"kris ?" ucap jenna yang berada di sebelahnya setelah bangun daripada tidurnya . crystiana langsung menoleh ke arahnya .
" kenapa tak tidur ? perjalanan jauh lagi " soal jenna dengan mamai lalu meregangkan seluruh otot otot dibadannya . pemandangan di atas awan sudah pun bertukar dari gelap ke cerah .
"i cant sleep "balas crystiana lalu memandang ke luar tingkap . dia menghabiskan seluruh masanya semasa penerbangan dengan mendengar lagu sambil memandang pemandangan di atas awan .
"nightmare ?" soal jenna namun tiada balasan daripada crystiana .
" get some sleep . nanti aku kejutkan kau bila dah sampai nanti " ujar jenna dengan risau setelah mengetahui crystiana tidak mendapat sebarang rehat sepanjang perjalanan.
"forget about me . kita nak mendarat lagi 3 jam . pesankan breakfast untuk aku . aku nak tukar baju "ucap crystiana lalu bangun daripada tempat duduknya dan menghala ke bilik air untuk menukar pakaian yang dipakainya sejak festival semalam . jenna yang melihatnya langsung memanggil salah seorang pramugari tersebut .
sejurus sahaja mereka sampai di airport , crystiana dan jenna berhenti kaku di tengah tengah jalan pintu masuk . mereka menarik nafas dengan sedalam dalamnya sebelum dilepaskan dengan berat .
"here we go .... our homeland" ucap crystiana .
" such a nice weather " ujar jenna pula . reaksi wajah mereka kosong tanpa sebarang perasaan .
"lets go" ucap crystiana sambil menggengam erat tangan jenna lalu mereka langsung menuju ke syarikat sze tanpa melengahkan masa lagi
" cik jenna dan cik belle white dah sampai " ucap sofia yang merupakan penyambut tetamu kepada lendyia melalui telefon .
"tunjukkan dia jalan ke bilik mesyuarat " arah lendyia kepada sofia dengan suara yang menjengkelkan .
" baik cik" balas sofia .
"dia ni naik gajah ke apa lambat sangat nak sampai ? aku ni banyak lagi kerja nak buat . nak tunggu dia sign contract pun susah . apa dia ingat dia tu terkenal sangat ke kalau setakat tergedik gedik dekat depan orang ramai . aku pun boleh buatlah" marah lendyia lalu menghembuskan nafasnya dengan berat dan bangun daripada kerusi pejabatnya . sejak kecil lagi lendyia sudah diberi amaran oleh kedua ibu bapanya malah atuk dan neneknya supaya tidak menceburi mana mana bidang yang berkaitan dengan industri hiburan kerana pada pendapat mereka pekerjaan tersebut seperti tidak bermaruah kerana menjual diri supaya disukai oleh ramai orang . oleh kerana perkara tersebut sentiasa diulangi oleh mereka , lendyia menjadi terpengaruh akan ucapan mereka yang membuatkan dia juga tidak menyukai mana mana artis atau pelakon . dia juga sempat membantah keputusan zack untuk mengambil crystiana menjadi duta syarikat mereka kerana percaya perkara tersebut akan menjatuhkan maruah syarikat sze .
"ergh . aku tunggu dah lama dah . tak boleh punctual sikit ke ? ingat senang aku nak dapat pegang projek besar macam ni ? fuhhh relaks len relaks . sabar . apa pun kau kena tetap senyum barulah zack dapat bangga dengan kau . " ucap lendyia lagi sambil melihat pantulan dirinya di cermin sebelum pergi menemui crystiana dan jenna .
" hi my name is lendyia and im the one who in charge for this mega project " ucap lendyia memperkenalkan dirinya lalu berjabat tangan dengan crystiana dan jenna .
"im belle white and this is my manager miss jenna " ujar crystiana pula memperkenalkan dirinya dan jenna lalu kembali duduk di kerusi berhadapan dengan lendyia .
"did you need anything ? cofee ? tea ?" soal lendyia
" two black cofee please "minta crystiana .
"sofia . two black cofee . yes . meeting room . alright . "
"so ive already read your profile and you actually born at this country . "ucap lendyia .
"yes ."
"can you speak our language as im the one who are very strict when it come to my country . i feel like its offend the country when you speak other language"
"what?" soal crystiana seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya .
" saya akan menerangkan segala maklumat dalam kontrak ini menggunakan bahasa ibunda . saya harap cik belle dapat memahami apa yang saya ucapkan "
"you.." crystiana lantas memegang tangan jenna sebelum sempat jenna membidas kembali ucapan lendyia .
"sure . sila mulakan . " balas crystiana dengan senyuman . jenna yang melihatnya langsung bersandar kembali dikerusinya .
"tok tok tok"
"masuk " arah lendyia
"ini black cofeenya cik lendyia " ucap sofea .
"berikan dekat cik belle dan cik jenna " arah lendyia .
" jadi sila baca isi kontrak ini dulu . " ucap lendyia dengan memberikan kertas kontrak tersebut setelah sofea beredar daripada bilik itu . crystiana mengambil masa hampir 15 minit untuk membaca dan memahami seluruh isi kontrak tersebut sambil menghirup black coffee miliknya manakala jenna yang berada disebelahnya hanya memerhati tingkah laku lendyia yang menyebalkan hatinya itu .
"cik belle bersetuju ?"
"ya . tetapi di dalam kontrak tersebut ada menyatakan yang saya kena berada di dalam syarikat ni setiap bulan . maksudnya?"
" cik belle akan mendapat pejabat setelah mendatangani kontrak ini bermakna cik belle wajib berada di dalam pejabat walaupun hanya sebulan sekali . "
" macam mana dengan bayaran saya pula ?"
" pihak atasan kami bersetuju dengan harga yang ditetapkan oleh cik belle . cik belle boleh tuliskan harganya di ruang kertas tersebut"
"jadi saya akan tanda tangan di sini?"
" ya di situ "
Tanpa melengahkan masa lagi , dia langsung menurunkan tanda tangan dan cop ibu jarinya di setiap muka surat sebelum memberikan kembali kertas kontrak tersebut kepadanya setelah berpuas hati dengan kontrak yang diberikan kepadanya .
"ini adalah syarat yang diletakkan oleh pihak kami ." ucap crystiana dan memberikannya kertas yang berisi syarat yang diletakkannya. lendyia mengambil dan membacanya dengan teliti sebelum bersetuju dengan syarat yang ditetapkan olehnya
" tahniah cik belle white kerana bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat sze . saya harap cik belle dapat mengikut setiap peraturan yang ditetapkan disebabkan bayaran denda yang dikenakan, sangat tinggi" ucap lendyia sambil berjabat tangan dengannya . crystiana membalas senyumannya sebelum membidas kembali ucapannya .
" terima kasih . saya pun berharap projek ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dengan pihak pengurusan disebabkan denda yang dikenakan juga adalah tinggi " lendyia langsung tersenyum sumbing dan menunjukkan crystiana dan jenna jalan ke luar .
" have a good day miss lendyia " ucap jenna bersama senyuman yang terpaksa
"cik juga " balas lendyia sambil menunggu crystiana dan jenna untuk segera beredar .
"lets go " ujar crystiana pula kepada jenna .
mereka segera menaiki kereta dan kembali menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan yang seterusnya iaitu penerbangan ke amerika pada jam 12 tengahari . mereka berdua bersetuju untuk membeli tiket balik oleh kerana mereka tidak berkeinginan untuk bermalam di negara tersebut dan lebih rela berhabis duit untuk kembali ke apartmentnya untuk beristirehat . mereka tidak mahu dan tidak rela untuk berlama lama di negara yang menjadi tempat kesengsaraannya selama dia hidup . terlalu dalam benci yang disimpannya sehingga tidak dapat diluahkan dengan kata kata .
"hello" ucap zack setelah mengangkat panggilan telefonnya . dia baharu sahaja sampai di rumahnya setelah mengambil penerbangan yang melakukan penerbangan transit.
"cik belle white sudah tanda tangan dengan contract tersebut tuan "
"oh " hanya itu sahaja yang mampu diucapkan zack ketika itu . perasaan gembiranya tidak dapat diluahkan dan diucapkan . apa yang dia perlu buat ? apa yang dia perlu buat ?
"thanks" zack segera mematikan panggilan tersebut dan mencampak briefcasenya di lantai sebelum menarik rambutnya menggunakan kedua belah tangannya .
" what should i do? what should i do? " soalnya berulang kali sambil bermundar mandir di dalam bilik kerjanya.
"arghhh apa yang kau baru buat ni ryannnnn" jeritnya pula .
" kenapa kau obses sangat dengan dia ? kau sendiri belum tahu lagi dia siapa ? kau buat kerja gila tau .apa dah jadi dengan kau ni? arghhh"
"krekk " pintu bilik kerjanya dibuka perlahan .
"abang ? apa yang dah terjadi ni? dah tak betul dah lepas balik korea? kena sampuk dengan hantu sana ke?" ucap zent dengan mamai bersama kelopak matanya yang separuh terbuka manakala tangannya pula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu . zack lantas memusingkan kepalanya melihat ke arah pintu .
"tch . dah lah bangun lambat . tak kerja . tak belajar . kau nak jadi apa ni ? dah pergi sana . main jauh jauh . jangan kacaulah . aku tengah sibuk ni " balas zack lalu mengemaskan rambutnya yang kusut masai itu menggunakan tapak tangannya sebelum bergerak menuju ke almari failnya untuk mengambil beberapa fail kerjanya . pintu bilik dibelakangnya kedengaran ditutup rapat . zack sekali lagi menghembuskan nafasnya dengan berat lalu memusingkan kembali tubuh badannya sebelum matanya memandang ke arah sofa di hadapannya .
"argh aish . terkejut aku . kau nak apa duduk sini ? bukan tadi kau tutup pintu ke? "soal zack setelah terkejut melihat zent sedang duduk di sofanya sambil memerhatikan gerak gerinya .
" ada something berlaku ke?"soal zent . ngantuknya langsung hilang dengan serta merta setelah melihat perilaku abangnya yang berjaya menarik perhatiannya .
"kau nak tau buat apa . bukan kau kerja dekat syarikat tu "
"ala bagitahu jela . pasal belle white ke?"
"....."
"kan . pasal dia kan ? kan . kan . kan . kan . ha kan dah agak . ha kenapa dengan dia ? hm jap . harini 1 januari . semalam dia pergi music festival . so harini dia pergi sign contract kan ? so jadi ke ? dia sign ke ?" soal zent dengan bertalu talu tanpa henti .
"..."
" hish . dah kenapa diam . orang tanya ni . dia sign ke tak ?"
" not your business . now get out "
" hm kesian dia . mesti dia penat gila kan . dia nonstop terbang sana sini kot . confirmlah kena jetlag . mesti dia balik america balik kan . bayangkan dia kerja tak berhenti selama 24 jam "
" lepas ni schedule dia apa ?"
"...."
"fine . dia sign . puas ?"
" lepas ni katanya dia nak sambung balik buat music . so maybe dia dapat rest . adik rasalah . tapi kalau buat music balik mestilah busy kan . tch . macam manalah agaknya hidup dia tu takdapat rest langsung "
" dah keluar . jangan ganggu aku lagi . dah keluar"
"tak nak . harini abang cuti . tak payah nak tipu . jom teman adik main xbox . bosan ni takde kerja apa apa ."
"kelakarlah tu . dah jadi penganggur tu carilah kerja . jangan nak sebarkan virus pemalas tu dekat orang lain . dah syuh syuh "
"tch . sombong . kita tengok nanti kalau dia bosan dia cari siapa . kita tengok . kita tengok ."