Huang Shi Xin melirik timbunan batu itu tanpa minat dan berkata dengan menyampah, "Saya dah beli batu Bos Hou, saya tak nak batu-batu awak lagi. Bawa balik semua batu awak, jangan ganggu saya nak belah batu saya."
Huang Shi Xin terus menoleh kepada Hou Mao Feng dan menjelaskan, "Bos Hou, jangan terasa dengan benda ni. Sebelum ni awak cakap awak nak jual dekat keluarga Si, kan? Saya tak ada batu nak beli jadi kebetulan kedai Wan He Yun tergesa-gesa untuk jual batu mereka. Lagipun, harga semua batu tu murah. Sebab tu saya terima tawaran tu!"
Sebaik sahaja Wan He Yun terdengar semua itu, dia tahu apa yang sedang berlaku. Huang Shi Xin sudah berbincang harga dengannya, malah telah meminta dia menghantar semua batu itu kepadanya. Tetapi sekarang, dia mahu menarik diri kerana dia telah membeli batu Hou Mao Feng.
Hou Mao Feng menggeleng kepalanya dan berkata kepada Huang Shi Xin, "Maaf Bos Huang, tapi macam mana awak boleh terima barang sampah macam ni?"