Setelah Zhou Jie daripada Sekta Tapisan Hitam mencapai Pembentukan Teras kerana Geiser Tao kuno ini, angin ribut yang bertahan lama menghentam para Pertapa Pengukuhan Asas di Wilayah Selatan.
Angin ribut itu menyapu semua Sekta dan Puak besar dan ini menyebabkan semua pengikut daripada tahap Pengukuhan Asas bergegas ke kawasan barat Wilayah Selatan.
Kawasan barat yang sebelumnya hampir tidak ada jejak seseorang pun, kini menjadi pusat berkumpulnya Insan Terpilih. Tentu sahaja, perselisahan faham akan terus tercetus. Selama berbulan-bulan, terdapat bermacam-macam pertempuran yang tidak terkira banyaknya. Siapa pun yang keluar sebagai juara pertempuran seperti itu akan terus menjadi terkenal.
Pertemuan yang tidak dijangka seperti ini jarang terjadi di Wilayah Selatan. Ia tidak sering kali terjadi apabila terdapat kumpulan Insan Terpilih seperti itu dan mereka semua berkumpul di satu tempat yang sama dan bersaing untuk menunjukkan kehandalan masing-masing.