Zhu Lingling menarik sehelai tisu dan mengelap air mata daripada matanya yang bengkak. Kemudian, dengan suara yang serak, dia berkata, "Mian, hubungan saya dah berakhir."
"Saya dah agak. Kalau tidak, kamu tak akan muram begini." Huo Mian tidak terkejut langsung.
Dia sudah arif dengan perawakan Zhu Lingling selepas bertahun-tahun. Dia bukannya gadis cerewet yang manja, tapi sebaliknya gadis yang senang bergaul.
Zhu Lingling setia dengan kawan-kawannya dan melayan ibu bapanya dengan sangat baik. Namun, dia terlampau terbawa-bawa dalam hubungan.
Sebelum ini, dia sudah berada dalam beberapa hubungan yang berakhir secara mengejut. Setiap kali ia berakhir, Zhu Lingling akan terluka dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Oleh itu, apabila Zhu Lingling mengumumkan kepada Huo Mian yang dia mempunyai teman lelaki baru, Huo Mian sering berlakon gembira untuknya padahal, dia sebenarnya bimbang.