Descargar la aplicación
5.9% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 75: Bahaya

Capítulo 75: Bahaya

Editor: EndlessFantasy Translation

Huo Mian tidak mempunyai masa yang cukup untuk bertindak balas. Dia hanya berdiri di situ bagaikan seekor rusa yang tersuluh lampu kereta, cuba menghalang sinaran terang itu dengan tangannya.

Dia langsung tidak terfikir yang dia sedang berdiri di posisi paling bahaya. Jika kereta itu tiba, Huo Mian pasti tergilis.

Dia tidak dapat memberikan respon selepas dia mendengar seseorang memanggil namanya. Huo Mian hanya dapat merasakan sesuatu tiba-tiba melanggarnya dan dia berasa seakan-akan dibawa terbang.

Rusuknya berdenyut sakit.

Apabila Huo Mian membuka matanya kemudian, dia mendapati dirinya terbaring dalam dakapan lembut.

"Qin Chu, bila kamu sampai?" Huo Mian masih ketakutan dan sedikit terpegun.

Kenapa lelaki ini muncul di sini, sekarang?

Qin Chu memeluk erat Huo Mian. Mereka terbaring di atas jalan, di sebelah tiang elektrik. Tubuh mereka begitu rapat.

"Kamu okey?" Suara Qin Chu kedengaran sedikit serak. Tuhan sahaja tahu yang ketika itu, jantungnya hampir melonjak keluar daripada dadanya.

"Y…y…ya." Huo Mian tergagap-gagap sedikit.

Kemudian, dia berdiri dan memeriksa lukanya. Dia perasan selain daripada rusuknya yang sakit kerana Qin Chu melanggarnya, dia tidak mengalami sebarang kecederaan lain.

Ketika dia berpusing dan memandang Qin Chu, dia sedikit terkejut. "Tangan kamu cedera."

"Saya tak apa-apa. Ini hanya calar."

"Tak. Biar saya balut luka kamu. Kalau tidak, ia mungkin akan terkena jangkitan." Huo Mian menarik Qin Chu ke arah hospital.

"Kita ada alat pertolongan cemas di rumah. Kamu boleh tolong saya di sana." Selepas dia habis berkata-kata, Qin Chu memegang tangan Huo Mian dengan kemas dan berkata, "Sudah lewat. Jom pulang ke rumah."

Kemudian, dia memimpin tangan Huo Mian dan membawanya ke kereta Volkswagen CC berwarna putih yang tidak menonjol itu. Kedua-dua mereka masuk ke dalam kereta.

Di tempat duduk penumpang, Huo Mian berfikir-fikir seketika sebelum bertanya, "Tadi, kenapa kamu berada di sana?"

"Bukankah kamu sepatutnya bertanya kenapa kereta itu tiba-tiba memecut di hadapan hospital?" Qin Chu menjawab dengan soalan lain.

"Jawab soalan saya dulu."

"Saya tidak dapat menghubungi kamu dan kamu tidak membalas teks saya. Selepas saya habis bekerja, saya datang ke hospital untuk menunggu kamu."

"Pukul berapa kamu sampai di sini?" Huo Mian berpusing menghadap Qin Chu dengan terkejut.

"Enam."

"Jadi, kamu tunggu dari pukul enam sehingga sembilan?" Huo Mian terperanjat besar.

"Ya."

"Kamu hanya menunggu di dalam kereta?"

"Ya."

"Kenapa kamu begitu…?" Huo Mian tidak tahu apa yang perlu dikatakannya. Dia mahu memanggil Qin Chu bodoh, tetapi sudah jelas lelaki itu tidak bodoh.

"Kamu bernasib baik saya datang. Kalau tidak, kamu pasti sudah dilanggar."

Kini Huo Mian faham. Qin Chu datang menjemputnya dan berada di dalam kereta itu sepanjang masa tadi. Apabila dia terlihat Huo Mian keluar dari hospital, dia keluar dari kereta itu untuk memanggil namanya.

Tetapi tepat pada saat itu, sebuah kereta muncul secara tiba-tiba.

Antara detik hidup dan mati, Qin Chu bergegas ke arahnya, menarik Huo Mian dan mengelak dari kereta itu. Kedua-dua mereka jatuh dengan selamat ke susur jalan.

Pada ketika itu, mereka hampir menyeberangi garisan halus antara hidup dan mati.

"Kamu tahu tak yang kamu hampir mati?" Huo Mian bertanya sambil merenung Qin Chu.

"Saya hanya tahu yang jika saya tidak buat apa yang saya buat tadi, kamu pasti akan mati." Qin Chu menjawab dengan tenang.

"Adakah ia berbaloi?" Mata Huo Mian mula bergenang. Dia memalingkan kepalanya untuk memandang ke luar tingkap kereta semasa bertanyakan soalan ini.

"Sangat berbaloi."

"Kamu begitu bodoh. Kamu Putera GK yang mempunyai nilai bersih sebanyak ratusan juta. Kenapa kamu perlu mengambil risiko hanya untuk menyelamatkan seorang jururawat pelatih?"

Qin Chu merapatinya. Dia merenung mata Huo Mian dan berkata perlahan-lahan, "Dalam situasi tadi, ia hanya seorang suami yang menyelamatkan seorang isteri. Jangan terlalu fikirkan hal itu."

"Qin Chu…"

"Tidakkah kamu fikir yang keputusan kita untuk bersama-sama ini merupakan satu kesilapan?" Huo Mian bertanya dengan lembut.

Mendengarkan soalan ini, tangan Qin Chu terkaku sedikit pada stereng kereta.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C75
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión