Descargar la aplicación
3.4% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 47: Tidak Pernah Nampak Dia Tersenyum

Capítulo 47: Tidak Pernah Nampak Dia Tersenyum

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas membaca teks pesanan daripada Ye Wan Wan, tiba-tiba tekak Si Xia berasa mual dan dia hampir tercekik muntahnya sendiri.

Semenjak kecil lagi, semua kehendak Si Xia dipenuhi walau ke mana jua dia pergi; dia tidak pernah difitnah begitu dahsyat lagi.

Jika perempuan hodoh ini mahukan perhatiannya, maka dia sudah berjaya.

"Oh…hodoh?"

Ye Wan Wan yang terdengar suara dari sebelahnya sedar bahawa kandungan teks pesanannya telah dibaca. Namun, dia tidak berasa menyesal pun. Dia memegang telefon bimbitnya, senyum dan menoleh ke arah lelaki yang sedang marah itu sambil berkata, "Kau tak perlu rasa rendah diri. Sebenarnya, rupa kau boleh tahan—kau cuma kalah dengan teman lelaki aku!"

"…" Si Xia tidak pernah terbayangkan pun untuk membawa teman lelaki Ye Wan Wan ke mari untuk dibandingkan. Dia hanya menarik nafas dalam-dalam dan menutup matanya untuk berehat. Dia mungkin mati kerana darahnya naik terlalu tinggi jika dia terus melayan si bodoh ini.

Ye Wan Wan mencebik bibir dan berkata dalam hati, 'Isk, tak percaya pula dia.'

Pada waktu yang sama, di rumah lama keluarga Si:

Si Ye Han baru sahaja selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.

Selain daripada Mo Xuan, terdapat seorang doktor kanan bersama-samanya. Seorang wanita berumur tujuh puluh atau lapan puluh tahun duduk bersebelahan Si Ye Han.

Kepala wanita tua tersebut dipenuhi dengan rambut beruban dan terdapat manik yang dipusingkan antara jari-jemarinya. Dia hanya merenung cucunya dengan perasaan sedih.

Doktor kanan tersebut mengambil nadi Si Ye Han, riak wajahnya menjadi semakin suram. Wanita tua tersebut melihat wajah doktor itu yang muram dan dia menjadi semakin bimbang.

Namun, Si Ye Han hanya duduk di sofa sambil menghirup teh tanpa sebarang riak pada wajahnya selepas nadinya diambil. Dia kelihatan seperti tidak kisah akan kesihatan sendiri.

Wanita tersebut bertanya dengan penuh gusar, "Dr Mo, Dr Sun, tolong jujur dengan saya, jangan cakap berlapik-lapik. Macam mana dengan kesihatan Si Kecil ke-9?"

Mo Xuan mengerling ke arah Si Ye Han dan kemudian dia mengeluh dan tidak mampu berkata apa-apa.

Wanita tua tersebut menjegilkan matanya serta-merta lantas bertanya, "Kenapa kamu tengok dia?! Saya tanya tadi!"

Mo Xuan mempertimbangkan perkara yang perlu dikatakan sebelum menjawab, "Keadaannya masih sama."

Wanita tua tersebut mendengus dan membalas, "Jangan cuba nak tipu saya! Kamu kata dia hanya tidur beberapa jam saja semalam, beberapa jam lagi sehari sebelum itu dan sama juga untuk hari sebelumnya!"

Mo Xuan tidak ada pilihan lain selain menjawab, "Hari sebelum semalam, sesi hipnosis gagal. Sama juga dengan hari sebelum itu…gagal juga…malam semalam pula, En Si kembali ke taman Jin kira-kira pukul 3 pagi jadi saya tak dapat merawat dia…"

Wajah wanita tua tersebut bertukar serta-merta. "Tiga hari?! Dia tak tidur selama tiga hari lagi?!"

Mo Xuan tidak berani memaklumkan wanita tua tersebut bahawa corak tidur Si Ye Han sangat teruk sepanjang minggu ini.

Dia menjangkakan bahawa Si Ye Han sudah mencapai hadnya semalam dan dia risau bahawa akan berlaku masalah yang besar pada tubuhnya. Dia agak terkejut melihat keadaan Si Ye Han tidak seteruk seperti yang disangkakan.

Doktor kanan mengeluh dan berkata, "Puan, saya tak akan sembunyikan hal ini daripada puan. Sepanjang dua tahun ini, kesihatan tuan muda semakin teruk. Gangguan tidurnya semakin mempengaruhi sikapnya dan kalau kita tak cari penawar yang berkesan dalam masa terdekat, saya takut yang…"

Wanita tua tersebut terus naik darah dengan kata-kata doktor kanan yang tidak terungkap. "Apa gunanya kalau saya faham? Kamu berdua patut cari penawarnya! Bukankah kamu berdua doktor pakar? Tapi dua-dua pun tak boleh selesaikan kes insomnia yang kecil?"

Mo Xuan yang kelihatan tidak bermaya membalas, "Puan, masalah tuan ke-9 terletak pada psikologinya. Bila anginnya baik, maka dia dapat tidur lebih lama. Apabila dia ada masalah, dia tak akan dapat tidur seminit pun."

Wanita tua itu semakin berang. "Kalau begitu fikirlah sesuatu untuk memperbaiki mood dia!"

Mo Xuan hanya tersenyum kelat dan berbisik dalam hatinya, 'Kamu tahu betapa teruknya perangai cucu kamu—perbaiki mood dia? Cakap saja senanglah!

'Sebenarnya, walaupun aku dah lama berada di sisi tuan, aku tak pernah lihat dia senyum, okey?'

Ketika suasana di ruang tamu tersebut menjadi semakin tegang, Si Ye Han yang dingin dan tidak menghiraukan keadaan tersebut sedang duduk di atas sofa sambil memandang telefonnya dan tergelak kecil. "Oh…"


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C47
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión