2013- Bilik kerja Hanis Syaurah.
MENDENGAR bait kata yang diujar oleh isterinya, membawakan dirinya kepada satu perasaan yang susah untuk dia mengertikan. Sentuhan tangannya ke pipi isterinya, terhenti serta merta pengerakkannya seketika.
Seperti sedang berfikir, dia buntu untuk mempamerkan reaksi sendiri. Mata bening itu, tekun dia menilik dan meramal dalam sangkaannya, mengharap ada jawapan yang dicarinya.
Mengapa...isterinya, meminta jalan perpisahan? kenapa, perlu cerai?
Walau berkali dia cuba mencari jawapan dari roman muka Fathi. Dia masih punya soalan yang tak berjawab. Apakah yang berada dalam benak isterinya?
"Abang.." panggil Fathi, dengan suara yang perlahan. Berdengung-dengung, di hujung panggilannya. Hatinya dipagut sayu.
Seperti tunggul. Meor membekukan dirinya. Soalan demi soalan, terpantul dalam rangka permikirannya. Serasa dirinya, bertimpa-timpa dengan dugaan yang tak berhenti.
Mengapa...jiwanya meruntun.
Jarak dekat di antara mereka berdua, memudahkan Meor untuk merangkul tubuh isterinya. Dibawa isterinya ke dalam pelukan eratnya, dan dia memgharap. Pelukannya dapat menyembuhkan rawan di hatinya walau isterinya telahpun memberinya racun.
Hanis yang masih berada di dalam bilik tersebut, bangun perlahan-lahan. Bergerak semakin jauh di antara kedua suami isteri yang berinteraksi antara satu sama lain, dalam pandangan tanpa suara. Terasa janggal seketika, tatkala dia menyaksikan situasi drama yang berubah mendadak.
"Abang....." Suara perlahan isteri Meor yang kedengaran perlahan membuatkan Hanis, menjeling dengan ekor mata. Namun, kakinya tetap mengatur langkah ke muka pintu.
"Pergi..pergi.." arahnya, dengan isyarat mulut tanpa suara. Mengarah kakitangan pejabat, beredar dari menyaksikan adengan di dalam biliknya. Dia pun, tidak mahu berada dalam biliknya.
"Hantar saya ke rumah mak." Hanis, menoleh tatkala anak telinganya menangkap ungkapan Fathi. Terkejut dia, dengan ujaran isteri Meor yang tiba-tiba minta dilepaskan. Walaupun, dengan kata-kata berolah kiasan. Dia faham maksud itu.
Lama juga, mereka berdua tegak tanpa respon. Hanis menunggu, menanti reaksi dari Meor. Risau pula, Meor melakukan sesuatu yang berada dalam kawalan emosi. Melihat dari skop kejadian tadi, dia tidak menjangkakan lelaki itu akan bersikap lemah lembut. Pekerja-pekerja lain, sudah beredar ke tempat kerja mereka setelah dia menghalau mereka untuk beredar pergi.
Dari lirikkan mata Hanis, wanita muda itu melepaskan beban nafasnya seketika. Seperti mencari kekuatan, wanita itu bersuara. "Ceraikan saya."
Hanis menekup mulut. Apa yang disangkanya, maksud wanita itu, yang cuba menyampaikan maksud kiasannya tadi, benar-benar mengejutkan. Dengan sekali lafas, wanita itu berbicara dengan jelas. Sangat tekad.
Bersambung...