"Saya ada lawatan perniagaan ke Taipei. Penerbangannya malam esok. Kamu mahu pergi bersama?"
"Saya? Tak boleh. Saya perlu bekerja."
"Ambil cuti. Kita akan pulang dalam dua atau tiga hari."
"Saya tak mahu pergi. Saya tak ada mood dan saya tak akan boleh bergembira." Huo Mian menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu ke Taipei dan merosakkan mood Qin Chu.
Hospital sedang huru-hara. Kalau dia pergi bercuti, apa akan terjadi jika keluarga pesakit akan membuat kecoh di Jabatan OB/GYN atau membuli Huang Yue?
Dia tidak mahu meninggalkan mereka untuk menyelesaikan masalah yang dibuatnya.
"Tak apa." Melihatkan Huo Mian tidak mahu pergi, Qin Chu tidak memaksa.
Dia tunduk memandang jam tangannya – 8 malam.
"Adakah kamu lapar? Kamu mahu makan sesuatu?"
Huo Mian menggelengkan kepalanya…
"Ada apa-apa yang berlaku di hospital?" Qin Chu tidak dapat menahan daripada bertanya memandangkan dia perasan Huo Mian yang begitu tidak bermaya.