Keesokan paginya.
Ye Wan Wan bangun dan tersedar yang dia sedang berbaring di atas katil, telah bertukar ke baju tidur yang bersih dan rambut palsu di atas kepalanya telah hilang. Entah bagaimana dia telah kembali menjadi perempuan semula sehingga dia begitu terkejut dan terjatuh daripada katilnya.
Dia telah minum melebihi hadnya semalam dan tidak boleh mengingat langsung apa yang telah berlaku. Dia hanya ingat pergi ke parti kolam renang bersama dengan Han Xian Yu.
'Han Xian Yu dah tahu ke rahsia aku?'
Ye Wan Wan memakai seliparnya dan meluru keluar daripada bilik tidur…
Dia ternampak Si Ye Han sedang minum secawan kopi di ruang tamu…
Selepas dia melihat Si Ye Han, Ye Wan Wan mengeluh lega dan mula bertenang.
"Baby, bukan awak dekat luar negara ke? Oh, kenapa dah lambat sangat ni? Saya kena pergi ke pejabat…" Ye Wan Wan baru perasan waktu ketika itu dan terus bergegas untuk bersiap.