Descargar la aplicación
89.95% Perceraian Ke-99 / Chapter 824: Berbaloi Mencintaimu

Capítulo 824: Berbaloi Mencintaimu

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas lehernya dilepaskan, Yu Lili terbatuk-batuk dengan kuat. Kesakitan dari lehernya itu seakan menjalar sehingga ke hatinya. Kepedihan yang dirasakan membuatkan air matanya bergenang. Selepas menarik nafas kembali, Yu Lili memegang lehernya sambil merenung Ou Ming dengan mata kemerahan.

Ketika itu, Ou Ming sedang dipegang oleh beberapa orang doktor sambil merenungnya dengan marah.

Yu Lili tersenyum puas dan berkata perlahan dengan kejam, "Ou Ming, kau akan menyesal lakukan ini!"

Kau akan menyesal. Aku tak akan pernah maafkan kau lagi! Tak kira bagaimana kau merayu, aku tak akan sekali-kali maafkan kau! Aku bersumpah!

Tetapi Ou Ming ketawa sinis seakan mendengar lawak jenaka. "Menyesal? Tak mungkin! Satu-satunya perkara yang aku sesali ialah mempunyai hubungan dengan perempuan seperti kau!"

Kata-kata yang kejam itu seakan pedang tajam yang menikam terus ke hati Yu Lili tanpa belas kasihan. Wajah Yu Lili semakin pucat. Ou Ming merenungnya dengan penuh kebencian dan matanya berbaur kesedihan.

"Disebabkan kau, aku bunuh sahabat baik aku! Melainkan sahabat baik aku hidup kembali, aku tak mahu ada apa-apa lagi dengan kau sampai aku mati! Berambus! Jangan muncul lagi di bandar ini atau aku akan upah orang untuk bunuh kau! Perempuan jalang!"

Perempuan jalang… dia panggil saya perempuan jalang? 

Yu Lili memegang lehernya sambil air matanya mengalir perlahan. Tetapi ketika itu juga dia menyedari sesuatu pada kata-kata Ou Ming.

Melainkan sahabat baik aku hidup kembali…

Yu Lili terkejut dan bertanya, "Li Sicheng sudah tiada?"

Ou Ming merasakan dirinya seakan diperbodohkan. Dia bertambah berang dan cuba menolak doktor-doktor yang menahannya tetapi gagal. Dia tidak dapat melepaskan diri dan berputus asa. Kemudian dia memandang Yu Lili dengan penuh amarah dan berkata, "Dia dah mati, disebabkan kau dan aku! Qianqian sedang mengandung anak kembar lelaki dan perempuan. Disebabkan kau anak kembar itu kehilangan ayah mereka sebelum mereka lahir lagi! Kenapa kau sekejam ini, kenapa?!"

...

Disebabkan saya, dua orang bayi kehilangan ayah mereka sebelum mereka lahir.

Yu Lili terdiam dan menyalahkan dirinya ketika itu. Selepas tinggal di hospital selama beberapa hari, dia membeli tiket penerbangan ke Dali. Sebelum bertolak ke lapangan terbang, dia pergi ke rumah lama keluarga Li untuk bertemu Su Qianci.

Su Qianci lebih tabah daripada jangkaannya. Walaupun mata Su Qianci kelihatan bengkak… wanita itu masih amat tabah.

Yu Lili memeluk Su Qianci dan meminta maaf, tetapi akhirnya mereka menangis teresak-esak bersama-sama. Dia tidak memberitahu Su Qianci tentang kegugurannya. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Yu Lili mengambil bagasinya dan pergi ke lapangan terbang seorang diri.

Seorang kanak-kanak perempuan duduk di balai menunggu sambil memasang lagu pada telefonnya.

Lirik lagu itu berbunyi:

Aku berjalan di tempat yang selalu kita pergi dahulu

Aku teringat tentang kata-kata yang selalu kau tuturkan

Aku cuba berpura-pura masih ada cinta

Tiada apa yang dapat ku lakukan untuk menghalangmu

Pada hari kau pergi, angin bertiup dengan amat sejuk

Di tengah malam, ku di atas jalan

Aku berharap dapat terserempak denganmu

Semua memoriku tidak mahu berlalu pergi

Di bawah sinaran bulan, bayang-bayangku di atas jalan

Fikiranku dipenuhi dengan kata-kata yang aku masih mencintaimu

Apa yang kau mahu dariku? Mahu dariku

Kau membuatkan aku menangis siang dan malam

Tidak dapat melupakanmu, aku tak perlukan peringatanmu, mengapa kau tidak tinggalkan aku sendiri

Apa yang kau mahu dariku? Mahu dariku

Kau tahu aku tidak dapat hidup tanpamu

Telah aku serahkan segalanya kepadamu, betapa bodohnya aku.

...

Yu Lili merasakan tekaknya pedih. Dia mendongak dan menutup mata lalu membuka sedikit mulutnya untuk membiarkan udara masuk. Hati, mulut dan matanya terasa pedih.

"Berambus! Jangan muncul lagi di bandar ini atau aku akan upah orang untuk bunuh kau! Perempuan jalang!" Itulah kata-kata Ou Ming kepadanya.

Selamat tinggal, Ou Ming. Mulai sekarang, aku akan benar-benar bebas untuk selama-lamanya…


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C824
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión