Hampir sejam setengah perkara itu berlaku, mata kami tidak berkelip menonton kejadian itu secara langsung dihadapan mata kami sendiri.
Tidak ada yang mahir dalam mengubat ilmu kebatinan, lalu sahabat kami yang disampuk tadi dihantar ke khemah RSAT ( Rumah Sakit Angkatan Tentera ) dia diikat pada katil medan dengan tali dipergelangan tangan dan kaki.
Kami menjalankan latihan tempur kami seperti biasa, hal yang berlaku sebelum itu kami campak jauh-jauh kebelakang.
Habis sahaja makan tengah hari, kami mula mengeluarkan khemah dan memasangnya,
1x khemah rumah masak
1x khemah pegawai
1x khemah pegawai lain-lain pangkat
1x khemah briefing and command centre
6x khemah ( 5x khemah perajurit, 1x khemah pranita [perajurit wanita] ) yang 1 khemahnya mampu memuatkan seramai 20 orang anggota.
Kami selesai memasang kesemua khemah sekitar 5.45 petang.
Setelah itu kami diarahkan oleh pegawai untuk bersiap-siap untuk waktu maghrib sambil itu kami perlu berada diluar dari jam 6.40 sehingga 7.30 bagi membiasakan mata kami dengan perubahan cahaya dari terang ke gelap, dengan ini kami mampu membiasakan mata kami untuk melihat pada waktu malam dengan mudah tanpa menggunakan bantuan lampu. Ada beberapa anggota mahu ke sungai untuk mengambil air sembahyang, disaat mereka sedang sibuk mengambil air sembahyang, ada beberapa anggota yang ada disitu terlihat satu batu sungai yang rupanya seakan akan batu nisan kubur, tetapi mereka tidak berani menyentuhnya tetapi apakan daya ada seorang kopral yang sebelumnya dari unit Ranger diraja tetapi berpindah unit ke unit infantri, kami juga tidak mengetahui sikap sebenar kopral tu, kami panggilnya sebagai kopral zul, memang masuk air kopral ni dengan selambanya dia masuk ke sungai dan mengambil batu sungai itu lalu membawanya pergi ke trak yang siap diparkir dibawah pokok sawit tua.
Setelah apa yang berlaku tadi diketahui oleh anggota perajurit lain, mereka tidak berani langsung mendekati trak berkenaan. waktu sudah kian bertukar senja, disaat kami sedang sibuk menyiapkan replika peta taktik medan, terdengar jeritan minta tolong dari seorang anggota Pranita, anggota tersebut mengatakan ada seorang anggota lelaki yang agak lembut atau ayat lain biasa orang suka panggil sutun, tiba-tiba pengsan ditepi sungai, hampir kesemua anggota pranita menyeret anggota perajurit yag pengsan tadi dek kerana kekuatan dan kemampuan perempuan ini tidak sekuat lelaki.
Kami hanya membantu dan menyambung bantuan itu dengan membawanya ke khemah RSAT, dia juga diikat pada katil medan kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.
Petang kian menjadi gelap, jam menunjukkan pukul 9.30 malam sedang kami sibuk membincangkan strategi untuk pertahanan pengkalan kami, dibantu dengan lampu pelita minyak tanah tiba-tiba pelita itu berkelip kelip seperti lampu generator kehabisan minyak.
Saat kami terpinga pinga melihat kejadian yang berlaku tiba-tiba terdengar ketawa mengilai ngilai bergema disetiap pelusuk kawasan khemah kami, saat itu darah kami berderau, jantung berdegup kencang, hati tak keruan, badan mula dibasahi keringat dingin, badan menggigil ketakutan kerana hilaian ketawa tersebut. Tidak sampai 5 minit terdengar jeritan meminta tolong dari khemah pranita. Kami dalam ketakutan kaki kami yang mulanya merasa layu tiba-tiba mendapat kekuatan dan akhirnya kami gagahkan langkah kami menuju ke belakang khemah pranita, setibanya kami disitu kami merasa terkejut amat sangat, seorang anggota pranita yang lebih manis dipanggil sebagai amira tiba-tiba berubah kepada wajah bengis dan menakutkan, rambut panjangnya mengerbang sepertimana mana rambut hantu yang sering diceritakan dalam cerita-cerita Melayu klasik, matanya merah menyala, suaranya menjadi garau, kami terkedu apabila melihat wajah ayunya berubah menjadi sesuatu yang sangat menakutkan.
Anggota perajurit lelaki yang lain juga turut dipanggil oleh beberapa anggota pranita, mereka segera berlari ke arah belakang khemah anggota pranita dimana punca suara hilaian tawa yang membuat sesiapa merasa seram sejuk apabila mendengarnya.
Saat itu dia sudah mula untuk melangkah kearah pedalaman hutan, kami dengan segera menahan tubuhnya dari bergerak dengan kekuatan anggota seramai 8 orang juga tidak mampu menghentikan pergerakan langkahnya dan akhirnya dengan penambahan anggota sehingga mencecah 12 orang kesemuanya baru kami dapat menghentikan pergerakannya, lalu kami ikat tangan dan kakinya dan dudukkannya diatas tanah, dan kami anggota perajurit duduk mengelilinginya sambil membuka buku Yaasin dan membacanya tapi ternyata tidak ada perubahan pun bahkan kami pula yang ditertawakannya, " Hahaha...macam ni kau semua mahu menahan aku sebutan pun tidak betul ada hati nak menahan aku", kata makhluk yang ada didalam badan pranita itu. Kami tergamam tidak tahu nak kata apa.
Saat itu kopral zulkifli ( bukan nama sebenar) datang memberitahu kami," bertahan dahulu, kami sudah pun memanggil ustaz dan juga bapa anggota pranita ni".
Kami cuma menganggukkan kepala kami tanda setuju, setelah 20 minit tibalah ustaz yang ditunggu-tunggu, hampir 15 minit ustaz itu cuba menawar rasukan makhluk halus itu akhirnya dia menggelengkan kepalanya, kata ustaz, " maaf, saya tak dapat nak mengubati budak ni, kerana dalam tubuhnya bukan ada satu makhluk tetapi dua, maaf sekali lagi saya tidak mampu", pada saat dia berkata begitu dalam jarak 10 minit perjalanan bapa pranita tersebut dalam perjalanan ke khemah kami dari jalan besar, namun makhluk yang satu lagi itu sudah dapat menghidu kehadirannya lalu makhluk itu berkata dengan marah sekali, " kenapa kau orang panggil "orang tua" itu kemari!!!? lepaskan aku! aku tak mahu berjumpa dengan "orang tua" tu, lepaskan aku!!", kami semua tergamam sekali lagi, siapa orang tua yang dia maksudkan...??
Setelah 10 minit datang seorang lelaki yang kelihatan umurnya menjangkau 40 ke 45 tahun datang ke arah kami lalu berkata, " tidak mengapa ustaz, tahulah saya bagaimana nak ajar makhluk ni", saat mendengar suara orang tua yang datang secara tiba-tiba itu, makhluk itu sudah mula tidak tentu arah, " lepaskan aku! aku tak mahu ikut orang tua ni balik, lepaskan aku!!", katanya lagi.