Descargar la aplicación
73.25% Perceraian Ke-99 / Chapter 671: Keluarga Lima Ahli

Capítulo 671: Keluarga Lima Ahli

Editor: EndlessFantasy Translation

"Bodoh! Mana ada isi dalam ketam sekecil itu," ejek Li Jianqian dengan kejam sambil merenung ketam kecil itu.

Li Jianyue menjerit, "Abang yang bodoh!"

"Abang tak, kamu yang bodoh."

"Saya tak, Abang yang bodoh!"

"Ersu bodoh!"

"Dasu bodoh!"

Kedua-dua mereka terus bertikam lidah. Li Mosen memegang ketam kecil itu dan bermain-main dengannya. Tiba-tiba dia meletakkan ketam itu di hadapan Li Jianyue dan membuatkan gadis kecil itu menjerit lalu melupakan pergaduhannya bersama Li Jianqian. Kemudian Li Jianyue kembali teruja dan bermain dengan ketam kecil itu bersama Li Mosen.

"Sayang, datang sini!" Kedengaran suara Li Sicheng menjerit dari kejauhan. Su Qianci mendengar dan melambai ke arahnya. Kemudian dia berpaling ke arah anak-anaknya dan menyuruh mereka melepaskan ketam itu. Keempat-empat mereka menyarung selipar masing-masing dan berjalan ke arah tempat pemanggang di mana Li Sicheng berada.

Disebabkan hari ini Selasa, kawasan VIP tidak begitu ramai orang. Terdapat beberapa keluarga dengan anak-anak di tempat pemanggang lain, tetapi pasangan muda lebih ramai. Sebaik sahaja melihat Su Qianci, kebanyakan mereka mengenalinya. Mereka tidak dapat mengelak daripada melihat ke arah Li Sicheng. Apabila melihat lelaki itu, kesemua mereka mula sedar perkara yang berlaku.

Li Sicheng memilih tempat pemanggang yang berada di hujung. Ia tempat yang paling jauh daripada orang ramai, paling bersih, paling besar dan juga mempunyai peralatan terbaik. Dinding kaca lutsinar memisahkan tempat yang unik ini daripada tempat pemanggang lain. Su Qianci mendapati pendingin hawa turut dipasang di dalam tempat itu. Ketiga-tiga kanak-kanak itu duduk lalu Su Qianci mengeluarkan beberapa snek dan makanan tengah hari yang dibawa mereka lalu menghidangnya di atas meja.

Li Mosen dan pasangan kembar itu menikmati snek mereka sambil memerhatikan Li Sicheng memanggang barbeku dengan penuh elegan. Terdapat satu corong yang menyedut asap dari pemanggang itu dan arang di dalam pembakar kelihatan membara dengan cantik.

"Hebatnya Papa!" jerit Li Jianyue dengan mulut yang dipenuhi snek. "Papa, saya nak makan daging."

"Okey." Li Sicheng menabur garam ke atas daging-daging yang sedang dibakarnya. Su Qianci tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada mata Li Sicheng yang dalam. Dia seakan terbuai seketika. Bibir Li Sicheng mengukir senyuman nipis dan dia berkata perlahan, "Jangan tenung saya seperti itu. Saya akan hilang kawalan, Puan Li."

Pipi Su Qianci terus bertukar merah padam sebaik mendengar kata-kata itu. Dia menjeling suaminya tajam dan berbisik, "Budak-budak masih di sini. Jangan tunjuk contoh yang tak baik!"

Li Sicheng mendongak lalu memandang isterinya dengan wajah tidak bersalah dan bertanya, "Saya ada cakap apa-apa yang tak patutkah?"

Su Qianci terkedu dan sebaik memikirkannya, dia tidak mampu menjawab. Pipinya bertambah merah lalu dia mengambil snek kentang di hadapannya dan makan tanpa berkata apa-apa.

Li Sicheng tersenyum lebih lebar lalu menghulurkan sebatang sosej yang telah masak kepada Su Qianci. "Hati-hati, ia masih panas."

Su Qianci mengambilnya dan meletakkan sosej itu di atas pinggan kertas. Kemudian dia memotong kecil sosej itu menggunakan pisau untuk ketiga-tiga orang kanak-kanak itu. "Hati-hati." Tiada sesiapa menyedari seseorang sedang mengambil gambar suasana harmoni mereka itu. Selepas menikmati hasil kerja keras Li Sicheng, mereka mula kenyang malah Su Qianci juga merasakan dirinya sudah terlebih makan. 

Mereka sekeluarga berjalan ke pantai selepas selesai makan. Li Mosen, Li Jianyue dan Li Jianqian berlari-lari di sekitar pantai itu dengan gembira. Li Jianyue berlari untuk mencari ketam kecil tadi tetapi mendapati ia sudah tiada. Kemudian dia pergi berdekatan air untuk mencari ketam itu dan sekali sekala menarik keluar cangkerang kecil. Matahari sudah mula terbenam dan menjadikan bayang-bayang mereka panjang. Bayang-bayang itu dikelilingi oleh cahaya mentari petang yang keemasan.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C671
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión