Descargar la aplicación
27.95% Ainaa Sofea / Chapter 25: Chapter 25

Capítulo 25: Chapter 25

Balai polis-Selangor tahun 2013

WAZIFF, yang baru sahaja habis waktu bekerja, membuka jaket uniform yang tersarung dibadannya lalu disangkut jaketnya di atas kepala kerusi sebelum dia duduk menyandar.

Penat lelah seharian, beberapa hari bebar-benar melelahkannya. Pencarian yang diarahkan oleh ketua sektor tentang budak hilang juga, masih belum ditemui. Kasihan sungguh nasib keluarga kanak-kanak tersebut. Hilang, tidak tahu ke mana. Sehingga rakannya yang berkerja di sektor penyiasatan juga, buntu dengan kes yang tak jumpa jalan penyelesaian.

"Weh, balik." sapa Hakim, rakan sejawat yang bekerja sama syif dengannya. Waziff, hanya senyum kecil dengan kening terjongket ke atas.

"Kau..tak balik?" tanya Hakim, apabila rakan yang disapa. Tidak menjawab sapaannya. Dia bergerak ke arah kerusi dan mengambil tempat, lalu duduk di atas kerusi. Dia menanggalkan kasut boot kerjanya dan menukar dengan kasut biasa. Kemudian dikemaskan, sebelum disimpan ke dalam locker kerjanya.

"Balik." Jawab Waziff sepatah. Lemah, tidak semangat.

Nak balik awal sekalipun, tiada isteri yang menunggunya pulang kerana isteri duduk di rumah kakak iparnya. Keluhnya, malas. "Kau nak balik teruslah ni.." tanyanya pula, pada rakannya yang sudahpun menukar uniformnya dengan persalinan biasa. Beg sandang, dipakai di belakang badan.

Rakannya itu, lebih gemar menukar baju setiap kali syif kerja mereka tamat. "Haah..bini tengah tunggu di rumah." sengihnya. "Nanti balik lewat, takut bini meleter." tambahnya, dalam tawa. Suasana bahagia terpancar di roman muka Hakim, yang bakal menimang cahaya.

"Ceh!!" Sungut Waziff, dalam sengih yang mengejek. "Baliklah..aku pun nak balik juga." ujarnya, membaling cawan kertas kosong pada rakannya. Hakim mengelak. Kemudian melebarkan sengihnya dengan ejekkan yang tak kena dengan balingan kawannya.

"Hei..kau takut balik ke, apa??" tanya Hakim, berlengah di muka pintu.

Waziff berkerut dahi." Taklah..bini aku dekat rumah kakak ipar." jawab Waziff, dungu.

"Tulah kau...nanti kawin dua. Isteri tua merajuk, balik kerumah isteri muda. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga..haha" nyanyi Hakim, rentak lagu Dato Sri P. Ramlee dari filem lama 'Madu tiga'.

Kedua-dua kening Waziff terjongket-jongket, melayani kerenah rakannya. Kakinya, berentak sama. Menari spontan, mendekati Hakim yang turut sama menari kecil. Namun, reaksi pantas Waziff cepat bertindak apabila, lengannya merangkul kepala Hakim, dengan tangannya meluku kepala rakannya. "Hangguk kau!!" lekehnya.

"Ahh..aduh!! aduh!" Hakim, menolak Waziff jauh darinya. Kepalanya yang sakit, digosok cepat. "Eleh, kau...takut binilah tu." perli Hakim, dalam ketawanya. Beg sandang, yang dipakainya hampir melurut dari bahunya.

"Alah..kau. Cakap banyak. Kau takut bini ke?" sindir Waziff, baju t-shirt hitam yang tergantung di dalam lockernya, diambil. Disarung ke tubuhnya.

"Bukan takut bini..." jawab Hakim, panjang.

"Haah...bini tak takut kita.." sampuk Waziff, sehingga membuak-buak tawa mereka. Terteleng-teleng kepala Hakim, ketawa galak. Begitu juga, Waziff yang masing-masing terpaksa mengakui fakta yang mereka sebutkan. Bukan mereka tak berani nak kawin lagi, tapi..isteri zaman malenia ini. Kebanyyakkan tak menghormati suami.

...

Hospital Kuala Kangsar

Lewat malam.

KELIBAT jururawat, yang lalu lalang di koridor hospital di wad kecemasan bergerak dengan sibuk. Ada sahaja, siren ambulan membingit membawa pesaki-pesakit baru. Zahrah, menunggu, di kerusi panjang menanti kedua-dua anaknya yang akan dibawa keluar, untuk ditukar ke dalam wad pesakit biasa. Buat masa ini, kedua-dua anaknya masih belum sedar dari siang tadi.

Sementara leka, mengira detik waktu berlalu. Panggilan dari telefon bimbitnya berdering, memaparkan nama menantunya di log panggilan. Waktu sudah menunjukkan, lewat tengah malam.

Keluhan berat, berkeluh di kerongkongnya. Panggilan disambut, "Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam, mak. Sofea di dalam wad?!" suara Waziff, kedengaran cemas di hujung talian.

"Bila?? kenapa?? Kalau macam itu, saya balik Perak sekarang." tanya menantunya, ingin tahu. Sempat juga, dia membuat keputusan. Lagipula, ini hal kecemasan. Tak salah, dia memohon cuti kecemasan.

Pesanan ringkas ibu mentuanya, membuatkan dia kerisauan. Sejak bila isterinya balik ke Perak. Sudahlah, diberitahu bahawa isterinya ditahan wad?! Sebab apa, isterinya ditahan?? Mujur, maknya ada..Dan..kenapa, dia tak dimaklumkan oleh isterinya langsung, bahawa isterinya balik ke kampung?? "Mak.." Waziff, tak mampu mengawal perasaanya, apabila dia dapat berita mengenai isterinya. Ada apa-apa yang berlaku pada isterinyakah??

"Sofea, tak ada apa-apa. Pengsan sahaja. Mak ada, teman mereka sekarang. Waziff, tak perlu risau. Lagipun, jauh kamu nak balik." pesan Zahrah, cuba menenangkan menantunya yang berada jauh, di negeri kota.

"Mereka?? Kak Ainaa pon sama, ke mak?? mereka eksiden ke??" tanyanya, tatkala ibu mentuanya menyebut 'mereka'. Bertambah-tambah kerisauannya, memuncak.

"Tak..mereka tak eksiden. Cuma, kurang nutrisi..maltrisi?? itu, yang pengsan. Entahlah, itu yang doktor beritahu emak tadi." tutur Zahrah, cuba menerangkan perkara sebenar walhal, ada sesuatu yang tidak dilaporkan pada menantunya secara terperinci.

Keluh kelegaan, terdengar dicorong bualan. "Saya balik pagi esok, kalau macam itu. Apa-apa, mak call je saya." jawab Waziff sebelum talian panggilan dengan ibu mentuanya, diputuskan. Lega hatinya, kerana keadaan isterinya tidak berada dalam kritikal. Cuma pitam sahaja.

Esok pagi, dia akan pulang ke Perak dan terus ke Hospital Kuala Kangsar.

Bersambung..


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C25
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión