"Eh? Mian, saya rasa ada orang memanggil kamu."
"Saya juga dengar." Huo Mian membalas perlahan.
"Huo Mian, dia mana kamu? Keluar!" Suara perempuan yang terjerit-jerit seperti dirasuk itu datang daripada seorang wanita yang turut memakai kot makmal putih.
Rambut panjangnya dikerintingkan berombak dan rupanya agak cantik. Wajahnya disolek dengan dandanan menggoda tetapi air mukanya sangat tidak menyenangkan.
"Mian, di sana. Eh, bukankah dia jururawat daripada Jabatan Oftalmologi?" Huang Yue menuding ke arah pintu.
Huo Mian berpusing. Perawakannya kekal tenang selepas dia perasan akan He Man.
He Man juga ternampak Huo Mian pada masa yang sama. Dia segera berjalan terus ke arah Huo Mian dengan agresif.
"Mian, dia kelihatan seperti tidak berniat baik! Hati-hati." Huang Yue memberi amaran dengan perlahan.
Huo Mian mengangguk tanpa berkata apa-apa.
"Huo Mian, bangun."
"Ada masalah kah?"