Huo Yanyan berasa geram apabila orang suruhan Zhou Guangming dikawal Huo Mian. Dia mengambil keputusan untuk menambah minyak ke api, "Jangan takut. Dia cuma seorang wanita, dia tak boleh buat apa-apa. Ramai orang yang ada di sini. Tak mungkin kita akan lepaskan dua perempuan ini. Orang luar akan gelakkan kita kalau mereka tahu."
Huo Mian menjeling Huo Yanyan dan kemudian menyambung, "Kamu boleh dengar dia merepek tapi saya tak keberatan untuk keluarkan darah Abang Zhou. Paling tidak, saya hanya perlu menghabiskan masa di penjara. Tapi, saya dan Lingling hanya orang biasa dan tak ada apa-apa yang istimewa. Saya dengar Abang Zhou seorang pewaris yang sangat kaya dan dia ada banyak wang. Rugi kalau dia mati pada usia yang muda."
Selepas Huo Mian menghabiskan ayatnya, orang suruhan Zhou Guangming berundur.