Descargar la aplicación
78.49% Ainaa Sofea / Chapter 72: Chapter 72

Capítulo 72: Chapter 72

AINAA mencari-cari nama sahabatnya di dalam akaun facebook. Antara perkara yang dia rasa bersyukur, adalah sahabatnya itu gemar mengambil gambar swafoto, dan selalu berkongsi di laman facebook. Jadi, ianya memudahkan dirinya untuk mendapatkan maklumat perihal sahabatnya itu.

Tetapi, dalam banyak-banyak perkara. Alamat yang ditulis dalam akaun Hanis Syaurah, adalah alamat ibu bapanya. Kediaman sebenar Hanis Syaurah, tidak tertulis dengan lengkap.

Dan...kini, mereka berada di hadapan rumah keluarga Hanis Syaurah.

"Kita kena tanya, di mana Hanis duduk."

Mereka berjeda..

"Salah seorang dari kita perlu, pergi."

Masing-masing merenung antara satu sama lain. Ainaa mengeleng awal, bergitu juga Sofea yang menolak untuk pergi. Kemungkinan mereka pula mendatangkan masalah baru apabila, nama mereka masih menjadi buruan baju uniform biru.

"Aku pergi."

Avienna memperlawa diri, untuk bertanya tentang Hanis. Menyamar, mengenali anak tuan rumah adalah perkara yang selalu dia buat sebagai pengganti untuk Ainaa setiap kali, diperlukan.

Sofea mengangguk, bersetuju dengan. Dia dan Ainaa, tidak boleh bertandang di rumah orang tua Hanis kerana mereka sangat mengenalinya. Waktu belajar dahulu, mereka sering bertandang di rumah orang tua Hanis dan adakalanya, menumpang tidur di sana.

Waktu itu, macam-macam alasan mereka berikan pada ibu mereka dengan mengatakan mereka mahu mengulangkaji perlajaran, ada projek bersama dan ada juga mengatakan untuk buat latihan sekolah sama-sama.

Itulah...semuanya, hanyalah alasan semata-mata. Mereka hanya mahu menumpang tidur di rumah kawan. Seronok, bila ada kawan.

"Aku teman."

...

MEOR melangkah masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan ibunya. Abangnya sudah pulang, manakala ayahnya berada di rumahnya. Petang jika kesempatan, abangnya akan mengambil ayah dari rumahnya. Sebab, mereka risau untuk membiarkan ayah duduk seorang diri. Tambahan pula, dengan situasi yang terdesak. Apa sahaja boleh berlaku.

Ibunya seperti anak kecil yang nyenyak tidur. Tak bangun walaupun doktor sudah memberitahu, ibunya sihat. Jadi.....kenapa ibu tak sedarkan diri.

Lagi dua tiga hari, cukup seminggu ibunya berkeadaan bergitu.

Dari ibunya itu, dikhabarkan koma. Meor segera mendail nombor telefon Puan Zahra. Dari perbualannya di corong telefon. Puan Zahra akan minta beberapa kawan lain untuk datang. Jika kesempatan, mungkin tarikhnya hari ini.

Hari Jumaat selepas, solat jumaat.

"Abang..."

Meor, mengalih pandangan. Isterinya terus datang ke hospital apabila mendapat panggilan darinya, yang mengatakan ibu dimasukkan ke wad.

Walaupun, sudah lama tak berjumpa. Isterinya itu masih melayaninya sama sebelum isterinya itu balik ke kampung. Dari perwatakkan isterinya itu. Nampak, tenang dari sebelumnya.

"Abang nak keluar, solat. Habis solat, abang datang sini balik. Ada nak tempah apa-apa?"

Soalnya pada Fathi.

Fathi mengeleng, dengan anak matanya memandang jasad ibu mentuanya yang masih kaku di atas katil hospital. Tangannya yang basah dengan cecair sanitizer, digosok hingga kering.

"Betul ni?"

Fathi mengangguk pula. "Betul. Saya baru sahaja sarapan, sebelum sampai tadi." balasnya.

"Okaylah, kalau macam itu. Abang pergi dulu. Apa-apa nanti, terus call abang atau ayah."

Bahu isterinya dilurut lembut. Tangannya, disambut Fathi untuk bersalam.

Fathi senyum dengan kelembutan. Rindu berpisah itu, rindu yang dalam. Walaupun, dia pergi untuk seketika pulang ke kampung halamannya. Dia tetap merindui suaminya. Cuma...kehilangan anaknya itu. Satu tamparan hebat buatnya untuk dia lupa.

Ianya pengalaman tragis.

Ibu mentuanya masih terlantar, seperti bayi yang tidur beradu. Kain yang sudah basah-basah lembab, di celup ke dalam air yang di isi di dalam besen kecil. Diperah semula, lalu di lap tubuh ibu mentuanya.

...

PERKARANGAN lobi penunggu di wad hospital- USAI Zahra menghubungi Zafran. Dalam pada masa yang sama, dia sudahpun menghubungi rakan-rakan lain untuk datang ke Hospital dua tiga hari lalu. Hubungannya dengan Zafran, masih suami isteri. Namun, kerana sihir pemisah itu dikenakan atas mereka. Mereka tidak boleh berjumpa terlalu akrab.

Zahrah tahu...perkara ini akan berlaku lagi seperti yang pernah berlaku sewaktu dia belajar dahulu. Cuma kini, ada seorang sahaja yang tidak hadir dan tak mungkin akan dapat hadir.

"Lama menunggu?"

Teguran Nabila, membuatkan wanita itu mengeleng dan tersenyum melihat sahabat baiknya itu yang sudah lama tidak bertemu. Banyak perkara yang berlaku, banyak perkara yang terjadi. Namun, dia tak dapat nak berkongsi segala masalahnya pada sahabatnya itu yang duduk jauh di luar semenanjung kerana tugas kerja.

"Apa khabar?"

Zahrah sengaja mengutarakan soalan formal. Dia yang sebak menghuni pekung dadanya, merangkul tubuh sahabatnya erat. Nabila senyum puas, lantas membalas rangkulan sahabatnya dengan pelukkan yang erat. Umpama berpisah tiada, mereka saling berpelukkan. Rindu yang terpendam.

"Lama tak dengar cerita kau." balas Nabila. Setelah, mereka melepaskan pelukkan masing-masing. Sambil menyoal, sambil-sambil itu dia mencari tempat duduk.

Zahra melurut lembut bahu sahabatnya. Sebak mengawal jiwanya. Air matanya bergenang. Tangan Nabila, di bawa dalam genggamannya. Sahabatnya dunia akhirat. Jika ada hubungan persahabatan yang retak, tetapi tali persahabatannya dengan Nabila masih utuh ke hari ini. Bertapa bersyukurnya dia mempunyai sahabat seperti Nabila. Walaupun jauh, tidak bermakna hubungan persahabatan mereka terhalang. "Banyak...banyak sangat aku nak ceritakan pada kau Beila.." diseka air matanya yang hampir tumpah.

"Tak apa. Nanti, kau cerita pada aku satu persatu. aku dengar."

Dilurut belakang sahabatnya. Air matanya yang bergenang, diseka dengan hujung tudung. Bertapa Allah sahaja tahu. Dia sangka, tragedi lama sudah berakhir. Rupanya, perkara itu akan berulang semula.

Patutlah Ustaz Yusof pernah berpesan untuk sentiasa berjaga-jaga terutamanya, Zahrah. Manalah tahu, ini yang dimaksudkan.

"Ara.."

Dua sahabat yang sedang galak berbual, memaling serentak. Zafran yang berbaju kemeja Melayu, memandang Zahrah.

Hanya dengan pandangan, Zahrah mengangguk dengan senyuman nipis. Dia bingkas bangun, mendapatkan Zafran. Tangan lelaki itu, dikucup sebagai tanda hormat.

Zafran yang datang seorang diri, mengusap kepala isterinya itu dan dibalas dengan kucupan di dahi Zahra.

Nabila memandang, dengan anggukan perlahan. Hubungan Zafran dan Zahra, tidak ramai yang tahu. Hanya segelintir sahaja. Tetapi sebagai suami isteri yang masih sah, Zafran tidak melupakan tanggungjawabnya walaupun ianya hanyalah untuk menutup aib sahabatnya yang kini menjadi isterinya.

Dalam mereka mula menerima satu sama lain. Bekas kekasih Zahra, menghantar sihir pemisah kepada mereka hingga dia terpaksa duduk berasingan dengan Zahra. Pelbagai cara perubatan Islam, di buat dan digunakan. Namun, ianya hanya seketika. Amin tak pernah berhenti.

Namun, sejak khabar palsu dia menceraikan Zahra. Sihir itu semakin berkurangan.

"Biela bila sampai?"

Soal Zafran pada sahabat isterinya.

"Awal pagi tadi."

Balas Nabila pendek. Zahra menarik kerusi untuk suaminya itu duduk. Setelah itu, dia kembali pada tempat duduknya.

"Kau duduk mana?" tanya Nabila.

"Dekat-dekat sini sahaja." balasnya.

"Yang lain dah call?" tanya Nabila, apabila kejanggalan antara mereka mula memenuhi ruang. Maka, timbuk soalan-soalan satu persatu.

Zafran ketawa kecil. Zahra hanya tersenyum-senyum melihat gelagat sahabatnya yang mula dilanda gementar. "Kau datang seorang?!"

Nabila angguk dengan pantas. "Seorang."

"Suami kerja?"

"Haah.." jawab Nabila pendek.

"Zaff.., mereka dah datang." unjuk Zahra pada rakan dan adik penuntut waktu mereka sama-sama menuntut di pondok di Padang Rengas. Malah, di belakang mereka. Hadir Ustaz Yusof yang kian menua.

Kehadiran Ustaz Yusof, yang merupakan bekas guru di sekolah mereka, disambut Zafran dengan rasa lega. Walaupun, garis-garis kedutan semakin jelas di roman guru tua itu, sehingga usianya mula memakan ketampanan dan kudrat mudanya. Dia masih gagah tatkala anak muridnya meminta bantuan darinya.

Bahkan, datangnya dia perlu bertongkat dengan langkah yang diatur berhati-hati.

Kisah lama, terungkit kembali tanpa sengaja.

Kali ini, kisah ini diganti oleh Najihah yang terbujur di atas ranjang hospital dengan nafas penuh. Tanpa sebab, wanita itu koma umpama mayat hidup.

Jika dahulu. Maria, terbaring tidak sedarkan diri. Berkat bantuan dari Allah, yang dipandu oleh Ustaz Yusof. Mereka di arahkan untuk mengelilingi Maria dalam bentuk bulatan halaqah yang bermula dari kanan, iaitu Zafran, Zahra, Amin, Nabila, Najihah dan Laila. Setiap seorang, perlu mengucap syahadat dan membaca surah kursi tanpa henti sehingga diberitahu.

Dengan Basmallah, Ustaz Yusof memulakan bacaan pendinding diri. Anak matanya sempat melirik ke arah Amin. Dengus nafasnya keras.

"Nabila. Berikan saya tangkal yang kamu jumpa."

Nabila tersentak, lalu mengeluarkan tangkal yang dijumpainya. Barang yang disimpan dalam plastik, di berikan pada Ustaz Yusof.

"Allah yang berkuasa ke atas dirimu, hamba yang dicipta olehNya!"

Suara Ustaz Yusof, kedengaran kasar. Roman mudanya, tegang dan garang.

"Kenapa ganggu aku!" Mata Maria masih tertutup, namun bicaranya mula kedengaran.

"Kerana kau, memasuki anak tubuh Adam!"

Tawa Maria memenuhi ruang surau lama yang berdindingkan kayu papan. Tidak lama, mata Maria terbuka lebar. Dengan mata yang memerah, wajah bengis. Maria menunding jari ke arah Zahra. "Sebab dia!"

Masing-masing terpenpan!

Bersambung....


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C72
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión