Descargar la aplicación
70.74% Perceraian Ke-99 / Chapter 648: Kenapa Tok Ayah Pukul Papa?

Capítulo 648: Kenapa Tok Ayah Pukul Papa?

Editor: EndlessFantasy Translation

Anak lelakinya telah kembali, anak lelakinya tidak mati! Ya Tuhan! Qin Shuhua terus menangis teresak-esak dan memeluk Li Sicheng.

Li Jianyue tidak faham perkara yang sedang berlaku. Ini adalah kali pertama dia melihat neneknya menangis. Dia mengetap bibir dan mula turut menangis. "Waaa…"

Li Sicheng mendukung anaknya dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memeluk ibunya. Dia tersenyum dan matanya turut kemerahan. Li Sicheng menepuk-nepuk belakang ibunya dengan lembut dan berkata, "Jangan menangis. Kamu menakutkan budak-budak ini."

"Nenek! Jangan nangis." Li Jianyue memuncungkan bibirnya dengan wajah yang kemerahan. Wajah comelnye berkerut dan matanya sedikit merah.

Qin Shuhua tersenyum dan menghulurkan tangan untuk mengambil Li Jianyue. "Mari Nenek dukung." Li Jianyue pergi kepada neneknya dan pada masa yang sama, dia mendengar bunyi tongkat menghampiri mereka.

Kapten Li mendekati mereka dengan tegap. Li Sicheng melihatnya dan segera memanggil, "Atuk."

Mendengar panggilan itu, mata Kapten Li terus bertukar kemerahan. Dia mengambil rotan lalu memukul kaki Li Sicheng.

Su Qianci dan Qin Shuhua menjerit serentak sambil cuba menghalang.

Li Sicheng menerima pukulan itu tanpa bergerak. Malah dia berdiri lebih tegak seakan gaya seorang tentera.

Kapten Li memukul cucunya itu dengan kuat menggunakan rotan. Su Qianci teringat keadaan Li Sicheng yang nyawa-nyawa ikan sewaktu di gudang empat tahun lalu. Hatinya terasa pedih dan air matanya terus mengalir laju. Dia cuba melindungi suaminya dan menjerit, "Atuk, jangan pukul dia!" Tetapi sebaik mendekati mereka, Su Qianci melihat air mata Kapten Li turut mengalir. 

Kapten Li yang dihentikan oleh Su Qianci meletakkan rotan itu ke bawah dengan nafas yang tercungap-cungap.

Li Sicheng menolak isterinya dengan lembut dan memandang lelaki tua itu. "Atuk, sambung."

Kapten Li bertambah marah dan menjerit, "Kau ingat aku tak mahu?!" Kemudian dia terus mengangkat kembali rotan itu dan menyambung memukul cucunya. Li Sicheng tetap berdiri tegak tanpa bergerak. "Matanglah sikit! Kamu dah dewasa tapi abaikan keluarga, isteri dan anak-anak kamu! Budak tak guna!" Hampir setiap perkataan diselangi dengan hayunan rotan. "Kalau kamu masih hidup tapi tak balik rumah selama empat tahun, kenapa kau tak mati saja di luar sana? Kenapa kau balik!" 

Selepas berbelas-belas kali rotan itu dihayunkan, Qin Shuhua dan budak-budak itu mula berasa takut. Li Jianqian dan Li Mosen kelihatan terkejut manakala Li Jianyue menangis. "Kenapa Tok Ayah pukul Papa!" Li Jianyue bertanya sambil menangis. "Sakitlah Papa!" 

Hati Su Qianci terasa pedih tetapi Li Sicheng tidak membenarkannya datang dekat, jadi dia hanya mampu melihat. Apabila mendengar rintihan anak perempuannya, Su Qianci turut menangis.

Akhirnya Kapten Li berasa letih lalu berhenti.

Su Qianci bergegas mendekati suaminya. Dia melihat kesan rotan itu dan air matanya terus-terusan mengalir. "Sakit?"

Li Sicheng memegang tangan isterinya dan menggeleng perlahan. Dia berkata dengan suara yang lembut, "Tak."

Kapten Li menyapu air mata dan menyedut hingusnya. "Letupan sebesar itu tak membunuh dia. Pastilah dia boleh terima sedikit pukulan!"


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C648
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión