"Saya tahu," balas Huo Mian, ringkas.
"Kamu bodoh ke?"
"Otak saya mungkin dua paun lebih berat daripada otak kamu."
Su Yu tergamam.
"Kamu masih boleh bergurau pada waktu macam ni?" Su Yu yang tertekan bertanya.
"Akan ada perkara yang baik muncul lepas bencana. Apa yang nak ditakuttkan? Bukannya dunia dah nak berakhir." Huo Mian masih optimis.
"Jadi… macam mana dengan Qin Chu? Kamu berdua bergaduh?" tanya Su Yu dengan risau.
Perasaannya bercampur baur. Daripada sudut pandangannya sendiri, dia suka apabila Qin Chu dan Huo Mian berbalah kerana itu bermakna dia mungkin akan mempunyai peluang jika Huo Mian meninggalkan Qin Chu.
Akan tetapi, melihat kepada gambaran besar, perasaan Huo Mian terhadap Qin Chu sudah berakar umbi. Dia boleh melihatnya berdasarkan dua kejadian yang lepas.
Huo Mian menyelesaikan krisis GK denan bijak. Dia sanggup merayu kepada Huo Siqian untuk membantu Qin Chu.