2013-Kejadian itu benar-benar menganggu permikirannya. Semenjak ianya terjadi secara tiba-tiba, malah ianya berlaku di rumahnya, walhal sebelum ini perkara ini tidak pernah berlaku. Tak logik, dia katakan 'sesuatu itu' menganggu apabila dia telah duduk di rumah ini selama Empat tahun sejak berkahwin dengan Fathi.
Sukar dia menafikan perasaannya saat ini. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak enak sejak kejadian itu berlaku. Adakah, ianya merupakan punca kejadian tragedi anaknya lemas?
Meor mengeleng, menafikan lagi kesimpulan yang muncul di akal fikirannya. Kenapa dia perlu menyimpulkan kesimpulan yang tidak masuk akal. Apa kaitan gangguan itu dengan kes kematian yang melibatkan anaknya. Mengarut! Nafinya.
Atau…selama ini, ada orang yang menaruh dendam terhadap keluarganya. Meor, mula mengerutkan dahinya. Perkara itu, mungkin betul. Tetapi…siapa yang ada menaruh dendam terhadap keluarganya. Si dua beradik itu? Ainaa dan Sofea? Adakah disebabkan blog pernulisan mereka. Meor termangu dalam khayalannya. Mungkin boleh terjadi. Tetapi, dia juga merasakan dua kembar itu mempunyai dendam terhadap dia. Benda itu, seakan mustahil untuk berlaku. Selama ini, hubungan mereka rapat disebabkan mereka kenal melalui ibu bapa masing-masing yang merupakan kenalan di sekolah yang sama.
Nak dikatakan mereka ada perkelahian yang besar. Hanya ada pergaduhan kecil, itupun mereka akan terus berbaik antara satu sama lain. Hubungan mereka dengan isterinya juga, tidak ada masalah besar.
Meor masih menyendiri di dalam biliknya, sejak dia menghantar Fathi pulang ke rumah keluarganya. Ada ketika, jika dipanggil. Baru dia keluar dari biliknya. Puan Najihah mengeluh perlahan, tatkala menuang air suam ke dalam gelas. Air jernih itu, diteguk perlahan. Sekadar membasahkan anak tekaknya. Hakikatnya, dia bukanlah terlalu dahaga. Kerana risau akan anak lelakinya itu. Perasaan risaunya terbawa-bawa hingga dia memujuk suaminya untuk bermalam di rumah anak mereka buat sementara waktu menantu mereka, berada di rumah ibunya. Jujur dia katakan, sikap anaknya kali ini lebih merisaukan dirinya.. Seakan ada sesuatu yang menganggu permikiran anaknya.
Ditanya sepatah, dijawab sepatah oleh anaknya itu apabila dia menyoal. Anaknya itu, sakitkah??
Keluhannya bergema lagi, meluahkan rasa gusar dari jiwanya. Ibu mana yang tidak risau, jika anak mereka lebih banyak menghabiskan masa sendiri, dengan mengurung diri dalam bilik. Tambah pula, anaknya baru sahaja meninggal dunia. Bahkan, gejolak rumah tangga yang mereka hadapi. Berat sungguh ujian anaknya. Jika dia berada di tempat anaknya, belum tentu dia kuat.
Tiba-tiba, hatinya merasa sebak apabila dia teringatkan cucunya itu. Kehilangan cucunya itu, juga membuatkan dia berasa satu kehilangan yang besar. Saat dia mendapat berita dari menantunya. Luluh hatinya. Najib, anak kecil yang cerdik walau kurang bercakap. Tetapi, dia akui yang anak kecil itu cerdik dari budak seusianya. Faham bila kita cakap sesuatu dengan dia. Kadang-kadang, sifat nakalnya yang mencuit hati membuatkan si kecil itu mudah disayangi. Tetapi, mungkin Allah lebih menyanyanginya, apabila umur cucunya tidak panjang.
Puan Najihah membujuk rasa hati. Jika dia sedih dengan kehilangan cucunya itu. Anaknya itu, pasti merasa lebih sedih jika dibandingkan dengannya. Tetapi, kita sebagai manusia ciptaan Allah. Takdir kehidupan itu, sudah tertulis di arash Allah lagi, sejak manusia itu diciptakan.
Allah itu Maha Besar. Dia Maha Mengetahui apa yang tersurat buat makhluk ciptaanNya. Mungkin, ini adalah satu ujian buat anak dan keluarganya yang sudah tertulis di dalam kitab lukh makhfuz. Lagipula, Allah tidak akan bebankan hamba-hambanya dengan beban ujian yang tidak mampu ditanggungnya.
Hanya kita sahaja, yang merasakan apa yang dilalui adalah satu bala petaka. Puan Najihah meneguk habis minumannya. Seketika kemudian, dia bangun lalu membilas cawannya dengan air lalu di sinki sebelum beredar ke ruang tamu. Sesekali, kepalanya menjenguk dari bawah mengintai anaknya yang masih berkurung di bilik. Ada keluhan kecil, yang bergema di hujung nafasnya. Helaan nafasnya itu, semakin dirasakan berat.
Kelibat suaminya yang berada di anjung rumah yang menghadap laman rumah, yang berdiameter sepetak dua meter persegi. Kecil dan tidak terlalu besar. Hanya ada buaian besi dan beberapa pokok bunga yang ditanam rapat. Sederhana bagi ruangan tanah yang tidak besar.
Suaminya, kelihatan banyak termenung di atas buaian yang dibuai malas. Puan Najihah, datang menghampiri gerangan suaminya.
"Assalamualaikum.."tegur Puan Najihah, senyum di bibirnya melebar, saat mata suaminya menatap ke arahnya. "Banyak termenung, sejak akhir-akhir ini saya tengok. Abang, ada masalah ke?" Aju Puan Najihah.
Kisah anaknya lain, risaunya lain. Kisah pasal suaminya pula lain, risaunya juga lain. Dia sebagai ibu dan sebagai isteri. Kadang-kadang berdepan dengan sesuatu yang diluar batas kemampuannya. Namun, kerana mereka juga dia mampu menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Itulah, ajaibnya seorang wanita. Rumah tangga itu kukuh, kerana tunggak harmoni di dalam rumah tangga. Jika suami, melindungi keluarga dari luar. Dia pula, melindungi keluarga dari dalam. Anugerah ciptaan Allah hebat. Itulah kenapa manusia itu dicipta berpasang-pasangan dan berbeza jantina. Saling melengkapi kekurangan, dan bukan mencari kesempurnaan semata-mata.
"Abang...abang, rasa nak masuk dalam." Lafaz pendek dari suaminya, membantutkan dia dari mencegah suaminya masuk ke dalam rumah. Riaksi suaminya, aneh. Dia tertanya-tanya, jika dia ada membuat salah pada suaminya.
Kelakuan suaminya yang ganjil sejak akhir-akhir ini, membuatkan hatinya berdesah rasa kerisauan. Atau...jangan difikir bukan-bukan. Dia kenal suaminya. Bukan lelaki yang sebarangan, memyimpan sesuatu di belakangnya. Mungkin, suaminya itu ada masalah di tempat kerja. Gerutu hati Puan Najihah. Dia cuba bersangka baik, walau hatinya itu di duga sedikit rasa risau.
Bersambung..