Descargar la aplicación
34.4% Ainaa Sofea / Chapter 31: Chapter 31

Capítulo 31: Chapter 31

HOSPITAL SELAYANG tahun 2013- Aisyah berlari sepantas yang mungkin walaupun pada ketika itu, dia baru sahaja tiba di perkarangan tempat meletak kenderaan. Langsung tak lengahkan diri, hingga dia hampir-hampir sahaja tersungkur di lorong parking kereta, apabila kaki kirinya tersandungkan benteng batu di tepi jalan. Kakinya yang luka berdarah, tak dihirau apabila dia terlalu memikirkan keadaan teman lelakinya. Roman wajahnya pucat lesi, beriak cemas dan diselubungi kerisauan yang melampau. Jiwanya bergemuruh.

Panggilan akhir diantara dia dan teman lelakinya, terputus apabila dia terdengar hentakkan dan jeritan panik di ganggang talian dan akhirnya panggilan itu terputus begitu sahaja. Menyirap perasaan panik yang datang tiba-tiba. Lantas, dia bersegera membuat panggilan kecemasan setelah nombor teman lelakinya itu didail tidak berjawab.

Hatinya berentak tidak senang. Fitrah, ketakutan yang mengusai, membuatkan air matanya berjuraian membasahkan wajahnya. Kemalangan yang berlaku itu, telah berlaku di Tanah Tinggi Genting, dan sekarang dia dikhabarkan teman lelakinya dibawa ke Hospital Selayang. Teman lelakinya, kritikal!

Maklumat yang tidak jelas, menyukarkan dia membuatkan keputusan secara pantas. Hingga, dia hampir-hampir memandu ke Pahang.

Mujur, ibu teman lelakinya menghantar maklumat bahawa anaknya akan dibawa ke Hospiral Selayang. Dia yang berada di Shah Alam terus drive kereta ke Hospital Selayang. Hanya, berseluar tidur dan berbaju t-shirt yang disarung cardigan hitam diluar dengan berselipar dia bergegas ke hospital.

"Nurse..nurse, boleh saya tahu pesakit yang Azam Razdi, ada disini?" ajunya, dalam nafas mengah. Dadanya sempit, menghirup nafas langsung tak dipeduli. Perasaan cemas, membuak-buak.

"Sekejap ya, cik." soalan formal mengaju pertanyaan.

"Cepatlah!!" gesanya, mendesak agar wanita yang beruniform putih memberikan maklumat yang dipintanya secepat mungkin. Dia semakin diburu masa. "Boleh cepat, tak!" desaknya tak henti.

"Boleh cik beri kami masa?" Tindakkan yang agak lambat, membuatkan Aisyah bercekak pingang. Berang dia seketika. Rambut depan yang menutup wajah kusutnya, di sebak ke belakang. Kedua matanya bengkak dengan air mata, diusap kasar dengan belakang tangannya. Marahnya, terasa meluap.

Bang!!! bunyi tumbukkan yang kuat itu, menarik mata-mata yang melihat. "Kau!! Apa masalah kau, hah!! Tak reti buat kerja ke???berhenti sahajalah, kalau itupun terhengeh-hengeh! Dah, biar aku masuk!! Aku buat sendiri! " marahnya meluap-luap.

Aisyah yang cuba masuk ke dalam kaunter, dihalang seorang jururawat muda. Senario agak kecoh, seketika.

Merah tangannya menolak laluan yang menutup ke ruang meja kaunter pertanyaan. Dia yang kelihatan selekeh, dan kusut membuatkan masing-maaing yang lalu menjuihkan mulut dengan riak yang tidak senang. Nyata sikap amarah yang dihambur pada jururawat yang bertugas di kaunter itu, memberikan pandangan buruk pada umum.

"Maaf, cik. Kami tidak boleh benarkan cik masuk. Kalau tidak, kami terpaksa meminta pengawal tahan cik. Ini, dah langgar peraturan hospital." Jawab jururawat, cuba mengawal keadaan. Hakikat itu, terpaksa mereka tempuh agar tidak menambahkan minyak di dalam api yang marak. Mereka tidak mahu, mencetuskan kekecohan yang sedia ada.

Aisyah menolak segala perkakasan yang menjadi perhiasan di atas kaunter dengan roman wajah yang semakin berang. "Sial betul hospital ni!! Lembab!! Nak taip nama pun, macam siput babi?!! Azam Razdi Ahmad Zakaria. Taip cepat sikit, mana wadnya?" ujarnya dalam pertanyaan yang kasar.

"Dia tengah kritikal!!" marahnya lagi. Namun, suaranya makin mengendur dan esaknya pula kedengaran. Tertinggung dia, melepaskan perasaan yang bercampur baur. Memang bukan niatnya untuk memarahi jururawat yang bertugas, namun dia tak boleh lagi menahan perasaan yang bergelumang di tangkai hati. Siapa sahaja yang berada di tempatnya, pasti akan beriak yang sama. Dia takut..takut, tak sempat nak tengok teman lelakinya.

"Maaf, kak." Jururawat yang ditengkingnya tadi, mula serba salah.

"Aisyah..Aisyah.." Aisyah yang terdengar nama dipanggil, menolehkan kepalanya tatkala mengenali suara yang memanggilnya. Lantas berdiri lalu menerpa ke arah seorang wanita yang sedikit berusia, yang sedang memanggil namanya. Wajah wanita itu muram, jelas dipandangan telah dipeluk erat oleh Aisyah. Gadis muda itu, menghamburkan tangisannya dibahu wanita tersebut. Tangisnya melebat.

Setelah selang beberapa ketika, perasaan Aisyah mulai reda. Tangisannya sudah boleh dikawal, apabila dia dipujuk ibu kepada teman lelakinya. Hubungan mereka yang akrab, seolah-olah ikatan anak dan ibu. "Ibu.." esaknya masih kedengaran, di hujung panggilannya.

"Ibu dah tengok Azam?" tanya Aisyah, mengelap wajahnya yang basah dengan tangisan air mata.

Puan Laila mengeleng. "Belum."

Aisyah mengangguk. Tahulah dia, bahawa teman lelakinya masih dalam rawatan rapi. Namun seketika, perasaan sebak datang mengundang di hatinya. Air matanya, tumpah lagi. Segala perasaannya, bagai berkecamuk di dalam hatinya.

Puan Laila memujuk Aisyah. Hatinya turut dirundung rasa sebak yang bertandang. Dia, sebagai seorang ibu yang melahirkan, lagi terasa bahkan, seperti dia mendapat satu tamparan yang hebat yang maha dasyat. Anak itulah, yang dikandung susah payah. Dilahir dan dijaga dengan kudratnya dari kecil hingga besar tiba-tiba berlaku situasi yang tidak terduga seperti ini. Ibu mana saja yang dapat menahan perasaan.

Dalam Aisyah menanti debarannya reda, apabila dia menunggu maklum dari doktor yang merawat teman lelakinya. Aisyah telah menerima beberapa panggilan yang tak henti-henti dan telah membuatkan dirinya rimas. Berbelas panggilan memenuhi log panggilan, dari rakan sekerjanya. Kerana dirasakan panggilan itu tidak memberikan apa-apa kepentingan dan kerana rimas diganggu tanpa henti. Aisyah mematikan telefon bimbitnya.

"Ya Allah...tolong, selamatkan Azam." gumamnya, bermunajat pada Ilahi. Hanya pada Allah, dia bergantung harap. Tiada mampu dirinya, hanya pada yang satu.

...

MEOR menghempaskan telefon bimbitnya di atas sofa, sebelum gajet kecil itu melantun ke lantai dan berkecai. Nafas amarah yang turun naik, membuatkan dia diamuk perasaan berang. Panggilan yang tidak berjawab itu, membuatkan dia bertambah-tambah marah.

Fathi yang duduk di hadapan meja solek hanya melihat tingkah suaminya, dengan pandangan yang kosong tanpa perasaan. Helaian baju bersaiz kecil itu, di peluk dalam dakapan. Matanya yang sedia membengkak, menangis lagi. Anak yang dikasihi itu, hilang tak berjejak. Panggilan dari pegawai polis itu, telah merealisasikan cerita dalam halaman blog tersebut sehingga memberikan dirinya satu kengerian. Malah, suaminya seperti dirasuk satu ketakjuban tatkala halaman blog tersebut, sentiasa dibaca berulang kali.

"Angah!" Bunyi barang yang berkecai yang kedengaran dari arah bilik, membuatkan Encik Mikail bergegas datang ke bilik anak lelakinya

Meor, mengalihkan pandangan ke arah bapanya. Serta merta, amarah yang memuncak terpadam tatkala bapanya bertandang ke bilik. Ibunya yang muncul kemudian, membuatkan dia terduduk di birai katil. Jiwanya yang berkecamuk, menjadikan dirinya tidak waras. Tangisnya bergema.

Bersambung...


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C31
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión