"Emm…" Jelas sekali Dr. Xu tersepit; mungkin dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar kepada Huo Mian.
"Kamu tak perlu risau tentang saya, saya pun doktor juga. Kamu tak akan dapat rahsiakan apa-apa daripada saya. Saya boleh nampak yang Qin Chu hanya hidup bergantung pada pemindahan darah, tiub dan topeng oksigen. Peluru masih ada dalam badan dia, kan?"
Ketua Xu mengangguk. "Dr. Huo, saya minta maaf, kami dah cuba yang terbaik semalam. Tapi, berita baiknya ialah luka pisaunya tak teruk. Kalau tak, dia mungkin dah mati di atas meja bedah. Peluru benda yang rumit sebab ia terletak di sebelah jantungnya. Ia berada di tempat yang sensitif, kurang satu sentimeter dari jantungnya. Maka, pembedahan akan jadi susah. Kamu seorang doktor, jadi saya tak perlu terangkan kepada kamu. Kalau kita tak keluarkan cepat, jangkitan mungkin akan berlaku bila-bila masa saja… oleh itu, dia perlu lalui satu lagi pembedahan dalam masa 48 jam untuk kami keluarkan peluru."