Descargar la aplicación
54.54% Cinderella seorang Putera / Chapter 18: Bab 18 : Its Not Okay

Capítulo 18: Bab 18 : Its Not Okay

Bila hidupmu sudah terbiasa dengan hadirnya diriku disamping mu, bila nanti kau tinggal sendiri hidupmu perlu diteruskan.

Corina dan Orange beriringan masuk ke dalam kedai sephora. Hari ini mereka mahu memborong semua jenis mekap. Corina adalah yang paling excited apabila Orange mengajaknya. Bukan selalu sahabatnya itu mahu mengikutnya ke mall untuk tujuan mencari mekap. Apa lagi kali ini dia sendiri yang mengajak Corina.

Sejak Orange berubah 360° dari Orange yang pelik kepada Orange yang fashionista, Corina tidak menang tangan untuk melayan kerenahnya. Kemarin mereka ke mall untuk shopping pakaian dan kasut. Kali ini, dia mengajak dirinya lagi untuk shopping mekap. Corina yang memang jenis bergaya sejak dari dulu, sudah pasti tidak akan menolak. Ini adalah satu revolusi yang dia nanti-nantikan datang daripada Orange.

Mata Orange meliar mencari blusher yang sesuai dengan warna kulitnya, sesekali dia mencalitkan sedikit ke tangannya untuk memastikan warna tersebut sesuai atau tidak. Corina di sebelahnya turut melakukan perkara yang sama.

Corina melirik sekilas bayangan yang  lalu di sebelahnya. Eh! Dia menoleh. Noah mengangkat tangannya sambil tersenyum. Corina dengan teragak-agak turut mengangkat tangannya sambil tersenyum. Amboi, bukan main tadi Orange memujuknya untuk menemaninya kerana tiada teman katanya. Padahal, teman lelakinya juga turut serta. Kalau dia tahu, dia pasti membawa teman lelakinya supaya dia tidak keseorangan. Kejadian kemarin berulang lagi. Walaupun, Orange seakan acuh tidak acuh dengan kehadiran Noah. Malahan mereka langsung tidak bertegur sapa, Noah sekadar mengekori mereka ke sana ke mari. Hanya sesekali dia menegur mereka tetapi Corina yang menjawab. Bergaduhlah tue...gaduh-gaduh sayang. Corina tersengih sendiri.

"Ehem!"

Corina sengaja berdehem kuat. Memberikan isyarat kepada Orange agar menoleh kearahnya. Namun, Orange yang begitu khusyuk tidak mempedulikannya.

"Ehemmm!"

Corina berdeham lebih kuat. Dengan harapan gadis tersebut menyedarinya tetapi masih sia-sia. Corina menarik nafas geram. Pekak ke apa. Dia memarahi dalam hati. Tambahan lagi, pelanggan yang lain pula yang menoleh kearahnya. Terpaksa dia cover malu dengan mengurut-ngurut kerongkongnya. Mahu tidak mahu dia tidak ada pilihan lain, selain daripada menyiku kuat Orange.

"Adoi, sakitlah!"

Orange menjerit kecil sambil menoleh kearah Corina yang tiba-tiba menyikunya. Sudahlah siku Corina agak tajam, terkena pula di bahagian lengannya yang tidak mempunyai banyak isi. Corina memberikan isyarat mata kearah Noah di sebelahnya.

Orange terkedu seketika. Apa pula Noah buat dalam kedai Sephora? Takkan dia pun mahu memborong mekap? Lagi penting, kenapa dia sentiasa ada di mana-mana. Sewaktu mereka sibuk mencari pakaian kemarin juga dia ada. Ke hulu ke hilir membontot dia dan Corina. Sepanjang masa kemarin itu dia tidak mempedulikannya. Hari ini dia ada lagi. Macam mana juga dia tahu yang mereka akan berada di mall dan di kedai sephora.

"Awak kata awak datang seorang tapi akhirnya ada Noah turut serta." Orange mengangkat bahunya. Corina mencebik geram. "Next time, kalau mahu shopping dengan teman lelaki beritahu saya. Boleh juga saya bawa boyfie sendiri." Corina membebel kemudian beralih ke rak yang lain.

Orange menggaru kepalanya yang tidak gatal, pandangannya dan Noah bertembung. Laju Orange melarikan pandangannya ke arah lain, hatinya mulai tidak keruan. Wahai, hati...boleh tak kalau tiap kali terpandang matanya jangan mengada-ngada. Noah sahaja pun, bukan Lee Min Ho atau Nam Joo Hyuk atau Lee Jong Suk.

Dia meletakkan kembali blusher yang dia pegang dan melangkah pergi kearah Corina. Namun, belum sempat dia mengorak langkah, tangannya ditahan Noah.

"Where are you going?" Noah bertanya lembut. Orange tidak menjawab apa-apa. Dia berusaha untuk cuba melepaskan tangannya dari Noah.

"Selagi awak tidak kembali kepada saya, saya akan sentiasa mengekori awak ke mana-mana." Orange menghela nafas geram. Mahu kembali kepada dia? Untuk apa? Untuk diseksa dan diperbodohkan? Dia memandang lelaki tersebut, kali ini dengan tajam. Biarlah jantungnya berdegup kencang seperti mahu luruh, dia tidak kisah dengan semua itu.

Walau bagaimanapun, dia tewas lagi dalam beberapa saat sahaja. Noah merenung matanya membuatkan dia yang tidak keruan. Renungannya tajam dan menusuk ke sanubari.

"I am sorry."

Orange sedikit terkejut. Dia tidak menyangka Noah akan mengucapkan kata-kata tersebut.

"Sorry for what?"

Suaranya bergetar menanyakan soalan tersebut. Hati tisunya semakin lemah, dia terpaksa memandang kearah lain dan mencari benda yang boleh membuatkan fokusnya terganggu. Dia tidak mahu mengikut perasaannya yang mudah goyah. Dia mencari kembali bayangan malam itu, bayangan yang merobek hatinya tiap kali datang berkunjung ke mindanya. Dia menjadikan perasaan tersebut sebagai satu kekuatan menepis tiap rasa ingin berlembut dengan Noah.

Tenang, Noah menarik tubuh kecil Orange dalam pelukannya. Kali ini Orange benar-benar terkejut dan terkesima dengan tindakan lelaki tersebut. What happen?

Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan, degupan jantung Noah jelas ditelinganya, hembusan nafasnya terasa di ubun-ubun kepalanya. Wangian cologne yang dipakai Noah juga turut menusuk di hidungnya. Maknanya, dia benar-benar dekat dengan lelaki itu. Apa yang perlu dia lakukan? Yang lagi penting, mereka sekarang berada di khalayak ramai dan Corina, pastinya Corina terlopong melihat mereka.

"I am sorry, Orange. Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Saya tidak tahu apa yang telah merasuki saya malam itu. Saya..." Orange tidak bergerak, dia diam membatu. Come on, Orange! Move. Say something! "I just want you to stay with me, Orange. Don't leave me. Saya tidak boleh menerima kenyataan yang awak menyukai Caleb. Thats why, i try to do something awful to make me feel relieve. But i'm wrong. Saya membuatkan awak sakit dan saya juga rupanya semakin sakit."

Orange memejamkan matanya, kalau boleh dia tidak mahu mendengar semua itu tapi sebahagian daripada dirinya terasa ringan dan lega. Dia mahu menolak tubuh lelaki itu jauh-jauh dan menempelaknya dengan kata-kata kesat tapi jauh di dalam lubuk hatinya, dia seakan percaya dengan kata-kata Noah. Namun, dia tahu dan sedar hal ini bukan semudah itu.

Perlahan dia cuba untuk menolak tubuh Noah tetapi pelukan eratnya seakan tidak mahu melepaskannya.

"Let me go." Orange bersuara separuh berbisik, Noah diam seketika kemudian perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya.

"I am sorry." Sekali lagi ayat itu keluar dari mulutnya. Sukar untuk Orange mahu menerima permintaan maaf tersebut kerana ianya datang daripada Noah, Noah the devil. Mustahil lelaki seperti Noah dengan mudah mengucapkan kata 'maaf'.

"Leave me alone, please." Orange tidak sanggup untuk mendengar sebarang alasan atau kata-kata manis saat itu. Bukan mudah baginya untuk melupakan apa yang terjadi.

Orange membatalkan niatnya untuk memborong mekap, dia memberikan isyarat kepada Corina yang masih melopong melihat kejadian di depan matanya agar keluar dari kedai tersebut. Malu? Perasaan sedih dan marah lebih besar pada ketika itu. Tidak ada perasaan malu yang timbul walaupun kejadian tadi agak panas dan kontroversi. Dia cuma berharap yang tidak ada orang lain yang dia kenal kecuali Corina berada di dalam kedai itu.

Orange melangkah laju keluar dari dalam kedai diikuti Corina. Noah termangu hanya mampu memandang sehinggalah bayang Orange dan Corina tidak kelihatan. Bukan dia tidak mahu mengejar mereka, cuma dia tidak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan. Dia akui, semua itu berlaku kerana sifat pentingkan diri sendiri dan bertindak melulu tanpa berfikir masak-masak.

"Be patience young man. Lambat laun sejuk juga hati dia nanti, jangan berputus asa. Teruskan usaha memujuknya." Salah seorang daripada pelanggan yang ada di dalam kedai memberikannya kata-kata semangat sambil menepuk bahunya perlahan.

Noah tidak memberikan sebarang respond, dia sekadar tersenyum tawar setawar hatinya saat itu.

Walaupun dia masih tidak pasti sama ada Orange menyukai dia atau Caleb tetapi yang pastinya kejadian malam itu membuatkan Orange semakin menjauh darinya dan membencinya. Kalau dia tidak mempunyai perasaan dengan saya, mana mungkin dia akan berasa cemburu dan marah bukan? Maksudnya, adakah Orange kini mencintainya berbanding Caleb? Lagi satu perkara yang masih samar-samar dia rasakan adalah Orange menerima cinta Caleb atau tidak petang itu? Saya perlu tahu perkara sebenar. Noah bermonolog di dalam hati.

Kemudian dia bergegas keluar, cuba untuk mencari bayang Orange atau Corina. Dia perlu tahu, apa yang telah berlaku sewaktu Caleb datang untuk meluahkan perasaannya. Matanya meliar mencari di setiap pelusuk, kemudian dia mendongak memandang ke tingkat atas. Mustahil Orange akan ke tingkat atas saat itu. Adakah dia sudah pulang ke rumah? Tidak salah mencuba. Noah kemudiannya bergegas ke keretanya dan memandu laju ke rumah Orange.

****

Namun, usahanya itu hanya sia-sia. Orange belum balik ke rumahnya, yang ada hanyalah adiknya iaitu Selina. Noah juga tahu yang Selina tidak berbohong kerana tidak ada tanda bahawa kereta Orange ada di rumah.

"Thanks, Selina. Can you please tell Orange to call me when shes home. Or just tell her to pick up my call." Selina sekadar mengangguk, bingung. Ini mesti kes gaduh lagi dengan Orange. Dia meneka di dalam hati.

"Emm...i need to ask you one more question. Caleb ada datang sini ke beberapa hari yang lalu?" Dia bertanya, manalah tahu Orange menipu dirinya. Bukan dia tidak mempercayai Orange cuma dia mahu memastikan kebenarannya.

Selina serba salah untuk berterus terang, patutkah dia memberitahu hal sebenar atau bagaimana. Dia merenung wajah Noah seketika, bagaimana kalau nanti dia berterus terang, hubungan mereka menjadi lebih keruh? Dia tidak mahu menjadi penyebab kepada kegagalan cinta pertama kakaknya.

"Don't worry. Saya cuma bertanya sahaja. You can tell me the truth." Noah dapat membaca dari raut wajah gadis tersebut yang dia serba salah untuk berterus terang. Dia cuba untuk tersenyum, semanis yang mungkin.

"Yes, he came. Tapi sekejap sahaja. Mereka hanya berbual di luar rumah dan selepas beberapa minit dia balik dengan wajah sugul." Setelah beberapa minit menimbang perkara tersebut dari pelbagai sudut, barulah Selina memberitahunya. Dia berusaha mencari perkataan yang sesuai yang mana menampakkan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku di antara Caleb dan Orange. Semoga Noah tidak salah faham.

Noah mengangguk perlahan tanda faham, dia berasa sedikit lega apabila mendengar perkataan 'sugul' yang diucapkan oleh Selina. Maknanya, Orange tidak menerima cintanya bukan? Sebab itu dia berwajah sugul, secara rasionalnya tidak mungkin dia sedih jika cintanya diterima. One problem, settled. Sekarang dia hanya perlu menyakinkan Orange bahawa semua yang terjadi di rumahnya hari itu adalah sandiwara dan lakonan semata-mata. Tapi bagaimana dia mahu melakukannya? Ah, inilah akibatnya jika bertindak tanpa pertimbangan yang waras! Padan muka awak, Noah. Dia memarahi dirinya sendiri.

"Thanks, Selina sekali lagi. Saya minta diri dulu." Noah meminta diri setelah puas hati dengan maklumat yang dia dapat.

"Wait." Selina menghentikan lelaki itu. "You don't want to wait for her to be home? Awak boleh masuk ke dalam rumah and dinner dengan kami sekali nanti. Mama sedang menyiapkan makan petang. Rasanya, Orange akan balik tidak lama lagi."

Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal, mencari kata-kata yang sesuai. Bukan dia tidak mahu menunggu sehingga Orange datang tapi dia dapat rasakan yang Orange tidak akan gembira melihatnya nanti.

"Don't worry...mama sudah tahu yang awak adalah couple kakak saya." Ujar Selina sambil menarik tangan Noah agar masuk ke dalam rumah.

"But i..." Noah serba salah untuk menolak, dia juga tidak tahu apa alasan yang perlu dia berikan kepada Selina.

"Tak perlu risau, mama saya masak sedap tau. You will love it, lagipun tiada benda yang mahu dimalukan. Bila lagi mahu berkenalan dengan bakal 'in law'." Noah semakin risau. Kalau boleh mahu sahaja dia menarik tangannya dan melarikan diri ke keretanya. Namun, dia juga risau kalau nanti hal itu akan meninggalkan imej yang tidak baik untuk dirinya di hadapan keluarga Orange. Mahu tidak mahu, dia terpaksa menerima pelawaan Selina dan bersiap sedia untuk berhadapan dengan Orange. Lagi penting, bersiap sedia untuk berhadapan dengan Pn.Amily.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C18
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión