Descargar la aplicación
94.32% Perceraian Ke-99 / Chapter 864: Ou Ming, Kamu Cemburu?

Capítulo 864: Ou Ming, Kamu Cemburu?

Editor: EndlessFantasy Translation

Pada mulanya Lu Yihan risau makanan yang banyak itu tidak akan habis, tetapi Luo Zhan makan dengan sangat banyak.

Luo Zhan memberitahu dia mahu makan, jadi dia memang datang untuk makan.

Selepas kenyang, Luo Zhan membantu Lu Yihan membasuh pinggan mangkuk tanpa berkata apa-apa. Apabila mereka selesai, telefon Luo Zhan berdering ketika dia mahu beredar. Ia panggilan daripada Li Sicheng.

"Li."

"Datang ke Palace One."

"Okey, tapi aku dah makan, jadi kau tak perlu tunggu aku kalau mahu makan." Luo Zhan berasa agak mengantuk selepas makan lalu menguap.

Suara di telefon itu bertukar kepada suara Ou Ming. "Kau rapat dengan Lu bukan? Suruh dia datang juga."

"Kenapa kau nak dia pergi ke sana?" Luo Zhan sedikit bingung. Tetapi ketika itu juga sesuatu terlintas di fikirannya dan dia segera faham. "Sebab Yu itu dah kembali?"

"Ya."

Segala sebab musabab digabungkan dan Luo Zhan dapat memahami perkara yang berlaku. Dia menoleh ke arah Lu Yihan yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya. "Oh, kau tak perlu risau. Lu Yihan tak sukakan dia."

Lu Yihan mendengar namanya disebut dan terus menoleh dengan wajah keliru.

Walau bagaimanapun, Ou Ming tidak menjelaskannya dan berkata, "Bawa saja dia ke sini." Selepas itu dia terus menamatkan panggilan.

Luo Zhan terkedu, kemudian menoleh ke arah Lu Yihan dan memberitahu tentang jemputan Ou Ming.

"Okey. Aku pun tak ada apa-apa kerja sekarang." Lu Yihan bangun dan menyambung, "Aku pergi tukar baju dulu."

*****

Jam 1.00 tengah hari, di ibu kota.

Ou Ming membawa pulang barang-barang Yu Lili yang kelihatan berharga. Ketika itu juga Yu Lili baru selesai bersarapan dengan Su Qianci dan kembali ke bilik. Dia berasa terkejut dan terharu sebaik melihat barang-barang kepunyaannya. Dia mengambil telefon bimbitnya dan menghidupkannya, kemudian mula mengemaskan barang-barang lain.

Ou Ming melihat Yu Lili menyembunyikan buku notanya dan mencari barang-barang yang lain. Pandangannya menjadi tajam dan dia berkata, "Mari kita balik ke Kingstown hari ini."

Yu Lili terkaku sebaik mendengar kata-kata itu. Dia menyangka dia tersilap dengar, jadi dia mengangkat kepalanya dan bertanya, "Apa kamu cakap?"

"Mari balik ke Kingstown dan tinggal di Vila Xishan." Ou Ming duduk di sofa dan perlahan-lahan menanggalkan butang jaketnya. "Kamu nampak seperti pandai melukis. Kamu mahu bekerja melukis komik?"

Dalam syarikat Ou, terdapat satu laman web komik yang khas untuk pelanggan atas talian. Ramai orang boleh membuat banyak wang melalui laman web itu dan Yu Lili juga tahu tentangnya. 

Tetapi, Ou Ming bekerja di syarikat itu… Adakah saya akan dikatakan menggunakan orang dalam? Tunggu dulu… Bagaimana dia tahu saya pandai melukis? Yu Lili menoleh ke arah buku nota yang disembunyikannya di antara barang-barang lain. Selepas diarinya hilang, dia membuat diari baru dan diari baru itu sentiasa berada di sisinya. Ou Ming… saya bimbang dia sudah baca diari itu. Ada beberapa lukisan di dalamnya di samping beberapa perkataan. Kebanyakan lukisan itu ialah wajah, dan wajah yang paling banyak pastilah Ou Ming. Kedua terbanyak ialah Lu Yihan…

Ou Ming menjelingnya sekilas dan berkata, "Kamu masih sukakan Lu Yihan?"

Yu Lili tidak tahu apa yang dimaksudkan Ou Ming lalu memandangnya dengan ragu-ragu.

"Jangan takut, saya tak akan makan dia."

"Tak patut dikatakan saya "suka" dia, sebab dulu memang saya suka lelaki seperti itu, tapi tidak lagi sekarang."

"Betulkah…" Suara Ou Ming perlahan dan tidak jelas.

Yu Lili berasa agak tidak sedap hati. Dia berdiri di tempatnya dengan perasaan tidak selesa dan bertanya dengan berani, "Kamu cemburu?"


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C864
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión