Descargar la aplicación
2.17% Renjer Malam / Chapter 16: Konc Kosong

Capítulo 16: Konc Kosong

Editor: EndlessFantasy Translation

Marvi menjadi kaya dalam waktu semalaman selepas menghapuskan Kumpulan Acheron.

Dia tidak kedekut dalam membelanjakan wang, terutama apabila berbelanja di tempat yang betul. Oleh itu, duit perak itu tidak dibazirkan kerana akan bertukar menjadi besi buruk apabila keruntuhan sistem matawang selepas Bencana berlaku setengah tahun kemudian. Disebabkan itu, lebih baik menukar wang kepada barang yang boleh digunakan.

Terutama sekali emas ahli silap mata. Ianya sangat bernilai, sebab itu adalah membazir jika tidak digunakan sebelum keruntuhan sistem matawang di Bandar kawasan Selatan.

Marvin sangat mengetahui keadaan ini, dan disebabkan itu, sebelum dia meninggalkan Bandar River Shore, dia telah menyamar dan masuk ke Renjer Guild.

Renjer Guild merupakan organisasi yang tidak rumit. Mereka mengeluarkan cabaran, secara amnya bersikap neutral dan sesekali akan melakukan perniagaan.

Marvin pun melihat papan cabaran Renjer Guild dan tidak ada cabaran [Bersihkan Scarlet Monastery] yang hanya akan muncul setengah tahun kemudian. Ini bermaksud hamba scarlet masih menyimpan rahsia ini dan kekuatan mereka masih dalam lingkungan yang boleh dihadapi. Manakala lich yang separuh-dewa itu yang masih bersemayam, Marvin mempunyai rancangan untuknya.

Orang berkata yang dia gagal untuk mencapai tahap ketuhanan dan bersemayam, tetapi kenyataannya, dia hanya gagal pada langkah yang terakhir. Dia telah berjaya membentuk sifat ketuhanan.

Dan pada masa ini, sifat ketuhanan itu duduk senyap di dalam kota sesat bawah tanah di Scarlet Monastery.

Marvin mahukan sifat ketuhanan ini, tetapi bukan pada waktu ini, disebabkan kekuatan yang masih lemah. Lich separuh-dewa yang bersemayam itu akan membunuhnya sekelip mata.

Renjer Guild mempunyai kedai Alkimia Persekutuan Ahli Sihir, dan dia membelanjakan wang yang banyak untuk membeli barang yang penting. Paling penting sekali adalah Konc Kosong.

[Konc Kosong]

Kualiti: Luar Biasa

Kapasiti: 4 kubik chi ruang kosong.

Memerlukan: 10 kecerdikan

(N/P: 1 chi = 0.33 meter)

Ini adalah barang penyimpanan. Konc Kosong adalah barang penyimpanan yang paling biasa digunakan kerana bahan mentahnya mempunyai sedikit dimensi angkasa. Ianya hanya perlu sedikit pengubah-suaian sahaja dan ianya akan menjadi barang magik yang bagus.

Barang ini semestinya bernilai, dan Marvin membelinya dengan harga 3 emas ahli silap mata.

Item storan adalah sangat mahal seperti barang luar biasa.

Barang lain yang layak diperkatakan adalah [Wishful Rope]. Ianya juga adalah barang luar biasa, berharga 1600 keping perak, lebih murah dari Konc Kosong.

Malangnya, pengembara yang biasa tidak mampu untuk memiliki item luar biasa. Lebih dari 1000 keping perak… Mereka mungkin tidak mampu memperoleh wang sebanyak itu sepanjang hidup mereka.

Marvin adalah berbeza, membeli Tali Permintaan dengan tidak terlalu memikirkannya adalah disebabkan dia perlukan kelengkapan ini untuk masuk ke Scarlet Monastery.

Tanpanya, dia tidak akan dapat melepasi Pain Monk di pintu monastery.

Dewan Mountain Range, di puncak yang tidak bernama.

Marvin bersama kerambit berkembar di kedua tangan dan Konc Kosong tergantung di leher pun mendaki gunung yang jalannya curam dan tidak rata itu.

Kawasan belantara di Feinan adalah tempat yang berbahaya. Walaupun sekarang tidaklah teruk sangat, tetapi selepas bencana, kawasan belantara ini akan dipenuhi dengan raksaksa yang dijangkiti (Chaos Mana). Makhluk ini kemudian dikenali sebagai syaitan. Mereka adalah lebih kuat dan lebih ganas daripada yang asal.

Banyak bandar yang akan tumbang kerana serangan raksaksa ini yang sangat kuat.

Dalam memori Marvin, Bandar River Shore adalah salah satu bandar di bahagian negara selatan yang tidak tumbang kerana serangan raksaksa ini. Sebabnya adalah mudah: River Shore di selatan dan Jewel Bay di utara kedua-duanya dipenuhi dengan pemain-pemain. Dengan bantuan pemain ini yang melawan banyak raksasa menyebabkan Bandar River Shore terselamat.

Tetapi kini, Marvin mempunyai alamat buruk. Mereka yang dikenali pemain "anak emas" yang dipuja oleh orang tempatan tidak akan ada pada kali ini.

Oleh sebab itu, masalah yang utama adakah Bandar River Shore dapat dipertahankan dengan kekuatan sendiri yang mereka miliki.

Tetapi Bandar River Shore adalah kawasan yang selamat sebelum bencana berlaku. Terutama sekali kawasan pergunungan ini. Disebabkan rintangan sedikit sifat ketuhanan yang dipancarkan, makhluk di sini masih mempunyai sedikit deria haiwan dan tidak akan mendekati sini.

Ini membuatkan beban Marvin berkurang.

Marvin pun melalui jalan kecil sehingga berada di depan lembah yang diselubungi kabus tebal. Tempat itu adalah pintu masuk Scarlet Monastery.

Dua orang Pain Monk yang tingginya 2 meter berdiri sambil memegang batang besi dan melihat jauh ke depan seperti patung.

Sebenarnya, mereka bukanlah makhluk hidup tetapi apabila ada penceroboh yang menghampiri, mereka akan diaktifkan dari penyihiran magik lich itu.

Pada masa ini, Marvin perlu menghadapi 2 pemilik pangkat 3 yang memiliki kelas, [Monk lvl5 - Ascetic Monk lvl5 - Pain Monk lvl2].

Abiliti Pain Monk untuk bertempur jarak dekat adalah antara yang paling hebat bagi kelas yang berpangkat ke 3. Tidak lupa juga lich separuh-dewa itu telah menjampi banyak sumpahan kepada badan mereka yang setiap satu mempunyai kelebihan hebat. Anda perlu berada di level Legenda jika ingin menghapuskan mereka ini.

Atau menghantar kumpulan askar pangkat ke-2 pengembara. Dalam sesetengah kes, taktik bilangan ramai agak berguna.

Marvin tidak merancang untuk masuk ke pintu hadapan sebaliknya ingin menggunakan jalan pintas.

Scarlet Monastery ini dibina di lembah di tengah cerun dengan tiada kawasan yang sesuai untuk mendaki.

Tetapi mesti ada pengecualian.

Marvin tahu ada gua berdekatan dan selepas menghapuskan beberapa gnome di dalam, anda akan terjumpa platform kecil.

Menggunakan tali permintaan di sana membolehkan dia memasuki ke Scarlet Monastery.

Tetapi cara ini mempunyai risiko.

Dalam Scarlet Monastery, selain hamba scarlet, terdapat juga Penguatkuasa Dewa Iblis yang menakutkan. Hamba scarlet selalunya tidak keluar dari luar lingkungan kawasan mereka tetapi Penguatkuasa Dewa Iblis suka keluar dari lingkungan kawasan, bergerak merata tempat. Ini akan menambahkan lagi faktor yang tidak dijangka dalam pelan menyelinap masuk Marvin.

Rancangan apa yang tidak mempunyai risiko?

Marvin pun meniti jalan yang sempit dan berangin di keliling lembah sehingga ke puncak.

Setengah jam kemudian, dia akhirnya menjumpai pintu tersorok di belakang lalang yang tinggi.

Gua gnome ini kebiasaannya terdapat enam hingga lapan gnome. Mereka mungkin membawa senjata tetapi senjata yang jenis kasar kerana mereka suka menggunakan belantan.

Kebanyakkan gnome adalah dalam lingkungan level 2. Hanya puak Gnome vesar sahaja yang mungkin ada ahli lebih dari pangkat 1 ke atas.

Marvin mungkin tidak dapat mengalahkan Gnome sebelum dia menjadi pengembara. Tetap sekarang dia telah menjadi Renjer level 4 selepas berdepan dengan pertarungan di Bar Pyroxene. Terima kasih kepada Diapheis dan pengikutnya yang memberikan pengalaman pertarungan yang agak banyak.

Beberapa hari yang lepas, dia masih lagi bangsawan yang tiada kekuatan. Jika sesiapa yang mendapat tahu tentang kenaikan levelnya yang pantas ini, pasti mereka terkejut.

Marvin sekarang mempunyai 90 HP. Dia membeli 1 set perisai kulit di Guild Renjer yang boleh menerima sedikit serangan dan tidak menghalang ketangkasannya. Kenaikan level in juga telah memberikan dirinya 24 nilai kemahiran menjadikan jumlah nilai kemahiran adalah 42.

Marvin pun mengagihkan 20 nilai kemahiran kepada kemahiran baru [Climb].

Sebenarnya, dia perlukan 30 nilai kemahiran supaya dia dapat menggunakan tali untuk memanjuat masuk ke Scarlet Monastery. Tetapi [Wishful Rope] ada bonus rahsia yang merendahkan keperluan sebanyak 10. Sebab itu dia hanya perlukan 20 nilai sahaja. Baki 22 nilai lagi disimpan untu kegunaan akan datang.

Dia pun menolak lalang tersebut dan menunduk sedikit sebelum berjalan masuk.

Dia menggunakan batu untuk menyalakan obor api yang juga dibeli di Guild Renjer, dan api kecil di obor pun menyala menerangi gua tersebut.

Suara pelik kedengaran di dalam gua tersebut.

Dengan obor di tangan kiri dan kerambit di tangan kanan, Marvin pun membunuh untuk masuk ke dalam.

Setengah minit kemudian, beberapa mayat bergelimpangan di lantai gua Gnome Cavern ini.

Gnome ini sungguh tidak bertamadun dan menyebabkan komunikasi adalah sukar dengan mereka. Kekuatan mereka agak lemah, menyebabkan Marvin cepat membuat mereka menjadi mayat menggunakan kerambitnya.

Gua ini penuh dengan bau bangkai haiwan. Kebanyakkan orang akan beredar. Tetapi Marvin tetap memastikan kawasan sekeliling jika terjumpa peti harta karun atau harta rawak dari berlawan.

Dia tahu yang Gnome ini adalah agak miskin tetapi dia tidak menolak kemungkinan sebaliknya. Menjadi lebih berhati-hati, kadang-kadang boleh mendatangkan hasil yang tidak disangka.

Marvin menjumpai peti yang belum dipecah di celah sudut gua.

Terdapat mangga besi di peti itu dan kesan seseorang cuba memaksa untuk membukanya. Tidak payah untuk meneka siapa kerana ini tentulah kerja gnome.

"Terdapat kesan lecak di peti ini. Mereka mungkin mengeluarkan dari paya berdekataan. Terdapat aura magik di mangga besi ini, oleh itu ianya mungkin mangga magik. Tetapi aura magik di udara adalah agak nipis. Kemungkinan jampi mudah.

"Apa yang terdapat di dalam?"

Marvin pun mengeluarkan skrol dari Konc Kosongnya tanpa ragu.

Ini adalah skrol yang berharga juga dikenali [Lesser Magic Unlock Scroll] yang digunakan untuk menggantikan kemahiran Pencuri, Unlock.

Terdapat dua jenik skrol unlock; yang pertama adalah untuk membuka mangga yang biasa dan kedua untuk membuka mangga yang dijampi magik yang mahal. Marvin membeli 10 skrol biasa dan 5 skrol magik.

Terdapat banyak tempat rahsia yang mengandungi peti harta karun di Scarlet Monastery. Sasaran Marvin adalah peti harta karun tersebut.

Dia tidak pasti sama ada peti di depannya ini adalah berbaloi untuk dibuka menggunakan skrol magik.

"Dari memori silam aku, terdapat tiga peti harta karun dengan mangga magik di dewan kedua, dan peti yang lain adalah mangga biasa sahaja.

"Terdapat pencari mayat yang mempunyai deria bau sensitif berlegar di dewan kedua ini. Aku tidak berani menyelinap masuk dengan kekuatan aku sekarang.''

"Baik aku cuba sahaja lah."

Marvin pun nekad hati mengoyak Lesser Magic Unlock Scroll.

Satu kunci yang pudar berwarna putih muncul dari skrol dan terbang masuk ke mangga itu.

Clank! Mangga dibuka.

Marvin cuba mendengar. Sepatutnya tiada perangkap di dalam tetapi untuk keselamatan, dia berdiri jauh dari peti dan menggunakan ranting untuk membukanya.

Seperti yang dijangka, tiada perangkap di dalam.

Marvin menarik nafas lega dan menghampirinya.

Di dalam peti itu mengandungi beberapa helai lembaran kertas bersama dengan permata berwarna biru.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C16
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión