Descargar la aplicación
78.19% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 103: Doktor Sarah Mendarat di Zuria

Capítulo 103: Doktor Sarah Mendarat di Zuria

Beberapa jam berlalu dan kini pesawat yang dinaiki oleh Doktor Sarah telah mendarat di Lapangan Terbang Zuria dengan selamat.

Setelah melalui beberapa proses pemeriksaan, Doktor Sarah menaiki sebuah teksi. Teksi itu membawanya ke bangunan bursa saham Zuria atau lebih dikenali dengan nama APR ZURIA Exchange di kalangan rakyat Zuria.

Sebelum dia bertolak dari Pasadianka, Doktor Sarah telah membuat temujanji dengan Raven, kenalan yang merupakan seorang ahli perniagaan terkenal di kotaraya itu. Dia telah berjanji untuk membawanya berjumpa dengan Sean. Individu yang telah banyak menderma kepada Yayasan Rahsia Hati.

Kelihatan Raven melambai-lambai Doktor Sarah dari jauh sebaik sahaja wanita itu turun daripada teksi. Doktor Sarah melemparkan senyuman dan melambai kembali apabila dia melihat Raven. Tanpa berlengah lagi, dia terus pergi ke arah Raven yang sedang menunggu di seberang jalan.

"Hai Raven!" ucap Doktor Sarah. Mereka berpeluk mesra.

"Lama tunggu?" tanya Doktor Sarah.

"Lama juga. Sempat saya cuci kereta saya di sini" Raven berseloroh.

"Betul ke? Maaflah kalau saya buat awak menunggu"

"Hahaha! Saya gurau saje. Kita nak ke mana sekarang ni?"

"Apa kata kalau kita pergi minum dulu." Doktor Sarah memberi cadangan.

"Bagus tu. Tapi awak yang belanja okey….." Raven mengenakan syarat.

"Yalah..."

"Okey. Set go… …." Kata Raven keriangan. Mereka berdua bergerak dengan penuh keriangan.


Capítulo 104: Misi Ikran

"Ya. Saya ke sini untuk menjalankan satu tugas yang penting. Untuk menghapuskan klon-klon pemburu ciptaan Doktor Fendi." terang Ikran. Wajahnya serius. "Sekarang tolong bawa saya berjumpa dengan Marina" Ikran membuat permintaan.

"Kamu kenal Marina?" soal Puan Leela.

"Ya, Doktor Adam Raufal telah memperkenalkan dia kepada saya dahulu. Saya perlu bawa dia ke satu tempat. Ini adalah arahan daripada Doktor Adam Raufal, saya hanya menurut perintah." Tambah Ikran lagi.

"Baiklah. Saya cuba hubungi dia" Puan Leela mengangguk, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Marina. Dalam hatinya terdetik satu persoalan. Bagaimana Doktor Adam memperkenalkan Ikran kepada Marina?


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C103
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank 200+ Clasificación PS
Stone 0 Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión

tip Comentario de párrafo

¡La función de comentarios de párrafo ya está en la Web! Mueva el mouse sobre cualquier párrafo y haga clic en el icono para agregar su comentario.

Además, siempre puedes desactivarlo en Ajustes.

ENTIENDO