Descargar la aplicación
10.01% PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 104: Cara Bertempur Yang Tidak Diketahui

Capítulo 104: Cara Bertempur Yang Tidak Diketahui

Editor: EndlessFantasy Translation

Semua orang berdiri dengan senyap di dalam dewan makam yang cerah itu. Seluruh tempat tersebut menjadi senyap seribu bahasa.

Setelah sedikit masa telah berlalu…

"Abang Feng, macam mana sekarang? Bos ini terlalu menakutkan. Mustahil untuk kita membunuhnya," tanya Si Hitam sambil memandang Shi Feng.

Di situasi yang lain, Zhao Yueru berkata dengan putus asa, "Salji, nampaknya kita tak akan dapat melepasi Dungeon ini."

Ahli-ahli pasukan yang lain juga mengangguk setuju. Tiada kebodohan yang lagi hebat daripada mencuba sesuatu yang mereka sudah tahu mustahil.

"Habis? Putus asa sahaja?" Bulu mata lentik Salji Lembut menggeletar sedikit, pandangan matanya yang jernih mengalih terhadap lembaga Raja Kobold lagi sekali. Mereka telah sampai ke sini setelah mengharungi pelbagai kesusahan. Apakah mereka hanya akan berputus asa seperti ini?

[Raja Kobold Leo] [Pangkat Tuan]

Tahap 6

HP 120,000/120,000

Tidak mengambil kira bilangan HP-nya yang menggerunkan, hanya perkataan-perkataan "Tahap Tuan" sudah mencukupi untuk menggoyahkan pemain. Maksudnya, terdapat salah satu aspek pada makhluk ini yang terlalu menakutkan, sama ada dari segi kepantasan, kekuatan, atau sihir. Hanya berdasarkan pada aura menggerunkan yang dikeluarkan daripada badan Raja Kobold, ototnya yang menonjol-nonjol bagaikan besi, pedang besar hitam legam yang setinggi seorang lelaki dewasa yang tertusuk ke dalam lantai… Belum sempat mereka menggempur Raja Kobold ini pun, semua orang sudah tahu tiada cara untuk mengatasinya.

"Apa kata kita cuba dulu? Tetakan Berhantu, cuba uji kemampuan Bos ini terlebih dahulu. Yang lain, tinggalkan dewan ini dahulu," kata Salji Lembut setelah berfikir sejenak.

Salji Lembut masih berniat untuk mencuba nasibnya dengan Bos ini. Dia berharap dapat mencari strategi untuk menewaskannya.

"Mari kita pergi dahulu," kata Shi Feng juga.

Fikiran Salji Lembut sama seperti fikiran Shi Feng. Dia akan membenarkan MT menguji Bos itu, sambil disaksikan pasukannya. Dengan itu, dia akan ada alasan yang wajar apabila dia mendedahkan strateginya.

Berikutan itu, Pahlawan Pelindung, Tetakan Berhantu mengaktifkan rakaman videonya, meluru ke arah Raja Kobold berseorangan.

Sementara itu, pintu-pintu batu tebal dan berat yang menuju ke dewan tersebut mula menutup.

Sebaik sahaja Tetakan Berhantu berada di tengah-tengah Rempuhannya, Raja Kobold tiba-tiba membuka matanya. _Kachak_ Raja Kobold menarik keluar pedang hitamnya dari lantai dengan selamba. Kakinya yang sasa tiba-tiba meletup dengan penuh kekuatan sambil ia menghala ke Tetakan Berhantu.

Seperti ribut yang kencang, Raja Kobold meluru ke arah Tetakan Berhantu.

Badan Tetakan Berhantu kaku kerana ketakutan. Dia bertindak cepat dengan mengangkat pelindungnya, menghalang dadanya.

Dalam sekelip mata, sinaran cahaya hitam bersama dengan bunyi letupan, melanggar pelindung itu.

_Hong!_

Seluruh badan Tetakan Berhantu tercampak dan kemusnahan 633 mata muncul atas kepalanya. Seluruh tangannya kebas akibat serangan tersebut. Jika dia tidak menggunakan pelindungnya untuk menghalang tadi, sudah tentu dia telah maut serta-merta.

Tetakan Berhantu berasa teknik-tekniknya sendiri bagus, lagipun dia seorang ahli elit Ouroboros. Lebih-lebih lagi, tugasnya sekarang bukannya membunuh Bos ini pun. Jika dia tidak mampu memaksa Bos ini mendedahkan kuasa-kuasanya yang tersembunyi, sudah tentu dia hanya akan memalukan diri.

Tetakan Berhantu berdiri dengan tiba-tiba. Dia meneguk sebotol Ubat Jana Semula Asas dan mengembalikan HP-nya ke lebih separuh daripada jumlah keseluruhan. Sebaik sahaja dia mempertimbangkan pertempuran kedua dengan Bos tersebut, dia tiba-tiba menyedari Bos tersebut sudah pun berdiri di belakangnya, pedang besarnya terangkat tinggi. Dengan tiba-tiba, Raja Kobold menetak Tetakan Berhantu dengan pedang besarnya.

Dinding Pelindung!

Tetakan Berhantu tidak lagi mempunyai pilihan untuk mengelak serangan tersebut. Dia hanya mampu menggunakan kemahiran penyelamat nyawanya supaya dapat menyerap serangan penuh kuasa itu.

Apabila digunakan, Dinding Pelindung akan mengurangkan kemusnahan yang diterima pengguna sebanyak separuh selama 12 saat.

Pedang hitam yang diukir dengan abjad-abjad kuno itu menjunam semula. Walaupun Tetakan Berhantu telah menggunakan pelindungnya untuk menangkis serangan itu lagi sekali, dia terpaksa menggugurkan dirinya ke posisi melutut akibat tekanan yang terhasil. Batu-bata di bawah tapak kakinya meretak seperti sarang labah-labah dan HP-nya menjunam serta-merta sebanyak 426 mata, meninggalkannya nyawa-nyawa ikan.

Raja Kobold kemudian menendang sisi perut Tetakan Berhantu. Tetakan Berhantu melekatkan dirinya pada dinding dengan tidak berdaya dan HP-nya terus menjunam ke sifar.

Hanya tiga saat telah berlalu sejak permulaan pertempuran itu. Dengan begitu sahaja, seorang MT yang dilengkapi peralatan tahap tertinggi telah mati.

Lebih-lebih lagi, belum sempat kedua-dua pintu batu tertutup, ia telah terbuka semula.

Semua orang memandang Tetakan Berhantu yang melekat pada dinding dengan terkejut.

_Apa yang sedang berlaku?_

Pintu tersebut baru sahaja tertutup sebelum terbuka semula, tetapi MT mereka sudah pun mati…

"Yue'er, bangkitkan Tetakan Berhantu semula," kata Salji Lembut dengan air muka muram.

Pembunuhan Tetakan Berhantu dengan begitu pantas merupakan petanda jelas betapa kuatnya Bos ini.

Setelah Tetakan Berhantu dihidupkan semula, air mukanya kekal muram. Dengan berat hati, dia berkongsi rakamannya dengan semua rakannya, membolehkan mereka semua menganalisa kekuatan Bos itu.

"Kuat!" kata Zhao Yueru dengan terkejut, "Kepantasan umum dan kepantasan reaksinya, kekuatan ini, corak-corak serangannya yang kerap berubah… Betulkah ini NPC? Pasti ke ia bukan seorang pakar seni tempur yang menyamar?"

Sebelum sempat menyaksikan Bos ini bertempur, semua orang sudah boleh merasakan betapa kuat Bos ini. Sekarang, setelah menyaksikannya dengan mata sendiri, selain terkejut, mereka juga tergamam. Walaupun dengan kemahiran Tetakan Berhantu, dia telah gagal menyakiti Bos tersebut walau sedikit pun. Keadaan ini cukup menggerunkan.

Jika dibandingkan Raja Kobold dengan makhluk Tahap Tinggi yang ditemui Salji Lembut sebelum ini, ia hanya seumpama seekor arnab kecil.

Bagi kumpulan Shi Feng pula, yang pernah bertempur dengan seekor Bos Tahap Tuan sebelum ini, setelah menonton rakaman itu, mereka pun berasa was-was.

Seperti yang dijangka daripada Bos Tahap Tuan dalam sebuah Dungeon Pasukan, berbanding Bos Tahap Tuan sebuah Dungeon Kumpulan, ia beberapa kali ganda lebih kuat. Kepantasan dan kekuatannya sudah menjadi masalah, apatah lagi corak-corak serangannya yang sering berubah. Terdapat terlalu banyak variasi. Ia seolah-olah mereka bertempur secara jarak dekat dengan seorang pakar. Lagipun, atribut-atribut fizikal pakar ini berlipat kali ganda lebih kuat daripada mereka. Bagaimana mereka dapat meneruskan pertempuran dengan Bos ini?

Walaupun Abang Feng mereka amat kuat, dia pun mungkin tidak akan mampu bertahan lama jika melawan Bos ini. Manakan tidak, Bos ini mempunyai HP 120,000 dan HP mereka tidak sampai 1,000 sekalipun.

"Mari kita tarik diri." Setelah mempertimbangkannya sejenak dan memikirkan pelbagai cara, Salji Lembut masih merasakan mereka akan kalah. Dia tidak mahu membuang masa di sini dan sudah bersedia menyerbu Mod Biasa Tanah Kubur Bulan Gelap pula. Bos di sana sepatutnya Bos Tahap Penghulu, sudah tentu jauh lebih lemah. Melihat kepada peralatan semasa mereka, mereka akan ada peluang sekurang-kurangnya dua hingga tiga puluh peratus untuk membunuh Bos tersebut.

Yang lain hanya mampu menyerah kalah setelah mendengar kata-kata Salji Lembut, jadi mereka semua mengeluarkan Gulungan-Gulungan Pemulangan.

Pada ketika itu, Shi Feng tiba-tiba berkata dalam perbualan pasukan, "Setelah memerhatikan corak-corak serangan Raja Kobold, kalau Cik Salji, kedua-dua MT kita, serta saya melakukan serangan bergilir, kita mungkin ada peluang untuk berjaya. Cik Salji masih berminatkah untuk menggempur Bos ini?"

Walaupun suara Shi Feng perlahan, ia seolah-olah sinaran cahaya telah muncul dalam kegelapan dan mencerahkan semangat mereka semua.

"Abang Feng, sungguhkah kita akan melawannya?" Si Hitam memandang Raja Kobold dan menelan air liurnya. Walaupun berada jauh dengan Bos itu, Si Hitam masih merasakan kakinya menggeletar. Jika dia menghampirinya sedikit lagi, dia mungkin sudah melutut.

Sebenarnya, bukan Si Hitam sahaja yang terkesan daripada aura Raja Kobold. Ahli-ahli pasukannya yang lain juga turut sama sepertinya. Naluri mereka mengakui yang mereka tidak dapat mengalahkannya, malah mereka ingin melarikan diri.

"Ada rancangan?" tanya Zhao Yueru sambil memandang Shi Feng dengan terkejut.

Ini adalah Tuan dalam sebuah Dungeon Pasukan. HP-nya beberapa kali lebih tinggi daripada Tuan-Tuan yang liar. Kekuatan serangannya dan corak-corak serangannya juga sangat kuat. Zhao Yueru tidak merasakan Shi Feng ada cara untuk menyerbunya.

Shi Feng mengangkat bahunya, dan berkata sambil memandang Raja Kobold, "Keyakinan saya untuk berjaya bukanlah tinggi mana. Namun, kita masih boleh cuba. Bukankah kita akan rugi 10% pengalaman sahaja? Betapa susahnya untuk kita sampai ke sini, pengalaman yang sudah kita dapat sudah jauh lagi banyak daripada 10%. Kalau mati sekalipun kita sudah pun mendapat banyak peralatan. Biar betul kamu semua nak menyerah begitu sahaja?"

Salji Lembut sedikit terkejut. Dia tidak menyangka Shi Feng mampu memberi kejutan beberapa kali. Walaupun mereka tidak dapat menyerbu Bos itu kali ini, dia sudah pasti akan menarik Shi Feng masuk ke Ouroboros.

"Berapa peratus peluang kita untuk berjaya?" tanya Salji Lembut, air mukanya yang dingin akhirnya mendedahkan senyuman yang manis.

"Dua puluh peratus." Shi Feng sudah pun memberi anggaran yang paling konservatif. Hakikatnya, dia telah menganggar kadar kejayaan mereka berada pada lima puluh peratus. Namun, dia risau akan menimbulkan kecurigaan jika dia menyuarakannya.

"Apa? Dua puluh peratus?!" Zhao Yueru menjegil matanya pada Shi Feng. _Dengan kadar kejayaan yang begitu rendah, siapa yang berani cuba nasib?_

"Baiklah, mari kami dengar rancangan kamu pula. Kami akan sokong kamu sepenuhnya," celah Salji Lembut dengan perlahan.

Salji Lembut sendiri telah menganggar peluang mereka untuk mengalahkan Bos Tahap Tuan berada pada kosong peratus. Bagi Bos Bertahap Penghulu pula, dia telah menganggar peluang kejayaan berada pada dua hingga tiga puluh peratus. Berdasarkan kelakuan Shi Feng sebelum ini, dia nampaknya bukanlah seorang yang suka melebih-lebihkan sesuatu perkara. Memandangkan keyakinan Shi Feng untuk berjaya pun lebih kurang sama sepertinya, bukankah membunuh Bos Tahap Tuan jauh lebih baik?

Lagipun, dia sangat berminat dengan pertempuran bergilir seramai empat orang yang dicadangkan Shi Feng. Dia tidak mengetahui apakah jenis pertempuran ini yang membuatkan mereka boleh mempunyai peluang yang begitu tinggi jika menentang Raja Kobold Tahap Tuan ini.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C104
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión