Descargar la aplicación
92.24% Perceraian Ke-99 / Chapter 845: Ou Ming yang Minta Saya Datang

Capítulo 845: Ou Ming yang Minta Saya Datang

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci memakai kot Kashmir berwarna hijau muda bersama baju berenda yang cantik di bahagian dalam. Dia kelihatan cantik dan anggun bersama rambut panjangnya. Kulitnya yang putih mulus serta wajahnya yang amat cantik menjadikan Su Qianci seorang wanita yang amat menawan. Yu Lili tidak memikirkan tentangnya ketika dia memakai gaun pesakit, tetapi apabila membandingkan dirinya dengan Su Qianci sekarang, dia tersedar mereka bagaikan langit dan bumi.

Dahulu, dia lebih cantik dan bertenaga daripada Su Qianci, tetapi sekarang… nasib mereka sudah bertukar. Ou Ming menyedari perubahan riak wajah Yu Lili lalu tunduk dan melarikan pandangannya. Yu Lili yang tidak menyedari perlakuan Ou Ming mengajak Su Qianci keluar dengan teruja dan memaut lengannya.

Kedua-dua wanita itu berjalan keluar dari wad. Su Qianci berkata kepada dua lelaki yang duduk di sofa, "Jangan lupa selesaikan segala urusan daftar keluar. Saya pergi dulu dengan Lili."

"Okey," jawab Li Sicheng dengan nada yang lembut. "Hati-hati."

"Baik." Su Qianci melambai tangannya dan membawa Yu Lili keluar. Apabila keluar dari wad itu, Su Qianci memegang tangan Yu Lili dan berkata, "Kurusnya kamu sekarang. Dulu kamu sangat cantik. Kenapa kamu seksa diri kamu sehingga begini? Dah macam hantu, sangat hodoh."

Mendengar kata-kata itu, Yu Lili menyentuh wajahnya dan bertanya dengan penuh risau, "Betulkah saya hodoh?"

Su Qianci memandang Yu Lili dari atas hingga bawah sebelum mengangguk dengan serius. "Ya, sangat hodoh."

Yu Lili berasa agak tidak gembira lalu berkata, "Pinjamkan saya alat mekap kamu."

Su Qianci tersenyum. "Jom ke restoran dulu dan tunggu mereka. Mereka berdua itu nampak seperti ada sesuatu untuk dibincangkan. Pasti mereka datang lambat, jadi kita boleh buat solekan sementara tunggu mereka."

"Okey!"

Mereka menaiki teksi ke sebuah restoran Kantonis tempatan yang terkenal. Yu Lili belum pulih sepenuhnya, jadi dia hanya dapat menjamah sedikit santapan ringan. Selepas memesan makanan, mereka mengeluarkan barang-barang solekan dari kotak.

Yu Lili pergi ke bilik air untuk membasuh wajahnya dan mengeringkannya. Selepas memakai solekan, dia bertanya kepada Su Qianci, "Kenapa kamu tiba-tiba datang ke ibu kota? Kamu ada trip perniagaan bersama suami kamu?"

"Tidak," jawab Su Qianci sambil tersenyum. "Ou Ming yang minta saya datang ke sini."

Yu Lili terkedu seketika dan merenung wajah Su Qianci. Tiada tanda-tanda bergurau kelihatan pada wajah itu. Su Qianci menyambung, "Dia beritahu keadaan kamu tak begitu baik, jadi dia harap saya datang untuk temankan kamu buat sementara waktu. Dah tentulah Encik Li tak akan benarkan saya datang seorang diri, jadi dia turut datang bersama."

"Keadaan saya tak begitu baik?" Yu Lili memalingkan mukanya dan tersenyum. Dia memandang ke dalam cermin dan melihat wajahnya yang dipenuhi penderitaan sehingga ia kelihatan teruk.

Keadaan saya bukan tidak begitu baik, tetapi sangat teruk. Jika bukan disebabkan Ou Ming, pasti saya sudah mati beberapa kali. Tetapi disebabkan dihalang oleh lelaki itu, kini saya tidak lagi ada keinginan untuk mati.

Namun dia tidak pasti akan sebabnya. Su Qianci melihat senyuman Yu Lili yang penuh makna dan tidak berkata apa-apa. Dia mengeluarkan gincu dari begnya dan menghulurkannya kepada Yu Lili sambil berkata, "Kamu tahu kan Ou Ming dan suami saya bersahabat baik. Mereka membesar bersama-sama. Beberapa tahun lalu… ketika semua orang menyangka suami saya dah tiada, Ou Ming menyalahkan dirinya sendiri dengan teruk. Berkali-kali dia meminta maaf malah hampir melutut di hadapan saya. Selepas Li Sicheng kembali juga, dia sekali lagi meminta maaf. Selepas itu dia tidak mencari saya lagi."


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C845
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión