Hujan renyai-renyai yang turun membasahi bumi di awal pagi itu, membuatkan mood untuk sambung tidur semakin menebal.
Sebilangan pelajar di dalam kelas 6 A UM masih belum datang ke sekolah. Mungkin ada yang terlajak tidur atau terpaksa menanti hujan betul-betul berhenti turun kerana menaiki motorsikal ke sekolah atau air sungai banjir menyebabkan jambatan rosak dan lain-lain sebab lagi. Hujan telah turun sejak tengah malam semalam dan tidak berhenti-henti sehinggalah pagi ini. Namun, sisanya masih ada dan tidak berhenti sepenuhnya.
Orange mengelamun sambil merenung titik-titik hujan yang turun, Corina merupakan salah seorang daripada rakan-rakan kelasnya yang belum datang ke sekolah. Padahal, rumah Corina bukan berdekatan dengan sungai dan dia juga tidak menaiki motorsikal ke sekolah. Sudah pasti gadis tersebut terlajak tidur sehingga terlambat ke sekolah. Confirm.
Keadaan sunyi senyap.
Bayangan kejadian semalam kembali bertandang menghantui fikirannya, membuatkan Orange mahu menghantukkan kepalanya ke dinding kelas. Stop thinking about it Orange! Dia memejamkan matanya dengan harapan bayangan tersebut akan hilang. Namun, kali ini bukan setakat bayangan yang datang bertandang tetapi kehangatan bibir Noah seakan terasa di bibirnya tiba-tiba. Orange mencelikkan matanya cepat-cepat sambil melihat sekelilingnya. Tidak ada bayangan Noah, kecuali dia dan beberapa pelajar lain yang sedang khusyuk dengan telefon bimbit masing-masing. Oh, my God! Ini memang parah tahap dewa dewi, saya perlu mencari perkhidmatan mencuci otak dengan kadar yang segera sebelum virus merosakkan sistem otak saya. Orange mengetuk kepalanya berkali-kali.
"You are 'mine', now."
Kata-kata Noah pula terngiang-ngiang di corong telinganya. Stop it! Stop thinking about Noah. Kenapa perlu dia terfikir tentang lelaki tersebut di awal pagi? Tapi of course lah dia akan terfikir tentang dia, orang pertama yang dia jumpa selain mama dan Selina serta bapanya ialah Noah yang sudah menanti di depan pintu pagar rumahnya tadi. Dengan muka selamba dan innocent seperti tidak ada apa-apa yang berlaku semalam.
Orange yang hampir semalaman tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan apa yang terjadi, bingung sendiri. Is it really happen or her imagination only. Kemudian dia kononnya mempositifkan diri bahawa itu semua mimpi sahaja. Cuba untuk berlagak tidak ada apa-apa tapi tumpas kembali ke alam realiti apabila mendengar pesanan Noah sewaktu sampai di pintu kelas.
"Remember, you are 'mine'. Jangan layan mana-mana lelaki yang mahu mendekati awak."
Orange menarik nafas berat. My final year in Pra-U, terlalu banyak yang berlaku.
"Tengah fikirkan apa?" Satu suara menegur Orange di sebelahnya. Dia menoleh dengan pantas kerana terkejut. Sudahlah dia sedang cuba untuk bertenang, dia dikejutkan lagi dengan teguran tersebut.
Caleb tersenyum manis sambil duduk di kerusi Corina tanpa dipelawa. Orange melihat sekelilingnya dan ke luar kelas. Dia risau Noah ada di mana-mana. Nanti tidak pasal-pasal dia yang pengsan jika tiba-tiba Noah muncul lagi dan menumbuk Caleb.
"What are you doing in my class?" Orange bertanya risau. Dia malas mahu bergaduh dengan Noah tentang Caleb dan dituduh macam-macam lagi oleh lelaki itu. Penat.
"Awak macam tak suka sahaja saya datang ke sini. Awak risau Noah cemburu ke?" Ujar Caleb dengan muka sedih, cuba untuk membuatkan Orange berasa serba salah.
"Ya, saya tidak mahu kami bergaduh lagi kerana awak." Orange menjawab jujur, membuatkan Caleb kehilangan kata-kata. Bukan jawapan yang dia harapkan keluar dari mulut Orange. Kejujuran tersebut membuatkan dia terluka.
"Saya cuma mahu berkawan saja dengan awak, Orange. Tidak ada niat yang lain. Takkan mahu berkawan juga tidak boleh?" Caleb
Orange tersenyum kemudian matanya memandang ke arah kelas Noah.
"Be friend with him first then i'll be your friend too." singkat jawapannya. Dia bukan mahu bertindak sombong atau kurang ajar tapi lebih baik mencegah daripada mencari cara penyelesaian untuk masalah yang akan timbul jika dia iyakan.
"Seriously, Orange? Nak berkawan pun perlu meminta kebenaran? Belum ada apa-apa ikatan yang sah sudah mengawal diri kamu seperti dia suami kamu yang sah." Caleb sengaja cuba untuk mengapi-apikan gadis tersebut dengan harapan Orange akan membenci Noah.
Orange mengangkat bahunya kemudian tersenyum, malas mahu menjawab. Dia menoleh memandang ke pintu kelas, mengharapkan Corina muncul tapi sia-sia. Dia tidak mempunyai mood untuk berbual dengan Caleb. Senyumannya tempoh hari membuatkan Orange seram sejuk. Ada sesuatu tentang lelaki itu yang membuatkan dia kurang selesa. Perlukah dia menelefon Noah? Tapi nanti tidak pasal-pasal dia perlu menjadi orang tengah lagi untuk menahan Noah supaya tidak terlalu agresif. Susah.
"What are you doing today after school? Let me drive you home." Melihat Orange diam membisu tidak menjawab kata-katanya Caleb memancing lagi perhatiannya dengan isu lain.
"Oh, thanks. Nevermind, Noah will drive me home." Orange menolak lagi. Caleb tersengih kecewa. Apa yang perlu dia lakukan untuk membolehkan dirinya mendekati Orange lagi. Dia berusaha memikirkan caranya.
"Bulan depan ada Night Fun Run, do you want to join? We can run together just like last time but this time i won't let you run alone and no need to bring Corina because you have me."
Orange menggeleng. Lepas ini apa lagi yang lelaki ini akan tawarkan, dari nak jadi kawan kepada hantar balik ke rumah terus ajak menyertai Fun Run. What next? Perlukah dia memberitahu yang dia tidak akan setuju untuk apa-apa jenis tawaran pun?
Caleb menggaru kepalanya yang tidak gatal, mati kutu. Tidak tahu apa lagi yang perlu dia tawarkan untuk menarik perhatian gadis tersebut. Semua yang dia katakan semuanya seakan tidak mempunyai apa-apa makna. Benarkah dia sungguh-sungguh mencintai Noah? Dia masih kurang percaya dan tidak mahu menerima kenyataan tersebut. Noah tidak layak untuk memiliki Orange. Langsung tidak layak.
"Corina, you are here!" Orange berdiri dari duduknya menyambut Corina di hadapan pintu seperti sudah lama tidak bertemu. Corina terkebil-kebil hairan, tidak pernah-pernah Orange menyambutnya sedemikian rupa. Entah, apa mimipinya semalam hingga hari ini sungguh gembira melihatnya.
"What happen with you? Mimpi apa semalam? I've been kidnap? Happy semacam sahaja nampak saya or do you need something from me?" Corina bertanya hairan, sambil Orange terus memeluk lengannya erat. Kemudian gadis tersebut memberikan isyarat mata kearah Caleb yang masih duduk di kerusi Corina.
"Hi, Corina!" Caleb yang seakan faham pada isyarat Orange kepada Corina mengangkat tangannya mesra. Masih tidak berganjak dari duduknya. Takkan dia sudah tukar aliran pula? Orange semakin geram melihat lelaki tersebut tidak makan saman.
"Oh, hai ! Sorry, saya nak duduk. That is my seat." Kata Corina tidak berselindung. Kalau sebelum ini dia mungkin akan membiarkan lelaki itu duduk di tempatnya demi Orange tapi kini keadaan sudah berubah.
"Oh, sorry...tak perasan." Caleb berdiri cepat-cepat dari duduknya. Corina tersengih kemudian meletakkan begnya diatas kerusi. Caleb yang masih mundar-mundar di sebelah kerusinya masih mencari topik untuk memancing minat Orange. Corina menyedarinya dan dia dapat merasakan yang Orange tidak selesa dengan keadaan tersebut. Memandangkan dia hanya meneka-neka sahaja sebab Orange belum menceritakan apa-apa berkaitan dengan hal tempoh hari dia menyusun kata-kata yang paling sesuai untuk menghalau lelaki tersebut. Walaupun, Orange kini semakin terbuka dengan orang sekelilingnya tetapi kemahiran berkomunikasi dan menzahirkan perasaan itu masih kurang berbanding Corina.
"I think class will start soon. Why don't you go back to your class or you want to change your subjects?" Ujarnya selamba kepada Caleb. Caleb menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal kemudian melangkah pergi tapi berpatah balik ke sisi Orange.
"Apakata kalau malam nie saya jemput awak untuk dinner di luar. Saya tahu restoran yang masakannya bertaraf 5 bintang. Kalau awak setuju...saya jemput awak at 6.30pm." Caleb tidak berputus, at least Orange akan melihat kesungguhannya itu. Sedikitpun tidak apa.
Dan untuk kesekian kalinya, Orange menggeleng lagi sambil tersengih. Awak ajaklah saya ke bulan pun saya tetap akan menolak. Bisiknya dalam hati. Dia mungkin kelihatan naif tapi lebih bijak untuk berfikir daripada heroin dalam drama yang sengaja cari pasal untuk keluar bersama musuh hero. This is reality dan bukan fantasi.
"Oh, okaylah. Maybe next time, right?" Mengintai kesempatan dan peluang di masa depan Caleb cuba untuk bermain kata. Manalah tahu Orange akan mengangguk selepas ini.
"Cor, awak ada bawa tak buku yang saya mahu pinjam kemarin? I need it as my reference for my assignment." Orange mengabaikan kata-kata Caleb. Malas mahu menjawab dan mencari kata-kata yang paling sesuai untuk menjawabnya. Nasib baiklah dia ada alasan terbaik untuk ditanya kepada Corina. Boleh dia pura-pura mengabaikan kata-kata Caleb.
Mahu tidak mahu, Caleb terpaksa mengundur diri apabila melihat Orange semakin sibuk dengan Corina. Membiarkan dirinya terkulat-kulat cuba untuk mencari peluang menyampuk.
Usaha tangga kejayaan. Dia menoleh memandang Orange sekali lagi sebelum kakinya melangkah keluar tapi masih tidak ada tanda-tanda yang gadis tersebut akan memandang kearahnya apatah lagi menoleh dan memanggilnya kembali.
Setelah beberapa ketika barulah perlahan-lahan Orange melirik memandang ke belakang dan ke sekitar kelas. Tidak ada lagi bayang-bayang Caleb, barulah dia menarik nafas lega. Akhirnya dia pergi juga.
"Awak datang tepat pada masanya, Cor." Ujarnya sambil menyandarkan tubuhnya. Corina tergelak kecil, lucu dengan sepupunya itu.
"Awak bukan minat dia ke dulu? Minat yang sungguh-sungguh minat. Kenapa sekarang awak berusaha pula mahu mengelak darinya? Mentang-mentang awak sudah ada Noah. Jual mahallah dengan Caleb."
Orange hanya mengangkat keningnya, takkan dia mahu bagitahu dengan Corina yang dia dan Noah ada kontrak cinta? Eh, masih valid ke? Dia sudah tidak terikat dengan kisah 'diarinya' lagi.
"You're mine now."
Kata-kata Noah itu tiba-tiba terlintas kembali di fikirannya. Membuatkan Orange kembali resah dan tidak keruan dengan perasaannya. Bukan saya sudah okay ke tadi? Dia bermonolog sendiri.
"Orange...hello, i'm talking to you. Not with your desk or chair!"
Orange tersentak dari lamunannya.
"Who is your first kiss, Cor?" Soalan tersebut tiba-tiba tersembul dari mulutnya. Membuatkan Corina melopong merenungnya tidak berkelip. Ops, did i say something weird? Orange menggaru kepalanya yang tidak gatal kemudian tersengih menepuk lembut pipi Corina.
"I'm just kidding! Awak sudah kenapa tengok saya macam zombie? Just forget about my question."
Orange cuba untuk menjernihkan kembali keadaan. Salah dia kerana bertanya tanpa berfikir, Corina sekarang sudah pasti berfikiran lain-lain dengannya. Jangan sahaja dia berfikir yang Orange melakukan perkara yang tidak baik dengan Noah. Eh, Noah? Why Noah? Logiklah kan, mengikut pandangan kasar orang lain. Dia dan Noah adalah pasangan kekasih, sudah pasti apa-apa yang terlintas di fikiran Corina ialah dia lakukan bersama dengan Noah. Simpang 144 malaikatul maut.
"Orange...are you okay? You never asked me any questions about love before. Lebih-lebih lagi tentang 'first kiss'. Ada apa-apa yang telah berlaku diantara awak dan Noah tanpa pengetahuan saya?" Soalan Corina itu membuatkan Orange yang tadinya masih di tahap terkawal perasaannya kini menggelabah tidak tentu pasal. Matilah. Corina bukan calang-calang orangnya, dia sudah mempunyai pengalaman bercinta sejak umur 13tahun. Berbanding dengan Orange yang baru mahu mengenal dunia, umpama bayi yang baru lahir ke dunia.
"I said nothing. Random question sahaja itu, tidak payah ambil peduli sangat." Orange tertawa kuat, kononnya dia hanya berlawak sahaja. Tidak ada kena mengena dengan sesiapapun sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.
"Awak biar betul, Orange. Kalau ada apa-apa yang mahu kongsikan, saya sedia menjadi pendengar setia awak." Corina masih kurang percaya. Dia seperti dapat menghidu sesuatu yang mencurigakan telah terjadi tapi Orange berusaha untuk menyembunyikannya. Orange menggeleng pantas, stop asking me Corina. Please, stop.
Setelah beberapa lama cuba untuk mengorek kebenaran daripada Orange dan sehingga ke akhirnya Orange memberikan pelbagai alasan, barulah Corina berpuas hati.
"Kalau Noah lakukan sesuatu yang tidak baik dengan kamu, just tell me. I'll tell my brother untuk belasah dia sampai pengsan."
Orange tersengih kemudian mengangguk akur. Nasib baiklah, Corina akhirnya menyerah kalah dan percaya dengan kata-katanya. Kalau tidak dia pasti akan berasa sangat malu untuk menceritakan apa yang telah berlaku semalam. Dia juga tidak dapat membayangkan reaksi Corina jika dia tahu. Adakah dia akan marah atau akan mentertawakannya.