Descargar la aplicación
67.79% Perceraian Ke-99 / Chapter 621: Saya Tak Mahu Kawan. Saya Mahu Kamu.

Capítulo 621: Saya Tak Mahu Kawan. Saya Mahu Kamu.

Editor: EndlessFantasy Translation

Lu Yihan menyedari perubahan riak wajah Su Qianci dan tersenyum. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Su Qianci sambil membawa jambangan bunga itu. Su Qianci melihatnya dan tidak dapat mengelak daripada berasa takut. Dia berasa ingin berundur dan melarikan diri. Walau bagaimanapun, apabila melihat mata Lu Yihan yang penuh dengan perasaan, dia tidak sampai hati untuk melakukannya.

Lu Yihan mendekati Su Qianci dengan senyuman yang kacak terukir pada wajahnya. Dia berkata, "Qianqian, kamu datang awal."

Ya, dia datang awal ke sini. Jam besar yang berada di taman itu menunjukkan baru pukul 7.13. Walau bagaimanapun, Lu Yihan amat mengenalinya dan sudah menjangka dia akan tiba awal.

Lelaki itu menghulurkan jambangan bunga yang dipegangnya lalu bertanya, "Jom makan dulu?"

Su Qianci menghulurkan tangan tetapi tidak mengambilnya. Tangannya terkaku di udara.

Dia tiba-tiba terfikir satu perkara pada saat itu: Li Sicheng tidak pernah memberikannya bunga. Selama setahun perkahwinan mereka, dia telah merasai segala kasih sayang dan keprihatinan lelaki itu, tetapi Li Sicheng tidak pernah memberikannya bunga.

Su Qianci terpaku merenung 99 kuntum bunga di hadapannya, kemudian mengangkat wajahnya dan memandang Lu Yihan. Lu Yihan sedang memandangnya dengan mata bersinar yang jelas menunjukkan perasaan sayang yang mendalam.

Lu Yihan meletakkan bunga itu di atas lengan Su Qianci, kemudian pergi ke belakangnya dan menolaknya lembut. "Saya masak sup dan stik kegemaran kamu. Nak cuba?"

Lu Yihan menolaknya dengan lembut ke arah satu meja. Di atas meja itu, kelihatan dua pinggan yang masih tertutup dan dua biji gelas kaca. Di tengah-tengah meja itu pula terdapat lilin yang dilitupi dengan bunga yang sangat cantik. Angin di situ agak kuat, tetapi api lilin itu kekal tidak terpadam.

Lu Yihan menarik kerusi untuk Su Qianci duduk. "Cik Su, silakan duduk."

Su Qianci memandang wajah tampan itu sambil mengetap bibirnya dan berkata, "Yihan…"

"Shhh, duduk dulu." Lu Yihan menolaknya lembut untuk duduk dan menyambung, "Apapun yang kamu nak cakap, cakap selepas makan, okey?"

Dada Su Qianci terasa sesak. Dia berasa sungguh tidak selesa. Ini tidak sepatutnya berlaku antara dia dengan Lu Yihan.

Lu Yihan membuka penutup pada pinggan di hadapan Su Qianci dan memperlihatkan stik yang masih panas. Jelas ia baru sahaja dimasak. Sup, stik dan snek yang dihias indah kini terpapar di hadapannya. Semua hidangan di atas meja itu ialah makanan kegemarannya, tetapi ia kelihatan berbeza daripada yang biasa dipesannya di restoran.

Lu Yihan amat fasih tentangnya. Malah mungkin Li Sicheng sendiri tidak sefasih itu.

Su Qianci mengelap tangannya dengan tisu basah, kemudian mengambil sudu dan menghirup sedikit sup itu. Sangat sedap, sangat enak. Jelas Lu Yihan telah membuatnya dengan bersungguh-sungguh.

Tapi…

"Yihan..."

"Qianqian." Lu Yihan menyampuk sambil tersenyum. "Kita makan dulu, okey?"

Lu Yihan takut Su Qianci akan hilang seleranya. Dia takut wanita itu tidak akan mahu berjumpanya lagi. Hari ini dia memutuskan untuk melakukannya kerana dia telah bersedia. Dia tahu, perkara ini akan membawanya sama ada ke syurga, atau neraka.

Su Qianci memandang Lu Yihan dan berkata, "Saya sentiasa anggap kamu kawan baik saya…"

"Saya tahu," Lu Yihan bangun lalu berdiri di sebelah Su Qianci dan memandangnya. "Tapi saya tak mahu seorang kawan. Saya mahu kamu."


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C621
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión