Pada ketika itu, telefonnya berdering.
Huo Mian menjawab selepas melihat nama pemanggil. Zhu Lingling selalu menelefon Huo Mian tepat pada masanya.
"Hai, Lingling."
"Kamu dah makan?"
"Saya sedang makan malam."
"Saya patut telefon kamu lebih awal. Saya sebenarnya nak makan malam dengan kamu."
"Ada sesuatu yang baik telah berlaku?" Huo Mian tersenyum.
"Mestilah. Saya dapat kereta baru."
"Kamu dah dapat kereta baru? Gaji kamu naik?"
"Yalah itu. Kallau hanya harapkan gaji saya, walaupun dinaikkan, tak akan ada beza. Pewaris generasi kedua itu yang belikan saya kereta, sebuah Mercedes-Benz GLK berwarna hitam. Hebat, kan?"
"Ya. Macam mana dengan Mazda kamu?"
"Saya berikan kepada ayah saya. Dia dah lama memandu Hyunda. Dah sampai masa untuk tukar."
"Baguslah."
Kemudian mereka terus bersembang tentang perkara-perkara kecil. Selepas Huo Mian mengakhiri panggilan, dia bertanya, "Apa yang kita bualkan tadi?"