"Siapa cakap? Beritahu saya, saya janji saya tak Akan pukul dia hingga mati, haha."
Huo Mian merasakan Pengarah Wu merupakan orang tua yang jujur. Macam mana seseorang tergamaknya mencemarkan reputasinya begitu?
"Orang lain mungkin percaya khabar angin itu tapi bukan saya. Ini kerana, sejujurnya, saya pernah cuba menggodanya masa saya mula-mula sampai di Bahagian Selatan tapi tak berjaya. Malah, saya hampir dipecat."
"Wah… beraninya kamu."
"Saya tak boleh kawal. Dulu, anak saya sakit dan saya perlukan duit. Jadi, saya terdesak. Lepas Pengarah Wu tahu keadaan saya, dia beri pinjaman bagi pihak hospital. Dia juga menghubungi pakar dalam bidang itu. Saya sangat bersyukur dengan apa yang telah dia lakukan untuk saya. Sebab itu saya masih kekal di Bahagian Selatan hingga sekarang." Song Lin sedikit teresak semasa bercakap.
"Ya, Pengarah Wu seorang yang adil. Cuma dia terlampau tegas sehingga ramai yang takut dengannya."