Descargar la aplicación
2.43% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 31: Kawan Tak Guna

Capítulo 31: Kawan Tak Guna

Editor: EndlessFantasy Translation

"Sudah lama kita tidak berjumpa." Selepas mengingati lelaki di dalam kereta itu, Qin Chu melambai dengan tenang.

"Oh jahanam! Memang kamu! Kamu sudah kembali dan langsung tidak beritahu saya?! Masuk! Kita akan cari tempat untuk berborak."

Tidak mampu mengatakan tidak, Qin Chu memasuki Jaguar hitam itu.

Pemilik Jaguar itu tidak lain tidak bukan ialah teman baik zaman kanak-kanak Qin Chu iaitu Gao Ran.

Sebaik sahaja Qin Chu melangkah masuk ke dalam kereta itu, telefonnya berdering…

"Kamu tidak perlu mengambil saya. Saya ada perkara yang hendak dibuat. Saya akan pulang nanti. Letakkan semua dokumen di dalam pejabat saya dan batalkan janji temu saya tengahari ini. Itu sahaja." Qin Chu segera mengakhiri panggilan.

"Kamu kembali untuk bekerja di GK?" Gao Ran bertanya dengan gelak tawa.

"Ya."

"Sudah berapa lama?"

"Seminggu lebih."

Gao Ran menepuk kepalanya sendiri. "Cis, kalaulah bukan kerana bos saya yang bodoh menghantar saya untuk belajar ke luar daerah, saya pasti sudah mengetahui kepulangan kamu lama dahulu. Tapi apa ini kawan? Kamu langsung tidak telefon saya?"

"Saya cuba menelefon kamu tetapi talian tidak disambungkan."

"Oh, ya. Kami tidak dibenarkan menggunakan telefon semasa berada dalam kelas." Gao Ran berkata. Kegembiraannya bertemu kembali dengan Qin Chu jelas kelihatan.

-Setengah jam kemudian-

Kedua-dua lelaki itu duduk di rumah teh yang bergaya. Bilik itu memberikan rasa antik yang menawan.

Gao Tan bertanya jujur, "Jadi sudah berapa lama ya? Tujuh atau lapan tahun?"

"Tujuh tahun tepat."

"Masa memang berlalu pantas. Kamu hanyalah budak bodoh semasa kamu keluar negara. Kini kamu ialah Presiden GK! Haha!"

"Eh, kamu pun sama. Kamu seorang budak jalanan bermasalah tujuh tahun lalu. Kini kamu pengarah bagi Biro Keselamatan Awam Perbandaran. Perubahan yang sangat besar." Kata Qin Chu sambil mengangkat cawan tehnya.

"Ah! Ayah saya mengatakan datuk saya seorang polis dan dia juga seorang polis. Jadi, kini giliran saya menjadi seorang polis juga. Dia tidak kisah sama ada saya berkahwin atau mempunyai anak. Tetapi, dia akan membuang saya daripada keluarga jika saya tidak menjadi seorang polis."

"Sekeluarga polis. Tidaklah begitu teruk." Qin Chu berkata ringkas.

"Sampah lah! Saya tidak pernah mahu menjadi seorang polis. Gajinya sedikit dan banyak kerja perlu dibuat. Jika kamu tidak siapkan kerja, kamu akan dimarahi. Kamu ingat mudahkah bagi saya untuk mendapatkan jawatan pengarah itu? Saya ditembak pada perut dalam operasi anti-pengganas dua tahun yang lalu. Saya hampir mati!" Gao Ran menyelak bajunya untuk menunjukkan parut tembakan itu pada Qin Chu.

"Baguslah. Apa yang tidak membunuh kamu akan membuatkan kamu lebih kuat."

"Keluar dari sini. Berhenti mengarut dengan saya. Saya tidak kisah menukar tempat dengan kamu. Kamu boleh jadi pengarah polis dan saya boleh jadi presiden empayar perniagaan!"

"Boleh." Qin Chu membalas dengan nada serius.

"Ya lah itu. Saya tiada sebarang bakat dalam perniagaan. Saya akan kekal sebagai polis yang riang." Selepas menghabiskan ayatnya, Gao Ran mengangkat cawan tehnya dan meneguk sedikit.

"Tengoklah kamu. Kamu pergi tanpa sebarang notis untuk tujuh tahun lamanya! Apa kena dengan kamu? Kamu tahu tak betapa rindunya saya pada kamu? Saya hubungi ayah kamu dan minta alamat kamu, tetapi dia enggan memberikannya." Gao Ran mengadu.

"Ya. Itu perjanjian yang saya buat dengan ayah saya. Saya beritahu dia yang saya tidak akan pulang atau hubungi sesiapa di sini sebelum tujuh tahun itu berakhir."

"Apa jenis perjanjian mengarut yang kamu buat? Saya memang tidak faham dengan kamu."

"Tidak. Saya hanya buat itu semua untuk seorang insan." Kata Qin Chu, mengucapkan setiap kata dengan jelas.

Gao Ran tiba-tiba teringat apa yang berlaku tujuh tahun lalu. Dia bertanya dengan teragak-agak, "Adakah perjanjian ini berkaitan dengan Huo Mian?"

Qin Chu kekal diam…tetapi jawapannya jelas.

"Saya sudah agak. Qin Chu, kenapa kamu masih berharap dengan perempuan seperti dia? Kamu tidak ingatkah bagaimana dia melayan kamu tujuh tahun yang lalu? Lupakan dia dan cari seorang teman wanita Kaukasia. Kamu sedar tak kamu siapa? Kamu itu pewaris kepada empayar GK, oh Tuhanku! Kamu boleh miliki apa-apa sahaja dan mana-mana perempuan yang kamu mahukan. Jadi kenapa kamu mahu seksa diri kamu untuk seorang wanita?"

"Tujuh tahun yang lalu…bukan salahnya. Saya tidak dapat melindunginya."

"Jadi apa yang kamu buat sekarang? Adakah kamu pulang untuk dia?" Gao Ran kelihatan kebingungan.

Qin Chu mengelak soalan tersebut dan sebaliknya, memandang pada jam tangannya.

"Saya perlu berada di satu tempat. Saya akan berborak lagi dengan kamu pada hari lain."

"Ya, baiklah. Jangan lupa untuk terus berhubung." Gao Ran bangun untuk menemaninya berjalan ke luar.

Apabila Qin Chu tiba di GK, dia segera ke tingkat atas dan menuju terus ke pejabatnya. Dia terkejut melihat seorang wanita duduk di sofa.

Melihatkan Qin Chu, wanita itu segera berdiri dan memberikannya senyuman menawan.

"Presiden Qin, kamu sudah pulang."

Qin Chu mengerutkan wajahnya…


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C31
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión