cempaka memandang jendela bilik tidurnya. tiga hari tanpa kehadiran suaminya yang kini mungkin berada di kota matahari terbit. hatinya rindu. rindu yang tiada siapa tahu. pagi hingga ke malam terasa jarum jam berputar dengan perlahan. dia harus membiasakan diri. inilah hidupnya selepas ini.
tok..tok..
" masuk..." cempaka berpaling melihat siapa yang datang.
" puan..tuan bongsu datang.." maklum mira dengan senyuman manisnya.
cempaka mengangguk.
" hidangkan minuman ke ruang rehat. sekejap lagi saya turun.." cempaka memang menantikan kehadiran pemilik villa nombor 5 ini.
" baik puan.. ermm chef ada buatkan kuih dengan bubur kacang. nak saya hidangkan sekali?" mira teringat hidangan yang disediakan chef di dapur tadi.
" wow.. sedapnya.. bolehlah.. bubur kacang tu favorite saya tu.." tiba-tiba mata cempaka berbintang-bintang. terujalah. terus hilang rasa rindunya pada suami.
mira mengangguk lantas berlalu. menutup pintu rapat. memberi ruang puannya berhias.
ikman memerhati sekeliling villa yang berubah 100%. berbeza keadaannya dari sebelum ini. sekarang barulah nampak ada kehidupan dalam rumah ni. ada lah jugak unsur warna-warni dan seni. takdelah suram kaku macam abang sulungnya.
" tuan bongsu nak minum air apa?" tanya mira yang entah bila masa muncul tanpa disedari ikman. bunyi derap kakinya juga pun tidak didengari ikman. terbang kut.
" apa-apa sahaja.. asalkan boleh minum.." inilah sikap ikman yang sangat disukai oleh semua orang. sempoi dan santai serta tidak banyak kerenah serta easy going.
" ermm mira.. nescafe.." sampuk cempaka yang baru muncul.
mira mengangguk dan terus hilang ke ruangan dapur.
ikman bangun tanda hormat kepada tuan rumah. formal sungguh gelagatnya.
" duduk lah.. tak payah nak formal-formal bagai.." cempaka mempersilakan ikman duduk. kemudian dia juga turut melabuhkan punggungnya.
" kak ipar sihat?" tanya ikman berbasi-basi.
" sihat.. man panggil big boss apa?"tanya cempaka dengan suara mesranya. dia sudah mengenali ikman daripada zaman ikman sekolah rendah lagi.
" kat rumah.. panggil abang long.. kat office panggil boss.." baik ikman menjawap soalan kakak iparnya.
" kalau gitu panggil cempaka... kak long lah.. baru sedap sikit.. " cempaka mencuba menghilangkan kejanggalan. rasa tidak sedap dan selesa dipanggil kak ipar.
" boleh..boleh.. boleh kak long.." amboi ikman. teruja bebeno.
" orkid cakap dia ada bagi barang kak long dekat man.."
laju ikran memberikan barang yang disebut cempaka.
cempaka menyambut huluran ikman.
" terima kasih.."
ikman mengangguk. matanya teruja melihat hidangan minum petang yang baru disusun tulang gaji baru villa abangnya.
" abang long bila balik?" ikman bertanya tentang tarikh ikran kembali. ingin menyiapkan mentalnya.
" katanya seminggu.. tapi tak pasti lagi.."
ikman mengangguk.
" kak long.. terima kasih tentang hal minggu lepas." ikman teringat tentang kejadiam minggu lepas.
cempaka mengerut dahi. kejadian apa ya? dia sudah lupa.
" tu yang abang long kerah kami kerja 24 jam tu.." ikran mengingatkan cempaka detik-detik ikran bad mood minggu lepas.
ohhh.. cempaka ketawa.
" takpe.. hal kecil je tu.."
ikman ketawa. kelat.
" kak long.. mungkin bagi orang lain itu hal kecil.. tetapi besar maknanya bagi kami staff tid kak.." ikman mula meluahkan perasaannya.
cempaka cuba menghadam maksud kata ikman. keningnya dijongket tanda minta penjelasan.
" kak long... along ti diktator.. rasanya hitler dengan along.. along lagi dasyat.." ikman menghentikan ceritanya dulu. tengok kiri kanan. tarik nafas. kutlah ada orang alongnya pasang telinga. hehe.. tahu takut.
" lagi.. jarang ada orang boleh ubah keputusan along. kalau a along cakap.. a lah.. umi pun tak berani bantah. sekarang kami anggap kak long sebagai penyelamat kami." tinggi harapan ikman sebenarnya. semoga dengan pernikahan ini,ikra akan berubah menjadi lelaki yang mampu bertolak ansur.