Descargar la aplicación
67.68% Perceraian Ke-99 / Chapter 620: Janji Temu

Capítulo 620: Janji Temu

Editor: EndlessFantasy Translation

[Lu Yihan]: Malam ini, Menara Kingstown tingkat teratas jam 7.30. Saya akan tunggu kamu.

Sudah sebulan mereka tidak berhubung. Bulan ini Lu Yihan langsung tidak muncul di hadapannya. Sebaliknya, Atuk akan selalu memuji-muji Lu Yihan di hadapannya. Biasanya dia hanya akan ketawa dan tidak berkata apa-apa. Sebaik membaca mesej itu, Su Qianci membalas: Kenapa?

[Lu Yihan]: Penting (emoji menangis)

[Su Qianci]: Okey. Kita akan makankah? Kalau ya, saya tak akan makan malam

[Lu Yihan]: Mestilah ada

[Su Qianci]: Okey, saya akan buat kerja sampai tiba masanya.

[Lu Yihan]: [Okey]

Su Qianci menelefon ke rumah untuk memberitahu dia tidak pulang makan malam. Selepas melakukan kerjanya di pejabat sehingga jam tujuh malam, Su Qianci turun dan memandu keretanya ke Menara Kingstown.

Tingkat tertinggi Menara Kingstown ialah tingkast 108. Pemandangan di luar boleh dilihat dengan jelas melalui kaca lutsinar lif itu. Su Qianci melihat pemandangan malam itu dan merasakan ketenangan yang sudah lama tidak dirasakannya.

Tingkat teratas Menara Kingstown itu ialah sebuah taman beratapkan langit. Bayaran kemasukan ke taman itu agak mahal, jadi kebiasaannya tidak ramai yang berada di situ. Tetapi ini juga kali pertama Su Qianci melihat taman itu terlalu sunyi. Malah seluruh kawasan itu gelap gelita dan membuatkannya sukar untuk melihat sekeliling. Su Qianci mendongak dan melihat bulan yang cerah dan bintang-bintang yang tidak begitu banyak. Angin agak kuat dan meniup rambutnya.

Su Qianci berjalan dengan berhati-hati dan memanggil, "Yihan?"

Tiada jawapan.

Tiba-tiba, dia dikelilingi dengan beberapa cahaya yang terang. Su Qianci terkejut dan berpaling tanpa sedar sambil menutup matanya. Apabila membuka mata kembali, dia melihat lampu-lampu di hadapannya yang telah tersusun rapi dan membentuk satu laluan yang luas dan cantik. Laluan itu ditaburi dengan kelopak-kelopak bunga ros yang berwarna-warni dan keharumannya tersebar ke udara. Di hadapannya lagi, terdapat lampu cantik yang mengelilingi beberapa keping gambar. 

Dalam salah satu gambar, kelihatan dirinya ketika zaman sekolah menengah. Ketika itu, rambut hitamnya yang panjang diikat dua. Dia sedang memegang bekas makanan sambil memandang ke hadapan. Kualiti gambar itu tidak begitu cantik kerana ia ditangkap secara curi-curi oleh Lu Yihan.

Su Qianci memijak kelopak-kelopak bunga itu dan berjalan ke hadapan.

Di sepanjang laluan itu, kelihatan gambar-gambarnya yang sedang tersenyum, marah, gembira, menangis, malah terdapat gambar dia sedang membebel kepada seseorang sambil bercekak pinggang… Dari zaman remajanya, perlahan-lahan dia berubah menjadi seorang wanita yang matang dan lembut. Tiba di tengah-tengah, gambar-gambar itu mula menunjukkan Su Qianci yang sedang memegang anak kembarnya ketika bayi. Anak kembar itu mula membesar, bermula bayi hingga berumur tiga tahun. Kemudian seorang lagi kanak-kanak menyertai mereka. Selepas itu, gambar-gambar itu mula menunjukkan Su Qianci dan Lu Yihan pula.

Gambar zaman sekolah itu menunjukkan mereka saling memaut bahu dan tersenyum ke arah kamera dengan riak wajah kemenangan. Su Qianci melihat gambar itu sambil tersenyum. Sebaik melihat gambar terakhir itu, pelbagai kenangan kembali menjengah ke dalam fikirannya. Dia tersenyum lembut, kemudian pandangannya tertancap ke arah satu susuk tubuh yang muncul di hujung laluan itu.

Lu Yihan sedang memegang sejambak besar bunga ros merah di tangannya. Hari ini, lelaki itu berpakain lain daripada biasa. Dia tidak memakai kaca matanya dan kelihatan sangat bergaya. Sangat kacak. Walau bagaimanapun, senyuman di bibir Su Qianci terus pudar. Dia memandang Lu Yihan dengan riak wajah yang gelisah.

Apa yang lelaki ini mahukan?


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C620
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión