Descargar la aplicación
6.55% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 65: Emak Dia… Xia Xinghe

Capítulo 65: Emak Dia… Xia Xinghe

Editor: EndlessFantasy Translation

Rekaan bahagian bawah gaun tersebut juga difikirkan dengan teliti.

Gaun tersebut direka dengan stail yang mendedahkan kaki Xinghe yang panjang semasa dia berjalan, mencipta satu fatamorgana yang begitu seksi.

Mereka kata kecantikan itu memerlukan kesakitan, jadi untuk memperbaik kontur badannya, Xinghe memakai sepasang kasut tumit setinggi 10 sentimeter pada malam tersebut.

Xinghe dibalut dengan warna merah tetapi ia tidak kelihatan menjolok mata padanya. Sebaliknya, warna merah tersebut seolah-olah memberikan satu penampilan bagaikan bunga mawar yang sedang kembang, indah dan menarik.

Keyakinan yang dipancarkan Xinghe sangat padan dengan gaun pada malam tersebut. Dia bersinar bagaikan matahari.

Dia merupakan wanita paling cantik yang pernah dilihat oleh kedua-dua pekerja hotel tersebut pada malam itu.

Tidak,dia merupakan wanita paling cantik yang mereka pernah lihat dalam hidup mereka.

Mereka dapat merasakan jantung mereka melangkau rentak dan persoalan dalam fikiran mereka ialah; siapakah wanita ini?

"Kak, saya benar-benar berharap untuk berada di situ ketika Chu Tianxin melihat Kakak," kata Xia Zhi dengan senyuman sinis kemenangan.

Mungkin kini Chu Tianxin yang dulu memandang rendah padanya akan memahami mengapa kakaknya boleh memiliki tunangnya terlebih dahulu.

Tentang itu, Xi Mubai juga boleh mengorek hatinya keluar dengan penuh sesalan kerana boleh melepaskan bekas isterinya yang begitu cantik sekali.

Jika Xia Zhi tidak mempunyai tanggungjawab untuk menjadi pemandu segera Xinghe, dia benar-benar ingin mengikuti kakaknya ke parti tersebut untuk melihat reaksi mereka.

Dia tahu ia pasti menyeronokkan.

Sekurang-kurangnya dia akan mempunyai siaran secara langsung melalui monitor penyelia.

Xinghe tidak kisah tentang reaksi orang-orang ini, dia hanya mempunyai satu niat sahaja untuk berada di situ dan niatnya ialah mengucapkan selamat hari jadi kepada Lin Lin.

"Saya sedang menuju ke dalam," dia memberitahu Xia Zhi.

Xia Zhi mengangguk. "Kak, hati-hati."

Xinghe menyelak skirtnya ke satu sisi dan berjalan penuh keyakinan di atas permaidani merah ke dalam hotel tersebut.

"Cik, sila tunjukkan …." seorang pelayan melayannya.

Sebelum pelayan tersebut dapat menghabiskan perkataannya, Xinghe telah menghulurkan kad jemputannya dipegang dengan dua jari pertamanya. Pelayan tersebut menerimanya dengan senyuman. Dia terus berjalan tanpa menunggu pengesahan jemputan tersebut.

"Xia Xinghe…" Pelayan tersebut membaca namanya pada atas kad jemputan sambil merenung ke bahagian belakang Xinghe, "Adakah dia seorang selebriti terkenal? Tetapi, kenapa saya tidak pernah mendengar namanya sebelum ini?"

"Apa yang kamu kata?" Tiba-tiba satu bayangan kecil keluar dari belakang tumbuh-tumbuhan berpasu.

Pelayan tersebut melompat terkejut. Dia kembali bertenang dan menyedari bukankah ini Tuan Muda Xi yang semua orang sedang cari?

Apa yang dia buat di sini?

"Siapa nama dia yang kamu sebutkan tadi?" Xi Lin mengulang soalan tersebut dan hatinya melonjak penuh resah dan jangkaan.

Pelayan tersebut menjawab dengan sopan, "Nama atas kad jemputan ini adalah Xia Xinghe…"

Xia Xinghe!

Xi Lin dengan pantas menoleh kepalanya ke sisi dan menetapkan matanya pada bahagian belakang Xinghe.

Wanita tersebut…adalah Xia Xinghe…emak dia!

Walaupun Xi Lin tidak dapat mengingati muka emaknya, dia tahu nama emaknya.

Xia Xinghe, dia telah melekatkan nama tersebut dalam ingatannya semenjak keluarga mereka memberitahunya nama emaknya.

Xi Lin tidak sangka Xinghe akan muncul di hotel tersebut.

Tetapi apa yang dia buat di sini?

Untuk menghadiri majlis hari jadinya…?

Mata anak kecil itu dipenuhi dorongan yang kuat apabila desakan untuk menghalang emaknya muncul di dalam hatinya. Dia perlu menghalang Xinghe daripada memasuki dewan tersebut.

Kerana mereka ingin menggunakan parti hari jadinya untuk mengumumkan perkahwinan bapanya dengan Mak Cik Chu!


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C65
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión