Descargar la aplicación
1.1% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 14: Pasif

Capítulo 14: Pasif

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ya, Ketua Jururawat."

"Saya suruh kamu ambil topeng pembedahan. Adakah kamu sudah pekak?"

"Ya, saya pergi ambil sekarang."

"Mian, apa masalahnya? Ada sesuatu yang mengganggu kamu? Kamu perlu ambil cuti hari ini? Saya lihat kamu seperti terganggu sepanjang hari ini." Jururawat baru, Huang Yue bertanya dengan prihatin.

Huo Mian menggelengkan kepalanya kepenatan.

Dia tidak bersemangat sepanjang hari ini. Apa yang lebih teruk ialah dia tidak bersemangat bukan kerana perang dinginnya dengan Ning Zhiyuan.

Dia sibuk memikirkan lelaki yang tidak patut difikirkannya.

Adakah dia sudah benar-benar pulang? Apa yang berlaku malam semalam, bukannya mimpi kan?

Kebingungannya bersambung hingga lah shifnya tamat. Huo Mian menyalin seragam putih jururawatnya kepada gaun berwarna biru lembut. Dia mengambil begnya dan melangkah keluar.

Tepat pada masanya, dia terpandang kelibat kereta Chevrolet putih milik Ning Zhiyuan yang diletakkan di luar pintu masuk hadapan.

Dia baru sahaja membelinya pada bulan lepas. Memandangkan mereka bercadang untuk berkahwin, ibu bapa Ning Zhiyuan membantunya membayar kereta itu. Dengan bantuan itu dan gaji mereka sendiri, menjadikan jumlah semuanya lebih daripada seratus ribu Yuan. Ianya kenderaan yang boleh tahan cantik.

Plat kenderaan tersebut 0510, yang mana merupakan ulang tahun kelahiran Ning Zhiyuan. Itu sememangnya dia.

Adakah dia berhenti di situ untuk menunggu Huo Mian?

Sebaik sahaja Huo Main mahu menuju ke arah kereta tersebut dan bertanya, dia ternampak He Man yang memakai skirt pendek. He Man berlari ke arah kereta tersebut, dan selepas membuka pintu dengan cepat, dia duduk di tempat duduk penumpang.

Kemudian, kereta tersebut memecut pergi.

Mata Huo Mian kehilangan cahayanya, sedikit demi sedikit. Dia mengambil telefon bimbitnya lambat-lambat dan membuat satu panggilan.

"Apa dia?" Suara Ning Zhiyuan di sebelah sana kedengaran jengkel.

"Adakah shif kamu sudah habis? Saya mahu tumpang balik ke rumah."

"Belum lagi. Saya ada satu lagi pembedahan. Saya akan kerja lebih masa jadi kamu baliklah dahulu. Jangan telefon saya tanpa sebarang sebab. Selamat tinggal."

Dengan itu, Ning Zhiyuan memutuskan panggilan.

Huo Mian tersenyum tawar. Dia tahu Ning Zhiyuan sedang menipu. Dia cuba membalas dendam terhadap Huo Mian.

Apapun, apa yang dilakukan olehnya adalah tidak patut.

Huo Mian tiba-tiba dapat merasakan bahawa lelaki biasa yang menjadi pasangannya selama tiga tahun ini tidak lagi biasa.

Dia mendongak memandang langit. Kelabu, sama seperti perasaannya.

Kemudian, Zhu Lingling menelefon.

"Mian, kamu sudah habis bekerja kah?"

"Ya."

"Datang ke rumah saya. Saya cuti hari ini dan saya sediakan sesuatu yang enak untuk kamu. Saya buat kaki ayam yang diperap!"

"Baguslah, saya pun sudah lapar. Tunggu saya sekejap." Selepas mengakhiri perbualan, Huo Mian menahan sebuah teksi dan menuju ke arah rumah Zhu Lingling.

Ibu bapa Zhu Lingling duduk di kawasan pinggir bandar. Untuk memudahkan dia berulang-alik ke tempat kerja, dia menyewa rumah kecil berhampiran dengan lapangan terbang.

Apabila dia mempunyai masa terluang, Huo Mian akan ke rumahnya untuk makan. Nampaknya, selain daripada rumahnya dan hospital, rumah Zhu Lingling adalah satu-satunya tempat yang boleh ditujunya.

Selepas meletakkan kaki ayam di atas meja, Zhu Lingling terus bercakap sebelum Huo Mian sempat menjamah makanan. Dia menanyakan tentang kejadian semalam.

Tidak tahan dengan soalan bertubi-tubi itu, Huo Mian mengimbas kembali kejadian tersebut dengan begitu terperinci.

Sudah tentulah, dia tidak bercerita mengenai ciuman terpaksa tersebut. Dia hanya melangkau bahagian tersebut.

"Jadi itulah yang berlaku. Kamu dipersilakan untuk memberi komen, Cik Zhu Lingling."

Huo Mian merenung Zhu Lingling dengan bibir tercebik dan mata besar bergemerlapan seperti seekor rusa. Dia kelihatan comel.

"Wah, itu memang sangat mendebarkan. Jadi, kamu mengatakan yang Encik Qin Chu Si Bangsawan itu meminang kamu semalam?" Zhu Lingling membalas renungannya dengan rupa yang terperanjat.

"Eh, tolonglah kawan. Itu bukan isu sekarang. Isunya di sini ialah Zhiyuan sudah tidak percayakan saya dan mahu memutuskan hubungan ini." Huo Mian mengomel.

"Mian, jujur dengan saya. Adakah kamu masih menyayangi Qin Chu?" Zhu Lingling bertanya dengan sangat serius.

Huo Mian terkaku mendengarkan soalan ini.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C14
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión