"Terima kasih sebab bawa saya ke tempat yang cantik."
"Terima kasih bawa saya makan makanan yang sangat sedap."
"Terima kasih untuk kejutan ni."
Huo Mian mengucapkan terima kasih tiga kali berturut-turut. Dia bukan cuba mengambil hati tetapi dia sangat berterima kasih untuk apa yang telah dilakukan Qin Chu untuknya.
Qin Chu orang yang sibuk tetapi dia tetap mencuri masa untuk merancang semua ini, membuatkan Huo Mian tersentuh.
Selepas berkahwin, ramai lelaki yang berhenti meluangkan masa untuk isteri mereka, tidak kira betapa sibuknya mereka.
Mentaliti mereka ialah: memandangkan kamu telah menjadi milikku, kamu tak boleh lari lagi. Maka, tiada gunanya untuk melayan kamu secara berlebih-lebihan.
Namun, Qin Chu bertentangan sekali.
Selepas mereka berkahwin dan mula tinggal bersama-sama, dia melayan Huo Mian lebih bagus berbanding mana-mana lelaki.