Descargar la aplicación
8.16% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 81: Cantik Tidak Terbanding (Pengakhiran Jalan Cerita Majlis Hari Jadi)

Capítulo 81: Cantik Tidak Terbanding (Pengakhiran Jalan Cerita Majlis Hari Jadi)

Editor: EndlessFantasy Translation

Pengumuman yang begitu mengharukan sekali.

Beberapa orang wanita di khalayak ramai tersentuh melihatkan kasih sayang yang ditunjukkan Chui Ming.

Tanggapan mereka terhadap Wushuang berubah menjadi lembut.

Tetapi sudah pasti, lakonan Chui Ming itu tidak dapat menipu semua orang.

Xinghe telah lama mengeraskan hatinya untuk berhadapan dengan kutu-kutu seperti mereka. Jadi, tidak kira bagaimana teruk Wushuang menangis atau betapa mengharukan ungkapan cinta Chui Ming, Xinghe tidak terkesan sedikit pun.

Wushuang sedar yang ini merupakan situasi terbaik yang boleh diharapkan.

Sudah tiba masanya untuk pergi, kerana mereka hanya akan berasa lebih malu lagi jika masih berdegil.

Rancangan asal mereka ialah untuk memusnahkan Xia Xinghe. Malangnya perempuan murahan itu telah melancarkan serangan balas yang sempurna.

Wushuang benar-benar telah dimalukan!

Kedudukan sosialnya telah tercalar. Dia memerlukan bertahun-tahun lamanya untuk menebus semula maruahnya, itu pun jika dia masih berpeluang.

Usahanya selama beberapa tahun lepas telah terbazir begitu sahaja. Wushuang benar-benar ingin menghapuskan kewujudan Xinghe dari muka bumi ini.

Apabila dia diheret keluar oleh pihak polis, dia merenung ke arah Xinghe dengan kejam, seolah-olah memberi isyarat tentang perkara ngeri yang akan dia lakukan padanya.

Chui Ming juga turut memberikan pandangan yang sama.

Semboyan perang telah dibunyikan secara rasmi.

Ia hanya akan berakhir apabila salah satu pihak telah mati!

Setelah Chui Ming pergi, Xinghe pun bersedia untuk beredar.

"Xinghe," tiba-tiba Mubai memanggilnya. Dengan perasaan prihatin, dia menambah, "Saya perlu beri amaran kepada kamu untuk berhati-hati. Chui Ming bukan sembarangan orang."

Benar, hari ini Xinghe menang. Tapi, pertarungan masih belum berakhir.

Dan pertarungan ini, kurang memihak kepada Xinghe kerana dia kekurangan sesuatu yang ada pada Chui Ming iaitu, wang.

"Saya tahu," balas Xinghe ringkas sebelum tergesa-gesa meminta diri.

Melihatkan belakang tubuh Xinghe yang perlahan-lahan hilang daripada pandangannya, Mubai tiba-tiba berasakan Xinghe teramat cantik sekali.

Xinghe kelihatan begitu anggun dan menawan, sukar untuk dilupakan.

Bukan Mubai sahaja berfikiran sebegitu, Lu Qi dan ramai tetamu lain juga sama.

Apabila mereka teringat tentang majlis hari jadi ini, imej wanita berpakaian merah menyala seperti api muncul di minda mereka.

Buat pertama kalinya semenjak mereka bertemu semula, Tianxin berasa sangat tercabar dengan kehadiran Xinghe.

Dia melangkah ke sisi Mubai dan berbisik lembut seakan-akan seekor tikus, "Mubai, takutnya saya tadi. Xinghe hampir difitnah masuk penjara tadi, tapi mujurlah dia terbukti tidak bersalah. Tapi, kenapa dia bawa pen perakam ke majlis hari jadi anak lelaki dia?"

Tianxin membiarkan soalannya terngiang-ngiang di minda.

Salah satu penjelasannya adalah Xinghe sedang memasang perangkapnya tersendiri.

Sekarang, mangsa buruan sudah menjadi pemburu pula. Tindakan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang bijak dan licik.

Tianxin ingin mewujudkan tanggapan dalam minda Mubai yang Xinghe seorang wanita yang sangat pandai memanipulasi.

Ini kerana dia percaya semua lelaki menyukai wanita yang baik hati tetapi lemah.

Mubai melihat ke arahnya dan berkata dengan nada yang tidak berminat, "Dia tiada kaitan dengan saya."

Jika Xinghe benar-benar memasang perangkap untuk Wushuang pun, dia tidak peduli. Malah, dia sangat kagum jika Xinghe berbuat demikian.

Tianxin berasa seronok dalam diam kerana dia menyangkakan orang yang dimaksudkan oleh Mubai adalah Xia Xinghe, maksudnya Xia Xinghe bukanlah siapa-siapa dimatanya.

Dia yakin Mubai tidak tertarik pada Xia Xinghe kerana Mubai langsung tidak berminat dengan mana-mana wanita kecuali Tianxin seorang.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C81
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión