Descargar la aplicación
95.08% Perceraian Ke-99 / Chapter 871: Saya Lebih Teruk daripada Khinzir atau Anjing!

Capítulo 871: Saya Lebih Teruk daripada Khinzir atau Anjing!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya pasti akan bekerja keras untuk dapatkan wang dan bayar semua hutang itu, tapi untuk kos perubatan…"

"Bagaimana kalau saya tak mahu biarkan kamu pergi?" tiba-tiba Ou Ming berkata lalu melepaskan pelukan dan memandang wajah Yu Lili. Riak wajahnya kelihatan serius.

"Yu Lili, beritahu saya perkara sebenar, kandungan itu… Kenapa kamu lakukannya?" Ou Ming merenungnya dengan pandangan mendalam dan membuatkan Yu Lili berasa sedih.

Dia tunduk memandang lantai dan berkata, "Berhenti bertanya kerana kamu tak akan percaya… Atau kamu akan fikir saya cuba menipu dan mencipta alasan." Itulah yang selalu terjadi. Sejak kali pertama mereka bertemu selepas empat tahun terpisah, Ou Ming sentiasa mengesyaki setiap kata-kata saya. Lelaki ini telah hilang seluruh kepercayaannya kepada saya. Apa gunanya bertanya lagi? Dia langsung tidak akan mempercayainya…

Walau bagaimanapun, apabila mendengar kata-kata Yu Lili, Ou Ming merasakan hatinya seakan dihempas ke batu dan berkecai. "Doktor beritahu anak itu mungkin akan cacat, disebabkan itulah kamu gugurkannya, bukan?" Ou Ming memegang kedua-dua bahu Yu Lili dengan kuat dan merenungnya seakan pandangannya tembus ke hati Yu Lili. "Beritahu saya dengan jujur."

Sebaik mendengar kata-kata itu, Yu Lili terus memandang Ou Ming dengan terkejut. Riak wajah Yu Lili membuatkan Ou Ming tahu jawapan kepada soalannya. Ia benar… Adakah Yu Lili menulis perkara ini di dalam diarinya? Dia amat peduli dengan diarinya kerana dia menulis sebab ini di dalamnya, bukan? Jika Yu Lili sendiri yang memberitahu atau saya membaca sendiri perkara ini di dalam diari itu, saya mungkin tidak sepenuhnya percaya. Tetapi Xu Cheng ialah pekerja saya, jadi perkara yang ditemuinya pasti bukan palsu. Rupa-rupanya… wanita ini menyimpan rahsia yang teramat besar…

Air mata mula menuruni pipi Yu Lili. Melihat riak wajah Ou Ming yang sedih, sesuatu yang berada di dalam hatinya selama empat tahun seakan jatuh. Nafasnya menjadi kencang dan dia terus menangis.

Ou Ming merasakan hatinya seakan ditusuk oleh jarum yang tajam sehingga berdarah. Dia menarik kembali Yu Lili ke dalam pelukannya dan menangis sambil berbisik, "Kenapa kamu tak beritahu saya? Kenapa sembunyikannya daripada saya selama ini? Yu, kamu terlalu pentingkan diri." Ou Ming menangis teresak-esak dan mengusap rambut pendek Yu Lili. "Kenapa kamu tak beritahu saya kamu mengandung, tentang kemungkinan mereka cacat dan sebab kamu gugurkannya? Kenapa tak beritahu saya apa-apa? Kamu hanya tunggu saya tahu sendiri dan bertanya…" 

Semuanya ialah rahsia yang amat besar. Bagaimana Yu Lili menghadapi semua yang berlaku satu demi satu seorang diri. Tambahan pula… saya bertindak keterlaluan. Saya lebih teruk daripada khinzir atau anjing!

"Maaf, maaf, maaf…" Yu Lili menangis di bahu Ou Ming dengan kelemahan yang sukar dilihat pada waktu biasa. Tangannya berada di dada Ou Ming. "Saya tak tahu ada dua bayi, saya tak tahu mereka kembar…"


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C871
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión