Descargar la aplicación
0.5% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 7: Apa Yang Awak Buat Malam Semalam

Capítulo 7: Apa Yang Awak Buat Malam Semalam

Editor: EndlessFantasy Translation

Dengan bantuan sabun, tatu di tubuhnya perlahan-lahan larut dan menghilang.

Ye Wan Wan merendam tubuhnya dalam air suam, meletak pupur muka ke wajahnya dan menutup matanya untuk seketika.

Setelah membukanya semula, air di dalam tab mandi telah bertukar hitam dan berkeladak.

Manakala tubuhnya pula…

Tanpa kesan tatu yang menutup kulitnya, tubuhnya mendedahkan keadaan asalnya.

Tatu sementara yang dia gunakan ialah jenis yang tidak merosakkan kulitnya. Selain daripada tanda lahir berwarna merah seperti bulan sabit, seluruh tubuhnya tiada cacat cela. Seperti sekeping batu jed. Lembap dan lembut. Hampir seperti salji di bawah cahaya bulan, putih dan jernih.

Sebelum dilahirkan semula, dia juga telah mencacah tatu kekal mengikut gerak hatinya. Tatu itu telah kekal bersama dirinya selama 7 tahun lamanya. Jadi untuk 7 tahun ini, dia tiada petunjuk bagaimana rupa tubuhnya yang sebenarnya.

Kini apabila melihat keadaan asalnya, dia sendiri terkejut dengan keadaan kulitnya yang baik.

Selain itu, dia sekarang di umur 20 tahun, usia terbaik untuk kulit perempuan.

Selepas menanggalkan pupur muka dari wajahnya, Ye Wan Wan mengeringkan tab mandi dari air yang berkeladak tadi dan mencuci tubuhnya sekali lagi.

Dia kemudian menyarung jubah mandi dan duduk di hadapan meja solek.

Gadis yang berada di depan cermin itu memiliki kening lebat seperti abu, hidung yang tinggi, dan bibir lembut dengan warna yang natural seperti bunga ceri di bulan Mac. Ciri paling menarik di wajahnya ialah sepasang matanya, seperti tasik di musim luruh, berkilauan seperti bintang di langit.

Disebabkan penggunaan solekan berat dalam jangka masa yang panjang, kulitnya telah menjadi kering dan rosak. Tetapi kelembapan pupur muka sebentar tadi telah membantu mendapatkan semula keremajaan kulit di wajahnya seperti kulit tubuhnya.

Namun, Ye Wan Wan sedar ini hanya untuk sementara waktu. Sama seperti semua prosedur kecantikan, pupur muka hanya boleh membantu keadaan semasa kulit untuk tempoh yang singkat. Terutamanya pupur muka kecemasan yang tidak akan menyembuhkan punca utama masalah tetapi hanya memberi penyelesaian sementara.

Untuk kulit diwajahnya sembuh sepenuhnya, ia memerlukan penjagaan rapi.

Gaya rambut melampau yang dibuat di salun rambut telah kembali kepada keadaan asalnya setelah dicuci. Rambutnya yang panjang sehingga mencecah pinggang itu, sehitam dakwat dan dibiarkan bebas.

Sebelum ini, dia telah memotong rambut panjang yang sangat disayanginya, tapi sekarang dia sudah mendapatnya kembali…

Ye Wan Wan sangat gembira dia telah mendapat kembali apa yang dia hilang sebelum ini. Perlahan, dia mengambil sikat kayu dan menyikat rambut yang dirinduinya.

Selepas mengeringkan rambutnya, Ye Wan Wang melihat ke dalam almari yang dipenuhi baju pelik dan mula risau semula.

Lupakan, saya akan pergi ke bilik kot di tingkat 3 untuk mencari sepasang busana. Peluang dilahirkan semula bukan selalu datang, kenapa saya perlu biarkan diri saya tidak selesa?

Seluruh tingkat 3 adalah bilik kot. Di dalamnya, ada orang yang telah diupah oleh Si Ye Han untuk membantu Ye Wan Wan dengan busana, aksesori, dan bag. Walaupun dia tidak pernah menyentuh mana-mana item itu, selama 7 tahun, barang-barang di dalam bilik kot itu sentiasa mengikut trend semasa.

Di tingkat bawah.

Di hadapan meja makan, Si Ye Han sedang menghirup kopinya perlahan-lahan.

Disebabkan tidur yang tidak cukup, lingkaran hitam di mata lelaki itu nampak lebih hitam dari biasa. Mukanya yang tiada cacat cela kelihatan seperti telah menyedut inti pati seekor syaitan, apa yang kurang hanyalah cahaya keluar dari tubuhnya.

"Ah Si, panas panas panas…" Lin Que terkejut dengan apa yang dilihat, melecur terkena kopi yang panas berwap.

Si Ye Han berpaling ragu-ragu, melihat pada kawan baiknya yang duduk bertentangan dengannya, yang dengan jelas sedang terkejut.

Lin Que berasa walaupun lelaki ini menghambur kenyataan berunsur sindiran kepadanya, dia tetap kelihatan sangat tampan!

Lin Que menghentak kopi yang dipegangnya ke atas meja, "Sumpah! Si ke-9! Cakap betul sekarang! Apa yang awak buat malam semalam? Adakah awak tidur dengan mana-mana perempuan untuk mengimbangkan semula yin dan yang awak?


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C7
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión