia ada di sekolah. Tapi dia memang teringin mau mengikuti Kenzie ke mana pun dia pergi.

"Cukuplah sampai di sini saja, Ash... Kalau dia tau kau stalk dia, dia akan tambah takut dengan kau, kau tau tak? Kau mau dia takut dengan kau, lepas tu tidak mau dekat kau lagi?"

Ashley menggeleng.

"So, stop! Kau ni memang akan buat kerja gila kalau saya tidak halang kau!" kata Mellisa pula.

"Yalah, yalah, saya cuma mau ikut Kenzie," kata Ashley pula.

"Tak payah, mari balik ke kelas. Lagi 5 minit loceng nak berbunyi!" kata Mellisa. Dia terus menarik tangan Ashley pergi dari sana.

Ashley pula merungut tidak mau tapi dia ikut juga. Terasa berat pula kaki dia rasa sebab tidak mau ikut Mellisa.

Sebab Kenzie jalan ke arah yang bertentangan, tulah pasal Ashley rasa berat hati mau ikut Mellisa.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C2
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión