Descargar la aplicación
10.47% AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 77: Kalam Dewa

Capítulo 77: Kalam Dewa

Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun herba perubatan ini tidak berharga namun ia masih jarang ditemui. Ramai Pertapa yang mengambil masa satu dekad lamanya untuk mengumpul tumbuhan herba.

Tetapi di dalam beg Shangguan Xiu terdapat ratusan herba.

Terdapat juga dua biji pil perubatan yang tersimpan dalam kotak jed berwarna oren dan biru. Jelas sekali pil perubatan ini amat berharga.

"Tumbuhan ini ialah bahan untuk mencipta Pil Asas Terulung… Bagi pil perubatan ini pula… " Selepas memeriksa pil perubatan dan tumbuhan itu dengan teliti, dia melihat cengkerang penyu itu sekali lagi dan matanya bersinar.

"Penyediaan campuran bagi Pil Asas Terulung memerlukan tujuh pil minor. Shangguan Xiu ada dua daripada tujuh pil untuk menyediakannya." Barulah Meng Hao faham dan dia berasa agak terkejut. Shangguan Xiu telah meluangkan masa lima puluh tahun untuk mengumpul semuanya sekali tetapi dia masih tidak mempunyai masa yang cukup, seorang Pertapa pada fasa Pemekatan Qi.

"Dia juga telah disokong oleh Bandar Bima Sakti… "

Meng Hao berasa ada beberapa perkara yang dia tidak faham. Nampaknya Shangguan Xiu telah mengambil barangan dari gudang simpanan Bapa Bima Sakti secara senyap-senyap untuk menyediakan campuran untuk Pil Asas Terulung dan juga barangan yang terkumpul sejak beratus tahun yang lalu oleh puaknya.

Namun, dia masih kekurangan beberapa perubatan penting. Dia mempunyai sebatang tumbuhan yang sangat langka, tetapi dia memerlukan tiga batang. Setelah sekian lama, barulah Meng Hao memahami keinginan Shangguan Xiu untuk memiliki cermin tembaga itu.

Akhirnya, dia telah menurunkan segala hartanya terus ke tangan Meng Hao. Jika Shangguan Xiu tahu yang perkara ini akan berlaku, dia pasti tidak akan mencari masalah dengan Meng Hao. Tetapi semuanya sudah terlambat, persiapannya selama lima puluh tahun hancur begitu sahaja.

Meng Hao mengambil nafas panjang, meletakkan cengkerang penyu dan bahan perubatan ke dalam beg saktinya, lalu diletakkan beg itu bersama-sama beg sakti yang lain ke dalam beg Kosmos.

Dia berdiri dalam hutan sambil memandang ke langit. Matanya perlahan-lahan mula bersinar apabila dia memikirkan Asas Terulung. Jantungnya berdegup kencang.

"Selepas mengambil pil itu, Kilat Musibah akan jatuh. Aku tidak sepatutnya berfikir tentang Asas Terulung sekarang. Aku akan buat keputusan tentang itu selepas aku mencapai Pengukuhan Asas. Apa yang aku perlukan fikirkan sekarang ialah hal berkaitan tiga Sekta terhebat dan Bapa Reliance." Dia menutup mata dan menarik nafas beberapa kali, mengetepikan segala perkara yang mengganggu fikirannya. Apabila dia membuka matanya, kedua-duanya berasa tenang.

"Setahun telah berlalu dan masa yang ditentukan oleh Bapa Reliance telah tiba. Dia berjanji jika aku berjaya mengumpulkan pakar dari Negeri Zhao di sini, dia akan memberikan ganjaran yang setimpal… " Mata Meng Hao bersinar.

"Tetapi melakukan hal ini amat berbahaya." Dia berkerut dan teragak-agak. "Asas Pertapaan aku berada di peringkat Pemekatan Qi. Ini perkara yang mustahil untuk aku laksanakan."

Aku sepatutnya tidak melibatkan diri. Walaupun Bapa Reliance ada menyatakan tempoh satu tahun yang akan datang namun dia tidak memberikan tarikh yang khusus. Apabila asas Pertapaan aku agak tinggi, mungkin selepas aku mencapai Pengukuhan Asas, barulah aku akan berfikir tentang hal itu. Pada masa itu, aku akan berada dalam kedudukan yang lebih selamat." Dia mendongakkan kepalanya. Semenjak Bapa Reliance menyebabkan kehilangan lembing tiga warna itu, dia telah hilang sedikit kepercayaan dengan kejujuran Bapa.

"Walau bagaimanapun, kerana waran tangkapan dikeluarkan oleh tiga Sekta hebat, pengikutnya sedang mencari aku di serata tempat. Jika aku berada dalam keadaan yang terdesak, aku akan menghadapi segala bahaya dan membawa mereka ke zon meditasi Bapa." Meng Hao memecut tanpa sebarang bunyi ke dalam pergunungan dan keputusannya sudah ditetapkan.

Walaupun dia memecut ke hadapan, dia berasa aneh dan gementar. Jantungnya seperti tidak terkawal, bagaikan ada tangan yang bersaiz besar dan tidak boleh dilihat menembusi dadanya dan menekan jantungnya.

Tiba-tiba, dia merasakan seolah-olah semua pokok di sekeliling memandangnya dengan dingin.

Perasaan itu berlalu pergi. Walaupun perasaan itu telah hilang, muka Meng Hao pucat. Dia memandang sekeliling dan tiada apa-apa yang boleh memberikan petunjuk kepadanya tentang perkara yang sedang berlalu. Adakah ini semata-mata halusinasinya?

"Apa yang berlaku?" dia berfikir sejenak. Selepas beberapa saat, matanya bersinar dan dia memecut ke hadapan.

Sementara itu, jauh dari Meng Hao tetapi masih di negeri Zhao, seorang lelaki tua yang memakai jubah biru ungu duduk bersila di atas gunung. Matanya tertutup tetapi tangan kanannya bergerak-gerak seperti dia sedang membaca mantera. Matanya kemudian terbuka perlahan-lahan dan memandang sesuatu.

"Di sini rupanya kamu," dia berkata dingin. "Ketika-tiga Sekta ingin bersembunyi daripada aku. Kelakar betul." Dia melangkah ke hadapan dan tiba-tiba menghilang.

Pada masa yang sama, Liu Daoyun turut memecut. Dia telah hilang daripada pandangan mata Meng Hao, tetapi dia sempat melihat Liu Daoyun memasuki sebuah pergunungan. Dia mengekorinya dan muka Liu Daoyun dipenuhi dengan kemarahan dan kelihatan seperti pembunuh.

Kebenciannya kepada Meng Hao benar-benar mendalam. Sejak kejadian berdarah apabila dia ditusuk lembing perak, dia telah menjadi bahan jenaka di Negeri Zhao dan hampir mencetuskan peperangan antara dua Sekta. Walaupun peperangan itu berjaya dihalang tetapi dia terpaksa menanggung kesalahan yang telah dia lakukan.

Dia seperti tidak tentu arah sebelum dia dihadapkan di depan Orang Kanan daripada Sekta hebat. Dia telah diikat pada Tiang Pengunci dan dilibas dengan Cemeti Berapi beratus-ratus kali. Sangat sakit dan pedih!

Libasan itu menyebabkan kulitnya tercabut dan dagingnya terbuka. Kesakitan itu terasa sehingga ke tulang. Sehingga ke hari ini, dia selalu terjaga pada waktu malam dan pada setiap kali itu jugalah keinginannya untuk membunuh Meng Hao semakin membuak-buak.

Tidak seperti yang lain yang sibuk mengejar Meng Hao dan cuba untuk menangkapnya. Dia hanya ingin membunuh Meng Hao!

Ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada Sektanya, namun dia telah mengambil keputusan untuk mengabaikannya. Paling teruk, dia akan melarikan diri dari Negeri Zhao selepas dia membunuh Meng Hao. Wilayah Selatan itu luas dan dipenuhi dengan Pertapa terutamanya di kawasan pusat. Sebagai Pertapa yang berada di tahap kesembilan Pemekatan Qi, dia sangat yakin walaupun di mana-mana dia berada dia akan tetap diterima. Pada suatu hari, dia berjanji dia akan kembali ke Negeri Zhao dan menghancurkan Sekta Badai Salju. Dia akan melangsaikan dendamnya dengan pertumpahan darah.

Pada saat ini, dia bergerak dengan laju menggunakan semua tenaga yang telah dikumpulnya. Dia tekad untuk mencari Meng Hao dan membunuhnya sebelum pakar Sekta Pembentukan Asas dan Bapa Pembentukan Teras sampai.

"Meng Hao, kau boleh cuba lari tapi kau sudah tiada tempat lagi untuk lari!" Niat Liu Daoyun untuk membunuh semakin membuak-buak. Dia semakin yakin dia mampu untuk membunuh Meng Hao apabila teringat tentang khazanah yang hebat yang telah dipinjamnya.

Dia memasuki pergunungan itu sambil berdiri di atas pedang kristalnya. Pandangannya dihala ke hadapan dan ke belakang. Disebabkan dia merupakan Pertapa Pemekatan Qi di tahap kesembilan dan juga seorang pengikut Sekta Dalaman, dia juga mempunyai serpihan jed penghantar suara yang digunakan untuk menghantar maklumat kepada pengikutnya dalam satu kawasan untuk memaklumkannya apabila mereka melihat Meng Hao.

Masa telah berlalu. Apabila dia berada tinggi di udara, Liu Daoyun menepuk beg saktiya dengan tiba-tiba dan serpihan jed yang bersinar muncul dalam tangannya. Dia menekan jed itu pada dahinya dan ketawa terbahak-bahak. Dia menukar laluannya dan menuju terus ke arah pengikutnya yang baru sahaja memaklumkan sesuatu kepadanya.

Tempoh untuk separuh colok dibakar telah berlalu. Selepas itu, Liu Daoyun terlihat Meng Hao yang sedang menuju ke hadapan dengan kipas khazanahnya. Benarlah, ini lelaki yang telah membunuh pengikut Sekta Badai Salju dengan menusuk kepalanya dalam satu gerakan.

Pada masa yang sama, Meng Hao menoleh ke belakang dan terlihat Liu Daoyun. Dia berkerut sendirian. Sejak dia merasai tamparan tangan yang tidak kelihatan itu menekan jantungnya, dia berasa dia sedang diperhatikan. Sudah tentu dalam masa yang singkat dia akan perasan terdapat beberapa Pertapa dari tiga Sekta hebat di situ.

Tiada cara lain untuk melarikan diri daripada mereka. Walaupun dia menyerang dan membunuh secepat mungkin, sudah tentu berita ini telah tersebar melalui serpihan jed.

"Meng Hao!" Liu Daoyun menjerit. Tangan kanannya bergerak sambil melakukan bacaan mentera dan dengan segera pedang terbang di bawah kakinya berbunyi dan ditembak terus ke arah Meng Hao.

"Mari kita lihat sejauh mana kau mampu lari! Aku, Liu, akan menghancurkan kau satu persatu hari ini! Itu sahaja cara untuk aku menghilangkan amarah dalam hati aku!" Mata Liu Daoyun merah sebaik sahaja dia melihat Meng Hao dan niatnya untuk membunuh semakin membuak-buak.

Mata Meng Hao bersinar dan dia hendak meneruskan perjalanannya, tetapi secara tiba-tiba pemikirannya terganggu. Terdapat sedikit Deria Kerohanian yang masih berbaki, yang menyebabkan Meng Hao segera bergerak ke belakang. Ketika pedang terbang itu menuju ke arahnya, tiba-tiba datang angin yang kuat menolak pedang kristal itu ke tepi.

Pada masa yang sama, seorang lelaki tua tiba-tiba muncul. Dia memakai jubah biru ungu dan terdapat tanda penuaan pada mukanya, namun matanya bersinar dengan aura yang menakutkan sehingga boleh menggentarkan semangat seseorang.

Di dalam matanya seperti terdapat matahari, bulan dan bintang, membuatkan sesiapa yang melihatnya akan tersesat. Terdapat corak yang aneh pada jubah birunya seolah-olah terdapat altar pada bajunya dan pada bahagian tengah seakan-akan terdapat sebiji mata. Mata itu bagaikan mengandungi lebih banyak nestapa berbanding mata orang tua itu.

"Penangan yang amat kuat," dia berkata sambil melihat Liu Daoyun. Apabila orang tua itu bercakap, tenaga di sekeliling Meng Hao seperti berkecamuk dan tiba-tiba dia berasa seperti terhuyung-hayang. Sekali lagi, dia mengalami cengkaman daripada tangan yang tidak kelihatan pada hatinya. Mukanya berubah dan jantungnya berdegup.

Apabila Liu Daoyun melihat orang tua itu, dia berasa terkejut dan dia bergegas melangkah ke belakang dan mengangkat tangannya untuk memberi tanda hormat.

"Aku Liu Daoyun daripada generasi muda. Salam hormat, Dewa Kalam."

Pada masa yang sama, muncul enam bayangan dari langit. Mereka berada begitu jauh sekali, tetapi dengan satu nafas sahaja mereka berada di tempat kejadian.

Apabila dia melihat keenam-enam orang itu, hati Meng Hao menjadi lemah. Bagaikan dia pernah melihat mereka. Mereka ialah pengikut Aneh Pembentukan Teras dari Negeri Zhao yang pernah muncul pada hari kehancuran Sekta Reliance. Salah seorang daripada mereka merupakan perempuan yang telah meninggalkan tanggapan mendalam kepada Meng Hao.

Apabila mereka tiba, langit dipenuhi dengan jalur cahaya bagaikan lebih daripada sepuluh orang yang menyerbu. Mereka tidak meluncur tetapi mereka terbang dan mengaum kuat ke udara. Burung dan binatang liar di sekitar melarikan diri. Semua orang yang sampai memandang pada Meng Hao.

Mukanya menjadi suram ketika dia memandang sekeliling. Dia dapat melihat betapa marahnya Pertapa Pengkuhan Asas yang pernah cuba untuk menyerangnya.

Tekanan yang kuat telah dikenakan ke atas semua tempat di situ. Muka Liu Daoyun berubah pucat dan dia melangkah ke belakang beberapa langkah. Dia merenung Meng Hao dan niatnya untuk membunuh terkubur seketika, tetapi dendam di mukanya amat jelas.

Hati Meng Hao menjadi lemah, hari ini tiada tempat untuk bersembunyi. Setelah beberapa ketika, riaknya kembali biasa. Dia menarik nafas dalam dan memandang sekeliling melihat pakar dari Negeri Zhao. Dia tidak berkata apa-apa.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C77
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión